Malaysia Negara Islam Penganut Dap Tak Faham



Negara Islam: Penganut DAP Tidak Faham
============= 
1. Sebahagian penganut fahaman DAP meloncat kebingungan apabila orang Islam mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mereka memerli dan merasakan keterlibatan DAP dalam pimpinan negara menjadikan Malaysia hilang kelayakan sebagai Negara Islam.

2. Fahaman sebegini bercanggah dengan pelbagai takrifan sarjana Muslim. Al-Imam Ibn Hajar pernah menjelaskan, sekiranya sesebuah Negara Islam itu dijajah atau dikuasai oleh orang kafir, ia masih boleh dikategorikan sebagai negara Islam dan kaum Muslim wajib mempertahankannya. Atas sebab itu tanah-tanah Palestin yang dijajah seharusnya diperjuangkan semula oleh kaum Muslimin. Bukan menafikan statusnya sebagai sebuah negara Islam.

3. Bahkan memadai dengan penguasaan kesultanan Islam, pentadbir-pentadbir Muslim dan keamanan kaum Muslim untuk menzahirkannya syiar Islam, sesebuah negara boleh dianggap menepati syarat minimum sebuah negara Islam. Kata Dr. Abu Zahrah:

دار الإسلام هي الدولة التي تحكم بسلطان المسلمين، وتكون المنعة والقوة فيها للمسلمين

“Negara Islam adalah negara yang diperintahan oleh kesultanan (pemerintah) muslimin, dan kekuatan dominasi di dalamnya adalah milik kaum muslimin.”

4. Dr. Abdul Qadir Audah pula menyatakan: 

تشمل دار الإسلام البلاد التي تظهر فيها أحكام الإسلام، أو يستطيع سكانها المسلمون أن يظهروا فيها أحكام الإسلام، فيدخل في دار الإسلام كل بلد سكانه كلهم أو أغلبهم مسلمون، وكل بلد يتسلط عليه المسلمون ويحكمونه، ولو كانت غالبية السكان من غير المسلمين.

“Kesempurnaan sesebuah negara Islam itu adalah apabila mereka melaksanakan hukum-hukum Islam, atau penduduk muslim mampu menzahirkan hukum-hukum Islam, maka sesebuah negara itu boleh dianggap sebagai negara Islam sekiranya penduduknya atau majoriti penduduknya adalah kaum muslim, atau negara yang dikuasa oleh orang-orang Islam sekalipun majoriti penduduknya adalah bukan Islam.”

5. Kemudian, penganut DAP ini juga nampaknya tidak faham, menegur pemerintah dengan berkempen ke arah memperkasa negara Islam tidak menjadikan seseorang itu sebagai Bughah (penentang). Menurut al-Imam al-Kasani, bughah (penentang atau pemberontak) itu ialah:

فَالْبُغَاةُ هُمْ الْخَوَارِجُ، وَهُمْ قَوْمٌ مِنْ رَأْيِهِمْ أَنَّ كُلَّ ذَنْبٍ كُفْرٌ، كَبِيرَةً كَانَتْ أَوْ صَغِيرَةً، يَخْرُجُونَ عَلَى إمَامِ أَهْلِ الْعَدْلِ، وَيَسْتَحِلُّونَ الْقِتَالَ وَالدِّمَاءَ وَالْأَمْوَالَ بِهَذَا التَّأْوِيلِ، وَلَهُمْ مَنَعَةٌ وَقُوَّةٌ)

“Adapun Bughah (pemberontak) itu adalah, mereka yang keluar menentang pemerintah (khawarij), mereka yang melihat dosa itu sebagai kufur (samada dosa kecil atau besar), mereka keluar memberontak kepada pemerintah yang adil, dan mereka mengharuskan pertumpahan darah dan mereka memiliki kekuatan.

6. Berkempen memperkasakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak boleh dianggap sebagai Bughah atau pemberontak. Bahkan ia adalah nasihat rakyat kepada pemerintah supaya menunaikan hak-hak Islam. Bukankah Rasulullah memuji nasihat yang baik kepada pemerintah? Sabda Rasulullah:

إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الْجِهَادِ كَلِمَةَ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Sesungguhnya di antara jihad yang paling besar itu adalah perkataan (nasihat) yang adil dihadapan pemerintah yang zalim.”

Moga Allah membimbing kita semua

Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#CelahGelegar Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/malaysia-negara-islam-penganut-dap-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
G25 Malaysia Akan Gagal Miskin Jika Ikut Model Negara Islam Ala Isma

G25 Malaysia Akan Gagal Miskin Jika Ikut Model Negara Islam Ala Isma

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 685 hits
Diterbitkan pada 02 January 2019Oleh Yiswaree PalansamyPemimpin dan penggerak kempen Malaysia negara Islam menunjukkan simbol jari berbentuk C sebagai lambang bulan sabit Foto ihsan Twitter Malaysia Negara IslamKUALA LUMPUR 2 Jan Kumpulan t...
Kafir Terus Menyerang Di Bumi Negara Islam Malaysia

Kafir Terus Menyerang Di Bumi Negara Islam Malaysia

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 534 hits
Nasi Lemak Ka Fir yang dijual dengan packaging hipster bersama babi menjadi viral Isu sekarang ni adalah kelihatan sebuah normalisasi penjualan babi secara legal dan besar besaran di alam maya ketika mana majoriti rakyat Malaysia adalah ber...
Orang Melayu Tidak Boleh Terima Peguam Negara Ketua Hakim Bukan Islam

Orang Melayu Tidak Boleh Terima Peguam Negara Ketua Hakim Bukan Islam

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 407 hits
Terdapat golongan Melayu yang lebih terbuka menerima Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak begitu menerima Tommy Thomas sebagai Peguam Negara atau Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Perkara itu didedahkan Ilham Centre berdasa...
4770 Sumbangan Pakaian Untuk Masyarakat Islam Kemboja Utusan Malaysia 11 1 19

4770 Sumbangan Pakaian Untuk Masyarakat Islam Kemboja Utusan Malaysia 11 1 19

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 446 hits
KUALA LUMPUR 10 Jan Sebuah syarikat pemborong pakaian Muslim hari ini telah menyumbangkan lebih 1 000 kopiah dan 300 helai baju kurta bagi kegunaan masyarakat Islam di Kemboja Pengurus Syarikat Pemborong Pakaian Sarah Fikri Nasrun berkata s...
Isu Negara Islam Isma Cabar G25 Patriot Berbahas

Isu Negara Islam Isma Cabar G25 Patriot Berbahas

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 389 hits
Ikatan Muslimin Malaysia mencabar kumpulan bekas penjawat awam dan Persatuan Patriot Kebangsaan berbahas mengenai isu Malaysia Negara Islam Menurut laman web Isma com cabaran itu disuarakan Presiden Isma Aminuddin Yahaya dalam s
Transaksi Wang Melebihi Rm25 000 Perlu Dilaporkan Ke Bank Negara Malaysia

Transaksi Wang Melebihi Rm25 000 Perlu Dilaporkan Ke Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 392 hits
Selari dengan pengumuman bank negara yang dibuat sebelum ini bermula pada 1 Januari 2019 kesemua transaksi wang melebihi RM25 000 perlu dan bakal dilaporkan ke Bank Negara Malaysia Langkah yang dibuat ini sejajar dengan idea bank negara unt...
Jumpa Mujahid Tak Negara Rahmah Bila Islam Berkuasa Timbalan Mufti Perak

Jumpa Mujahid Tak Negara Rahmah Bila Islam Berkuasa Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 532 hits
ISLAM janganlah difahami hanya sebagai agama ritual yang hanya mengatur kehidupan individu dengan Tuhannya sahaja tetapi Islam juga adalah cara hidup yang mengatur kehidupan bermasyarakat bahkan bernegara Memencilkan peranan Islam hanya unt...
Bila Negara Berkepimpinan Islam Dengan Sendirinya Mempersiapkan Kedatangaan Dajjal Masya Allah 8971

Bila Negara Berkepimpinan Islam Dengan Sendirinya Mempersiapkan Kedatangaan Dajjal Masya Allah 8971

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 383 hits
Nauzubillahminzalik Diterbitkan pada 11 Dis 2018ISTANA DAJJAL TELAH BERDIRI MEGAH DI BUKIT MADINAH Subscribe disini ya peringatakan akan keluarnya Dajjal sepertinya tinggal menunggu waktu saja Bahkan kini Dajjal memiliki istana sendiri Sepe...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Majlis Makan Malam

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2

Jumpa Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung Setelah Sekian Lama Mencari

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi