Kawalan Pga Lancar Operasi Tebang Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub


 

RAUB - Operasi tebang dan musnah ladang durian haram dalam Hutan Simpan Batu Talam di sini, berjalan lancar hari ini susulan kehadiran anggota polis daripada Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sebelum ini, provokasi melampau pekebun yang menceroboh hutan itu pada hari kedua operasi menyebabkan perasaan bimbang menghantui petugas yang terbabit dalam usaha tebang dan musnah tanaman itu.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad, menyifatkan kehadiran lebih ramai anggota PGA mulai semalam, seolah-olah menyuntik semangat baharu kepada penebang dan petugas lain.
Beliau difahamkan, seramai 30 anggota PGA menyertai operasi itu mulai semalam dan hari ini seramai 30 lagi turut sama bergabung menjaga keselamatan petugas yang berada di dalam Hutan Simpan Batu Talam.
Katanya, anggota polis dan PGA turut mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama masuk ke kawasan terbabit, selain kawalan membabitkan jambatan konkrit yang sebelum ini dua kali dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya berharap operasi kini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak dan provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak berulang lagi.
"Hari ini juga kita menambah lebih 30 kakitangan JPNP daripada beberapa daerah untuk turut sama menyertai operasi musnah, menjadi kira-kira 65 petugas yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Nor Azirim yang turut menyertai operasi itu, berkata kehadiran anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) melancarkan lagi aktiviti menebang pokok durian kerana mereka berkemahiran tinggi dan mempunyai lebih kelengkapan.
Beliau berkata, pihaknya berharap operasi musnah kebun durian Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar dapat diselesaikan secepat mungkin lebih awal yang tetapkan sebelum ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/kawalan-briged-tenggara-pasukan-gerakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Tebang Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal

Keputusan Tebang Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 417 hits
KUANTAN Keputusan kerajaan negeri Pahang menebang pokok durian musang king yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam Raub kerana mengambil kira status kawasan itu sebagai HSK Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan R...
Operasi Tebang Pokok Musang King Berjalan Lancar Dengan Kehadiran Pga

Operasi Tebang Pokok Musang King Berjalan Lancar Dengan Kehadiran Pga

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 319 hits
nbsp Kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am sejak semalam jelas memberikan kesan besar apabila operasi memusnahkan durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam di sini berjalan dengan lancar Difahamkan seramai 30 anggota PGA mula sampai sema...
Isu Durian Raub Pga Dikerah Lakukan Kawalan

Isu Durian Raub Pga Dikerah Lakukan Kawalan

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 286 hits
PASUKAN Gerakan Am telah digerakkan ke Raub Pahang bagi melakukan kawalan ekoran isu pekebun durian yang didakwa tidak berpuas hati semalam Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kehadiran PGA di sana adalah untuk me...
Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Hutan Tidak Semudah Pelabur Menanam Durian

Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Hutan Tidak Semudah Pelabur Menanam Durian

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 296 hits
OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN HUTAN TIDAK SEMUDAH PELABUR MENANAM DURIAN Saya terlintas difikiran untuk menulis mengenai penguatkuasaan hutan berikutan viral mengenai operasi penguatkuasaan ke atas peneroka haram durian Musang King dalam...
Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Ditahan Bersama 22 Durian Musang King

Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Ditahan Bersama 22 Durian Musang King

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 373 hits
Dakwa tidak sengaja masuk kawasan larangan RAUB Seorang lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King kerana menceroboh Hutan Simpan Batu Talam Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan anggota Unit Penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pah...
Pekebun Siap Roboh Jambatan Halang Operasi Pga Diarah Ke Raub Jaga Keamanan

Pekebun Siap Roboh Jambatan Halang Operasi Pga Diarah Ke Raub Jaga Keamanan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 339 hits
Susulan kekecohan membabitkan pekebun durian Musang King dan anggota penguat kuasa Pasukan Gerakan Am akan dihantar ke Raub Pahang bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam Menurut laporan BH Online Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl ...
Isu Kebun Durian Igp Kerah Pga Ke Raub Jaga Ketenteraman Awam

Isu Kebun Durian Igp Kerah Pga Ke Raub Jaga Ketenteraman Awam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 437 hits
malaysiakini comDiterbitkan 6 Jul 2021 1 18 pmPolis Diraja Melaysia menggerakkan Pasukan Gerakan Am ke Raub Pahang bagi menjaga ketenteraman awam di daerah berkenaan berikut kekecohan membabitkan pekebun durian dan anggota penguat kuasa sem...
Apa Ladang Durian Haram Di Raub Peroleh Lebih Rm100juta Semusim

Apa Ladang Durian Haram Di Raub Peroleh Lebih Rm100juta Semusim

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 429 hits
Baru baru ini negara dikejutkan dengan tindakan kerajaan negeri Pahang yang mengambil keputusan menebang pokok durian ini yang ditanam secara haram di tanah ceroboh seluas 101 hektar di Hutan Simpan Batu Talam Raub Berapa hasil diperoleh da...
Operasi Tebang 11 000 Pokok Durian Musang King 101 Hektar Di Jangka Siap Minggu Depan

Operasi Tebang 11 000 Pokok Durian Musang King 101 Hektar Di Jangka Siap Minggu Depan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 646 hits
RAUB Operasi menebang pokok durian Musang King yang dianggarkan berjumlah kira kira 11 000 pokok di tanah seluas 101 hektar di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini dijangka siap sepenuhnya minggu depan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perhu...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Pau Sambal

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb