Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat



FMT Reporters -April 5, 2020 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ‘ad hoc’, sebaliknya perlu sentiasa bersiapsiaga mendahului masa bagi menghadapi ancaman bukan tradisional.PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, Malaysia mesti bersedia melakukan “total reset” dalam memastikan kelestarian ekonomi dan pembangunannya dalam berdepan kesan krisis wabak Covid-19
Beliau berkata, sebelum ini orientasi ekonomi negara adalah berdasarkan kebolehsaingan dan pendapatan tinggi, tetapi keutamaan masa kini ialah membangunkan ketahanan ekonomi
“Kita mesti kembali membongkar potensi modenisasi ekonomi tradisional dan sektor pertumbuhan ‘crisis proof’ untuk kelangsungan ekonomi kita
“Jika sebelum ini, rencana ekonomi kita ialah merangsang pertumbuhan. Sekarang, kita mesti kembali kepada pemulihan dan ketahanan yang lestari
“Semua ini memerlukan inovasi, pemikiran luar kelaziman dan pendekatan ekonomi yang luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres baru-baru ini yang menggambarkan bahawa krisis Covid-19 yang dihadapi pada waktu ini adalah krisis paling parah dan mencabar semenjak Perang Dunia Kedua
Guterres dilaporkan berkata bahawa kombinasi ancaman kesihatan dan impaknya terhadap ekonomi akan menyumbang kepada “ketidakstabilan berterusan, ketidaktenteraman berterusan dan konflik berterusan”
Pendemik global ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Ia akan berlarutan sehingga sekurang-kurangnya setahun ke 18 bulan akan datang, katanya
Mohamad berkata, Malaysia juga mesti memberi tumpuan untuk merombak secara radikal sistem penyampaian kerajaan
Beliau berkata peralihan kepada kerajaan digital secara total bukan lagi satu pilihan, tetapi menjadi satu kemestian
“Tidak lagi boleh kita membiarkan sistem penyampaian kita lumpuh ketika berhadapan dengan krisis
“Contoh yang paling nyata ialah apabila sekolah terpaksa ditutup dan bagaimana kita tidak boleh beranjak ke ‘online mode’ dengan pantas dan segera
“Akhirnya banyak sekali masa pembelajaran yang terbuang dan gagal dimanfaatkan,” katanya
Mohamad juga berkata, kerajaan hendaklah secara serius membangunkan kefahaman dan kesiapsagaan bagi menghadapi ancaman bukan tradisional terhadap keselamatan negara
Katanya, pandemik, serangan siber, bencana alam dan pelbagai lagi krisis yang mengancam kemanusiaan adalah ancaman nyata
“Malah Malaysia akan lebih terdedah kepada semua ancaman bukan tradisional ini, berbanding dengan peperangan atau konflik antara negara
“Namun, terlalu banyak sumber diperuntukkan kepada sektor pertahanan dan keselamatan tradisional sehingga pelaburan dalam kesediaan menghadapi ancaman keselamatan bukan tradisional diabaikan,” katanya
Mohamad juga berkata, kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ‘ad hoc’, sebalik perlu sentiasa bersiapsiaga mendahului masa,“Pusat kebangsaan serupa ‘Centre for Disease Control and Prevention’ di AS sudah menjadi satu keperluan nasional dan mesti diutamakan,” katanya
Dalam pada itu katanya, bagi menghadapi krisis masa hadapan, Malaysia juga perlu mengutamakan kerjasama erat di peringkat antarabangsa
Katanya, Covid-19 mengajar kita betapa ia hanya boleh dibanteras melalui kerjasama erat antarabangsa
“Justeru kita mesti mempergiatkan keterlihatan Malaysia dalam segala segi agar kita mempunyai ‘network’ yang produktif dan boleh dimanfaatkan sewaktu krisis
“Justeru, Malaysia mesti kembalikan keyakinan setiap warganya dan menggelorakan keperkasaan jiwa dan raga mereka untuk menjayakan negara pasca pandemik ini,” katanya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/malaysia-mesti-sedia-lakukan-total.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Pernah Hadapi Situasi Begini Kata Rakyat Malaysia Di Singapura

Tidak Pernah Hadapi Situasi Begini Kata Rakyat Malaysia Di Singapura

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 259 hits
CRibuan rakyat Malaysia memilih tinggal di Singapura bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Foto ReutersKUALA LUMPUR 22 Mac Lebih 10 tahun bekerja di Singapura inilah kali pertama saya berhadapan situasi kerja sebegini berjauhan dari kel...
Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Tepati Sasaran Adil Kata Tok Mat

Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Tepati Sasaran Adil Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 331 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat sebanyak RM250 bilion yang diumumkan perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk menangani impak Covid 19 sangat menyeluruh menepati sasaran dan adil Mohamad b...
Orang Malaysia Hebat Hadapi Covid 19

Orang Malaysia Hebat Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 582 hits
Orang Malaysia HEBAT Bila diarahkan PKP workfromhome orang Malaysia mampu duduk dirumah patuh arahan Kerajaan pihak berkuasa Segelintir orang Malaysia je bebel message tak sampai katanya Orang Malaysia HEBAT PPE tak cukup Face shield takde ...
4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian Malaysia Mula Uji Penawar Covid 19 Pertengahan April

4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian Malaysia Mula Uji Penawar Covid 19 Pertengahan April

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 271 hits
Demi memastikan lebih ramai rakyat pulih daripada pandemik Covid 19 ini negara kita akhirnya memulakan misi menguji penawar Covid 19 bermula pertengahan April ini Empat buah hospital yang terdiri daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya b...
Gambar Frontliner Malaysia Dalam Misi Banteras Covid 19 Raih Perhatian Mariah Carey

Gambar Frontliner Malaysia Dalam Misi Banteras Covid 19 Raih Perhatian Mariah Carey

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 255 hits
Penghargaan yang sewajarnya haruslah diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun dengan lebih tepat barisan frontliner yang berkorban nyawa demi memerangi Covid 19 Baru baru ini tular di laman media sosial Twitter tentang ...
Netizen Kecam Pesakit Covid 19 Ke 136 Punca 1 Malaysia Sengsara

Netizen Kecam Pesakit Covid 19 Ke 136 Punca 1 Malaysia Sengsara

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 403 hits
Satu Malaysia sengsara netizen kecam pesakit Covid 19 ke 136 kuat merayap ARIF ATAN Rata rata rakyat Malaysia mengecam pesakit Covid 19 kes ke 136 yang dianggap tidak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kuarantin ...
Covid 19 Pelancong Eropah Tidak Mahu Pulang Mohon Menetap Sementara Di Malaysia

Covid 19 Pelancong Eropah Tidak Mahu Pulang Mohon Menetap Sementara Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 529 hits
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan seramai 85 orang kini berada di Pulau Tioman manakala 42 lagi kini di Cameron Highlands Kesemua mereka disahkan negatif COVID 19 dan mereka telah memohon dengan pihak imigresen untuk diberi ...
Malaysia Terlibat Kaji Selidik Solidariti Who Rawat Covid 19

Malaysia Terlibat Kaji Selidik Solidariti Who Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 272 hits
SHAH ALAM 6 APR Malaysia menyertai kaji selidik solidariti dilancarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam usaha antarabangsa menguji beberapa ubat berpotensi bagi merawat Covid 19 kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ...
Apa Nasib Rakyat Malaysia Kalau Ph Masih Berkuasa Ketika Covid 19

Apa Nasib Rakyat Malaysia Kalau Ph Masih Berkuasa Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 520 hits
Ada yang bertanya agak agaknyalah kalau Pakatan Harapan masih jadi kerajaan apa akan jadi pada nasib rakyat Malaysia sekarang ini Admin jawab syukur Alhamdulillah Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Penyayang dicabut kuasa pemerintahan Pakata...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bantuan Awal Persekolahan Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan

Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat