Jumpa Mujahid Tak Negara Rahmah Bila Islam Berkuasa Timbalan Mufti Perak


ISLAM janganlah difahami hanya sebagai agama ritual yang hanya mengatur kehidupan individu dengan Tuhannya sahaja tetapi Islam juga adalah cara hidup yang mengatur kehidupan bermasyarakat bahkan bernegara.Memencilkan peranan Islam hanya untuk mengatur hubungan peribadi dengan tuhan adalah perjuangan golongan sekular yang cuba memaksa rakyat memahami Islam persis seperti agama kristian yang dipinggirkan selepas pertembungan berlaku antara golongan gereja dan ilmuan. Islam tidak boleh sekali-kali disamakan dengan agama-agama lain.Golongan sekular cuba menafikan peranan kerajaan di dalam menguatkuasakan peraturan agama kerana mereka menganggap agama adalah urusan peribadi. Di dalam negara ini mereka cuba memperjuangkan agar segala undang-undang yang dilihat seperti mencampuri urusan peribadi agar dihapuskan seperti pencegahan khalwat, pengharaman arak dan judi ditiadakan dan dihapuskan.
Sedangkan Islam adalah cara hidup dan peraturan yang bertujuan mewujudkan masyarakat yang bersih, terpelihara daripada kecelaruan keturunan dan apa juga perkara yang merosakkan binaan asas manusia itu sendiri. Kita merasa pelik dan hairan apabila ada di kalangan umat Islam tidak melihat peraturan-peraturan ini membawa rahmat kepada bukan sahaja umat Islam bahkan umat bukan Islam pun merasa kenikmatan peraturan Islam itu.Apabila umat Islam membuat bantahan terhadap acara meminum arak secara berpesta, sepatutnya umat Islam menerangkan keburukan-keburukan arak kepada individu dan masyarakat khususnya yang bukan Islam sehingga Islam mengharamkannya bukannya sama-sama memperjuangkan “hak asasi” mereka untuk berpesta minum arak.Islam akan dilihat rahmah apabila peraturannya dibuktikan membawa kebaikan kepada seluruh manusia tidak kira agama. Amat silap tanggapan bahawa rahmah itu adalah ialah membiarkan mereka minum arak sehingga merosakkan akal dan kekeluargaan mereka atas alasan itulah hak asasi mereka.Rahmah dalam Islam perlu dilihat secara menyeluruh dari ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih bukan sekadar memetik satu dua ayat al-Quran sahaja. Islam memang mengajarkan kepada umatnya untuk menampilkan akhlak-akhlak terpuji kepada manusia samada Islam dan bukan Islam. Dan itu pun antara tujuan utama perutusan Rasulullah SAW.Namun jangan dianggap tidak rahmah bila Nabi SAW bertindak tegas bahkan memerangi kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku. Jangan pula tindakan Nabi SAW memerangi golongan kafir yang memusuhi Islam dalam siri peperangan baginda SAW dianggap sisi gelap di dalam sejarah Islam dan dianggap tidak rahmah.Bahkan di dalam peperangan itupun Nabi SAW mengajar umatnya untuk berlaku rahmah walaupun semasa perang dan sikap terhadap tawanan perang. Tegas tuntas pada situasinya juga tidak lari dari kompas rahmah kerana al Quran juga menggesa umat Islam untuk menyuruh kebaikan-kebaikan dan di dalam masa yang sama menyuruh umat Islam mencegah kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku.Antara unsur membina negara Malaysia baru yang rahmah ialah memastikan pentadbiran negara diurus dengan penuh amanah dan intergriti. Memerangi rasuah, salah guna kuasa, mengutamakan kepentingan rakyat adalah antara indikator sesebuah negara itu ditadbir secara rahmah. Namun jangan dipinggirkan bahawa mempertahankan identiti negara sebagai sebuah negara Islam dan melebarluaskan pengaruhnya di dalam pentadbiran negara adalah punca rahmahnya Islam dapat disaksikan oleh rakyat yang bukan Islam.Perjuangan mensekularkan negara ini perlu dibantah oleh semua umat Islam yang bercita-cita untuk membuktikan Islam adalah rahmah kepada semua orang kerana jika berjaya dipropogandakan bahawa negara ini adalah negara sekular, bagaimana jalan kita untuk membuktikan Islam adalah cara hidup, pedoman kepada individu, masyarakat dan negara untuk dilihat, dirasai dan dikongsi bersama oleh masyarakat bukan Islam. Ini disebabkan falsafah sekular adalah meminggirkan peranan agama di dalam kehidupan.Islam bukan sahaja ditonjolkan dengan mengadakan program “masjid terbuka” untuk dikunjungi oleh rakan-rakan bukan Islam dan kaum wanitanya diberi peluang “merasai “ bagaimana bertudung seperti muslimah berpakaian tetapi orang bukan Islam juga dijemput merasai nikmat bernaung di bawah pemerintahan Islam yang sifatnya rahmatan lil alamin. Semua peraturan Islam termasuk beramasyarakat dan bernegara sangat sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia walaupun orang itu bukan Islam.Jadi para pemimpin Islam di dalam negara ini wajib bersungguh-sungguh mempertahankan jati diri negara ini sebagai negara Islam dan tanggungjawab utama mereka untuk memelihara agama. Beri peluang kepada orang bukan Islam melihat rahmahnya Islam bila ia menjadi sendi utama pemerintahan negara. Kata Imam al Ghazali: Ketahuilah bahawa syariat (agama) itu asas, manakala kerajaan (negara) itu penjaganya, apa yang tiada asas dia akan runtuh, apa yang tiada penjaga dia akan hilang.Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak

ARTIKEL BERKAITAN:
100 hari PH: tandas LGBT, sekat agensi, NGO Islam jadi Isu UTAMA walau Tiada dalam Manifesto
(Zakir Naik) Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat
JAKIM Berani "Lawan" Mujahid, Menteri sendiri??
Mujahid tak payah jadi Menteri Agama lah, jadi menteri pelancongan je
Netizen sedia kan FORMAT U-TURN untuk Mujahid
Menteri: LGBT bukan jenayah, Mereka ada hak, Itu antara dia dan Allah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/jumpa-mujahid-tak-negara-rahmah-bila.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Negara Islam Penganut Dap Tak Faham

Malaysia Negara Islam Penganut Dap Tak Faham

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 522 hits
Negara Islam Penganut DAP Tidak Faham 1 Sebahagian penganut fahaman DAP meloncat kebingungan apabila orang Islam mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam Mereka memerli dan merasakan keterlibatan DAP dalam pimpinan negara menjadikan...
Orang Melayu Tidak Boleh Terima Peguam Negara Ketua Hakim Bukan Islam

Orang Melayu Tidak Boleh Terima Peguam Negara Ketua Hakim Bukan Islam

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 387 hits
Terdapat golongan Melayu yang lebih terbuka menerima Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak begitu menerima Tommy Thomas sebagai Peguam Negara atau Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Perkara itu didedahkan Ilham Centre berdasa...
Mana Pendemo Islam Islam Sosialisme Versi Negara China Akan Diadaptasi

Mana Pendemo Islam Islam Sosialisme Versi Negara China Akan Diadaptasi

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 329 hits
Kerajaan China telah meluluskan undang undang baharu dengan misi untuk membimbing semula Islam dalam tempoh lima tahun akan datang Menurut laporan akhbar Global Times selepas pertemuan perwakilan kerajaan bersama lapan persatuan yang mewaki...
Kafir Terus Menyerang Di Bumi Negara Islam Malaysia

Kafir Terus Menyerang Di Bumi Negara Islam Malaysia

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 511 hits
Nasi Lemak Ka Fir yang dijual dengan packaging hipster bersama babi menjadi viral Isu sekarang ni adalah kelihatan sebuah normalisasi penjualan babi secara legal dan besar besaran di alam maya ketika mana majoriti rakyat Malaysia adalah ber...
Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 525 hits
Raja raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja raja ...
Isu Negara Islam Isma Cabar G25 Patriot Berbahas

Isu Negara Islam Isma Cabar G25 Patriot Berbahas

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 363 hits
Ikatan Muslimin Malaysia mencabar kumpulan bekas penjawat awam dan Persatuan Patriot Kebangsaan berbahas mengenai isu Malaysia Negara Islam Menurut laman web Isma com cabaran itu disuarakan Presiden Isma Aminuddin Yahaya dalam s
Perbuatan Troll Dilarang Dalam Islam Mufti Wilayah

Perbuatan Troll Dilarang Dalam Islam Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 347 hits
BANGI 20 Rabiulakhir 1440H Jumaat Perbuatan troll atau sindiran yang membawa ciri ciri menyalahi hukum syarak adalah dilarang dan boleh membawa kepada dosa Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata internet t...
Klarifikasi Uighur Dubes China Bilang Tiongkok Sahabat Bagi Negara Islam

Klarifikasi Uighur Dubes China Bilang Tiongkok Sahabat Bagi Negara Islam

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 297 hits
Duta Besar China untuk Republik Indonesia Xiao Qian mengklarifikasi penggunaan istilah re education camp terhadap etnis Uighur khususnya kaum muslim di Provinsi Xinjiang China Ia mengatakan ada beberapa negara ataupun media yang memanfaatka...
Kawal Proyek Pemerintah Kejari Tanjung Perak Klaim Selamatkan Uang Negara Rp 166 M

Kawal Proyek Pemerintah Kejari Tanjung Perak Klaim Selamatkan Uang Negara Rp 166 M

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 226 hits
Penyelamatan anggaran tersebut berkaitan dengan upaya Tim Pengawal dan Pengamanan Pemerintahan dan Pembangunan Daerah mengawal pelaksanaan proyek di lingkungan Pemkot Surabaya
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today