Malaysia Perlu Bantah Tambakan Pulau Batu Putih


JOHOR BAHRU: Malaysia perlu mengemukakan bantahan terhadap tindakan terbaharu Singapura yang akan mula menambak tanah di sekitar pulau Batu Putih atau Pedra Branca.

Sumber industri maritim berkata, jika tiada bantahan dikemukakan ia akan menimbulkan isu kedaulatan negara lebih besar terutama membabitkan perairan di sekitar Pulau Batu Puteh, yang kini masih milik Malaysia.

Kata sumber itu, antara langkah yang sedang diambil republik itu adalah menuntut perairan sekitar Pulau Batu Puteh sejauh 12 batu nautika, sebagai miliknya.

"Sebenarnya status perairan sekitar Pulau Batu Puteh, iaitu Tubir Selatan (South Ledge) masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.

"Adalah tidak mencerminkan semangat ASEAN apabila Singapura sudah mula dilaporkan akan mula menambak perairan sekitar Pulau Batu Puteh tanpa mempedulikan isu pertikaian Tubir Selatan yang masih belum selesai.

"Jika Malaysia tidak membuat bantahan terhadap tindakan Singapura itu, kita mungkin akan hilang kedaulatan terhadap kawalan perairan di sepanjang 12 batu nautika yang ketika ini milik negara.

"Untuk rekod, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 menganugerahkan Batuan Tengah (Middle Rock), kawasan batuan kurang 500 meter dari Pulau Batu Puteh, kepada Malaysia, dan hak itu perlu dipertahankan," katanya kepada NSTP.

Singapura hari ini dilaporkan, akan mula menambak tanah di sekitar pulau Batu Putih atau Pedra Branca, bagi menambah baik kemudahan di pulau berkenaan akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam berkata, ia juga bagi membolehkan kapal berlabuh selain menyediakan kemudahan logistik sokongan pentadbiran dan komunikasi tambahan.

Langkah berkenaan dilaporkan sekali gus akan meningkatkan keselamatan maritim serta keupayaan mencari dan menyelamat di kawasan itu.

Pertikaian mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) bermula apabila Malaysia mengeluarkan, pada 21 Disember 1979, satu peta yang menunjukkan pulau ini berada di dalam kawasan perairan Malaysia.

Peta ini tidak dipersetujui Singapura yang meminta pada 14 Februari 1980, supaya ia diperbetulkan kerana berpendapat pulau ini adalah miliknya.

Selepas rundingan pada 4 Februari 1993 dan 11 hingga 13 Januari 1994 gagal menyelesaikannya, Malaysia dan Singapura merujuk pertikaian itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 24 Julai 2003.

Ia berakhir pada 23 Mei 2008 bila ICJ memutuskan bahawa berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya, kedaulatan ke atas pulau ini sudah berpindah ke Singapura pada 1980.

Bagaimanapun ICJ memutuskan kedaulatan ke atas Batuan Tengah, masih hak mutlak Malaysia. - BHarian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/malaysia-perlu-bantah-tambakan-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Kekhilafan Isu Bendera Putih

Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Kekhilafan Isu Bendera Putih

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 312 hits
Selepas dikritik berhubung pandangan tidak bersetuju dengan kempen kibar bendera putih Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataannya Wan Salim berkata maksud tidak bersetuju de...
Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar Mufti Pulau Pinang

Angkat Bendera Putih Tindakan Tidak Wajar Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 376 hits
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup yang dihadapi bagi menagih bantuan Tindakan berkenaan dianggap sebagai tidak wajar dilakukan kerana ia mencer...
Isu Bendera Putih Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Timbul Kekeliruan

Isu Bendera Putih Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Timbul Kekeliruan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 248 hits
Kredit UtusanWAN SALIM WAN MOHD NOOROleh KHUZAIRI ISMAIL2 Julai 2021 5 32 pmShare on facebook Share on twitter Share on whatsapp Share on email Share on telegramGEORGETOWN Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor memohon maa...
Bendera Putih Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

Bendera Putih Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 439 hits
GEORGETOWN Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul berhubung kenyataan beliau semalam mengenai isu memohon bantuan secara mengangkat bendera putih Menurutnya kenya...
Pasar Raya Musnah Terbakar Di Batu 3 Jalan Apas Tawau

Pasar Raya Musnah Terbakar Di Batu 3 Jalan Apas Tawau

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 319 hits
Sebuah pasar raya musnah 95 peratus dalam satu kebakaran di Batu 3 Jalan Apas Tawau Sabah pada awal pagi Selasa Foto JBPM TAWAU Sebuah pasar raya musnah 95 peratus dalam satu kebakaran di Batu 3 Jalan Apas di sini awal pagi Selasa Jurucakap...
By The Batu Payung Jetty

By The Batu Payung Jetty

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 265 hits
An old shot from 2015 of the muddy seaside at Batu Payung You can find more beautiful views of the sky at
Kawalan Pga Lancar Operasi Tebang Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub

Kawalan Pga Lancar Operasi Tebang Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 378 hits
RAUB Operasi tebang dan musnah ladang durian haram dalam Hutan Simpan Batu Talam di sini berjalan lancar hari ini susulan kehadiran anggota polis daripada Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Sebelum ini provokasi melampau pekebun yang mencer...
Bukit Kelam Batu Monolit Terbesar Di Dunia Yang Kalah Pamor Dari Uluru

Bukit Kelam Batu Monolit Terbesar Di Dunia Yang Kalah Pamor Dari Uluru

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 240 hits
Anda mungkin sudah pernah mendengar tentang Ayers Rock atau Uluru sebuah fenomena batu monolit raksasa dengan warna kemerahan di Australia Nah ternyata Indonesia punya batuan sejenis yang jauh lebih besar namun tak sepopuler Uluru Bukit Kel...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9