Mat Jenin Malaysia Dulu Berangan Sekarang Meroyan


1. Siapa tidak pernah mendengar sebuah cerita rakyat berkenaan seorang jejaka yang kuat berangan bernama Mat Jenin. Sebatang tubuh yang dihikayatkan dengan sikapnya yang kuat berangan dan pada akhir riwayat hidupnya, dia menjadi mangsa kepada angan-angannya sendiri, lalu meninggal dunia dek tersungkur jatuh dari pohon kelapa. Kisah ini merupakan sebuah cerita yang banyak memberi iktibar kepada seluruh warga tidak mengira tua atau muda malah tidak salah jika kita katakan bahawa cerita ini adalah antara cerita yang mempunyai pengajaran yang “evergreen”. Hinggakan pada masa kontemporari ini juga kita dapat melihat jenin-jenin sebegini melata. Angan mereka bukan lagi terhenti dengan mengahwini anak raja, malah pada versi terbaharu mereka ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia.2. Seiring tumbangnya Pakatan Harapan pada 1 Mac 2020 yang lalu, runtuhlah bersama angan Mat Jenin Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak sekian lama. Terus mempolitikkan keadaan semasa biarpun dalam pergelutan negara menghadapi wabak Covid-19. Terkini, pada tanggal 9 April baru-baru ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan pula sebuah kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan berbentuk sebuah video, mengatakan bahawa YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah merangkap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah memfitnah beliau sebagai seorang ahli Freemason menerusi surat terbuka yang dihantar oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah bertarikh 22 Mac 2020.3. Berdasarkan terjemahan surat tersebut ke Bahasa Melayu oleh ‘Friends of Harapan Jordan’, setelah diteliti, jelas tanpa samar, hanya dua perkataan Freemason yang dijumpai terselit dalam penulisan tersebut.Pertama:“Kemudian setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.”Kedua:“Selepas YDP Agong bertemu dengan semua pemimpin setiap parti untuk mendapatkan sokongan terbanyak, telah jelas kepada YDP Agong setelah melakukan dan melaksanakan setiap proses melalui demokrasi dan mengikut perlembagaan. Maka telah gagal gerakan balas tersebut meskipun dengan campurtangan daripada duta-duta Barat dan para penasihat Freemason dan Zionis.”4. Daripada kedua-dua perkataan Freemason yang dijumpai dalam teks terjemahan tersebut, ternyata tidak ada sama sekali kenyataan berunsur fitnah yang melabel Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli Freemason. Dalam teks tersebut hanya ditekankan mengenai wujudnya komplot yang dikaitkan dengan Freemason dalam usaha mengangkat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Impian setinggi langit ingin menjadi Perdana Menteri, sedang bahasa ibunda sendiri tertatih, gagal memahami.5. Malah, pernyataan seperti “Delegasi Amerika yang mengajak PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dan membantu Anwar Ibrahim menumbangkan Tun Mahathir” dalam surat tersebut tidak pula dipersoalkan oleh Dato’ Seri Anwar sendiri. Jelas hal ini menjadi manifestasi bahawa beliau sendiri tidak menafikan hubungan erat beliau dengan entiti luar seperti Amerika sehingga mendapat sokongan yang sebegitu rupa. Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.6. Justeru kami, Sinergi Mahasiswa Islam (SMI) mengecam sepenuhnya fitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Perkara ini tidak ubah adalah Falasi Strawman Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan sendiri mewujudkan persepsi bahawa beliau yang difitnah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi lalu menjadikan persepsi tersebut bahan makian beramai-ramai. Masih terngiang lagi kata-kata yang telah diungkapkan olehnya ketika tindakannya mencemar pentas Dewan Kuliah Pusat 3, USIM dengan fitnah terhadap Presiden PAS. Katanya bahawa padanya ada bukti-bukti bahawa YB Marang telah mengambil wang sebanyak RM 90 juta. Akan tetapi, daripada tarikh tersebut sehinggalah ke saat Pakatan Harapan ini tumbang, tiada sebutir habuk pun bukti yang dicanang olehnya kelihatan.7. Sudah-sudahlah bersandiwara, bermain karakter ‘victim of circumstances’ sebegini, asyik meraih simpati demi karier politik sendiri. Kami sangat berharap agar Dato’ Seri Anwar insaf dengan apa yang berlaku dan menghentikan segala tohmahan ini. Kami juga selalu memerah otak, entah apa yang merasukimu Dato’ Seri Anwar Ibrahim tatkala anda berada di dalam tahanan suatu ketika dahulu.“LIQAUMIN YATAFAKKARUN”NURUL IZZAH BINTI ZAHIR
JABATAN KAJIAN DAN INTELEKTUAL
SINERGI MAHASISWA ISLAM
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/mat-jenin-malaysia-dulu-berangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat

Malaysia Mesti Sedia Lakukan Total Reset Hadapi Covid 19 Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 303 hits
April 5 2020 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ad hoc sebaliknya perlu sentiasa bersiapsiaga mendahului masa bagi menghadapi ancaman bukan tradisional PETALING JAYA Timbalan Presiden...
Waspada Dulu Lembut Nasihat Sekarang Polis Berada Dalam Mod Keras

Waspada Dulu Lembut Nasihat Sekarang Polis Berada Dalam Mod Keras

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 236 hits
PUTRAJAYA Tindakan pihak polis sekarang adalah keras Mula mulanya berlembut dan menasihat selepas itu bertukar kepada tegas Dan kini mod pihak polis adalah keras Demikian peringatan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang ...
Okey Sehari Jer Boleh Start Meroyan Dulu Yb

Okey Sehari Jer Boleh Start Meroyan Dulu Yb

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 316 hits
Dewan Rakyat akan bersidang sehari pada 18 Mei ini Dalam satu notis setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat berkata sidang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke 14 tersebut akan dilangsungkan selama 1 hari saja Susulan daripada pelaksa...
Dulu Buat Superimpose Gambar Najib Altantuya Sekarang Kena Atas Batang Baharu Mengerti

Dulu Buat Superimpose Gambar Najib Altantuya Sekarang Kena Atas Batang Baharu Mengerti

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 504 hits
Semua orang tahu PKR dan PH kaki memutar belit isu fakta dan kaki buat poster atau gambar superimpose Kita tak lupa bagaimana Tian Chua mengaku dia buat superimpose gambar Najib Altantuya nak menguatkan tuduhan kononnya anak Altantuya itu a...
Inilah Manusia Paling Popular Di Malaysia Sekarang

Inilah Manusia Paling Popular Di Malaysia Sekarang

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 1014 hits
BELIAU bukanlah penyanyi terkenal beliau juga bukanlah bintang ternama namun tiada siapa dapat menafikan beliau ialah antara manusia yang paling popular di Malaysia ketika ini Sejak lebih empat minggu lalu wajah figura ini hampir saban hari...
Mak Selalu Pesan Dulu Orang Sayang Kita Sekarang Kita Sayang Orang Ustaz Ebit

Mak Selalu Pesan Dulu Orang Sayang Kita Sekarang Kita Sayang Orang Ustaz Ebit

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 499 hits
Ramai yang tahu keprihatinan Ustaz Ebit Lew membantu golongan yang memerlukan dalam keadaan negara yang diuji dengan musibah yang sangat besar Namun perjuangannya ini benar benar buatkan ramai yang tersentuh hati dan berterima kasih padanya...
Malaysia Perlu Majlis Keselamatan Makanan Sekarang Kata Bekas Menteri

Malaysia Perlu Majlis Keselamatan Makanan Sekarang Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 279 hits
Malaysia perlu majlis keselamatan makanan sekarang kata bekas menteri Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Apr
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game