Orang Melayu Tidak Boleh Terima Peguam Negara Ketua Hakim Bukan Islam



(Malaysia Gazette) – Terdapat golongan Melayu yang lebih terbuka menerima Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, tetapi tidak begitu menerima Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG) atau Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim (CJ).
Perkara itu didedahkan Ilham Centre berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan orang Melayu.
Menurut salah seorang penyelidik, Yusri Ibrahim, pengalaman Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang sebelum ini merupakan antara faktor responden lebih terbuka menerima beliau.
“Tetapi mereka tak boleh menerima Thomas dan Malanjum kerana bagi mereka, jika dua jawatan terpenting dalam negara itu dipegang oleh bukan Melayu, ia boleh memberi kesan terhadap isu perundangan yang membabitkan Islam.
“Mereka tidak bersetuju jika bukan Melayu memegang tiga jawatan tertinggi ini kerana berasakan pelantikan itu mengancam kedudukan Islam dan hak keistimewaan Melayu.
“Mereka juga mempertikaikan kenapa tiga jawatan tersebut tidak diberikan kepada orang Melayu Islam,” kata Yusri seperti yang dilapor oleh Malaysiakini ketika membentangkan hasil kajiannya dalam satu forum berjudul ‘Peralihan Melayu Islam: Ke mana halanya?’ di Penang Institute, George Town, Pulau Pinang malam tadi.
Kajian Ilham Centre itu membabitkan 125 responden daripada 18 kumpulan sasaran yang terdiri daripada remaja (bawah 30 tahun), lelaki dan juga wanita daripada pelbagai lapisan umur.
Katanya, penemuan tersebut diperoleh daripada jawapan kumpulan responden yang lebih berusia dari utara, selatan, pantai timur dan tengah semenanjung Malaysia, manakala sebahagian kumpulan remaja dari pantai timur turut berkongsi pandangan yang sama.
Terdapat responden dari pantai timur, Sabah dan Sarawak pula menerima Guan Eng, Thomas dan Richard kerana berasakan ketiga-tiganya mempunyai merit dan kelayakan yang wajar bagi menjawat jawatan masing-masing.
Ilham Centre menjalankan kaji selidik selama sebulan melibatkan enam kawasan termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengukur naratif Melayu Islam selepas peralihan kuasa daripada pentadbiran BN kepada PH pasca PRU-14.
Berdasarkan penemuan Ilham Centre juga, tambah Yusri, PH hanya mampu meraih purata 26 peratus undi orang Melayu Islam pada PRU lalu, sementara selebihnya masih setia bersama Umno dan PAS.
PAS berjaya mempertahankan kemenangannya di Kelantan dan mengambil alih Terengganu daripada BN.
Menurut Yusri, di Kelantan, hanya sembilan peratus Melayu Islam mengundi PH, manakala di Terengganu (tujuh peratus), Kedah (25 peratus), Pahang (15 peratus), Perak (22 peratus), Perlis (29 peratus), Pulau Pinang (29 peratus), Selangor (39 peratus), Kuala Lumpur (38 peratus), dan Melaka (29 peratus).
“PH berjaya mengambil alih kerajaan daripada BN dengan sokongan padu yang diberikan oleh kaum bukan Melayu,” katanya.
Perkara tersebut menyaksikan berlakunya perubahan landskap politik dalam pentadbiran, dengan barisan kerajaan sekarang terdiri daripada lebih ramai golongan bukan Melayu, manakala orang Melayu pula lebih ramai dalam barisan pembangkang.
“Apabila terjadi perkara ini, timbul kerisauan terhadap nasib dan masa depan orang Melayu, dan hak-hak keistimewaan mereka bawah pemerintahan PH.
“Responden kami risau adakah kerajaan mampu mempertahankan hak dan ekonomi orang Melayu Islam, serta kedudukan raja-raja yang juga merupakan ketua agama Islam dalam negeri masing-masing,” tambah Yusri lagi.
Dalam kaji selidik mereka di Sarawak pula, Yusri berkata responden Melayu menyuarakan kebimbangan mereka sekiranya PH berjaya menawan negeri itu pada PRU akan datang, orang Melayu Melanau akan kehilangan kuasa.
Apabila menyentuh tentang janji manifesto PH yang masih belum berjaya ditunaikan sepenuhnya, responden daripada semua negeri lebih bersikap ‘lembut’ terhadap kerajaan baru itu.
“Mereka lebih terbuka dan sanggup memberi lebih masa kepada kerajaan untuk melunaskan janji manifesto mereka.
“Kumpulan ini (responden) lebih teruja kerana mereka berjaya menukar kerajaan dengan undi mereka- sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini sejak 60 tahun lalu,” tambahnya.
Bagaimanapun, Yusri menjelaskan, golongan yang tidak mengundi PH pada PRU lalu lebih bersikap kritikal terhadap perkara tersebut.
Kumpulan itu terdiri daripada responden yang datang daripada semua kawasan kecuali kawasan tengah.
“Kumpulan ini sangat emosional apabila ditanya tentang manifesto PH.
“Ada yang mengeluarkan kata-kata kesat untuk menggambarkan perasaan mereka. Mereka mendakwa mereka diberikan janji-janji palsu, dikencingkan, dan mendakwa PH sama saja macam BN.
“Malah ada yang dakwa PH lebih teruk daripada BN,” kata Yusri lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/05/orang-melayu-tidak-boleh-terima-peguam-negara-ketua-hakim-bukan-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Hakim Negara Telah Memalukan Diri Sendiri

Bekas Ketua Hakim Negara Telah Memalukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 473 hits
Sehari selepas tampil membuat dakwaan terhadap Sultan Muhammad V dan Dr Mahathir Mohamad bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamed menarik balik kata katanya Malah beliau mengaku cuai dalam kenyataan yang menyenaraikan kesilapan Sultan M...
Bila Lagi Polis Nak Siasat Bekas Ketua Hakim Negara

Bila Lagi Polis Nak Siasat Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 451 hits
Sudahlah cuba mengaibkan Sultan Sultan Muhammad V melalui tulisannya yang membariskan kesilapan kesilapan baginda semasa menjadi Yang Dipertuan Agong bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad juga nampaknya berbohong dalam sebahagian dar...
Apakah Bersih Dan Reformasi Akan Menjaga Kesucian Islam Dan Kepentingan Melayu

Apakah Bersih Dan Reformasi Akan Menjaga Kesucian Islam Dan Kepentingan Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 345 hits
Adalah lebih baik pilih SaHAja PAS atau pilih semula umno jika jawapannya tidak atau tidak pasti BERSATU masih kurang jelas dari segi kepimpinan dan arah tuju Sesuatu yang drastik perlu diambil seperti bergabung dengan AMANAH untuk satu uni...
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina Ydpa Sebelum Ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina Ydpa Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 407 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina YDPA Sebelum IniKetua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina YDPA Sebelum Ini
Kenapa Bersatu Perlu Kekal Identiti Melayu Islam

Kenapa Bersatu Perlu Kekal Identiti Melayu Islam

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 438 hits
Diterbitkan Hari ini 2 30 tengahariAGM BERSATU Keputusan Bersatu untuk menjadi parti Melayu Islam sebagai alternatif kepada Umno tidak disenangi oleh penyokong tradisi Pakatan Harapan Sejak mula penubuhannya PH sering berkempen atas nama ke...
Video 18 Tahun Jadi Penghianat Lelaki Ini Bongkarkan Cara Halus Dap Kuburkan Melayu Islam

Video 18 Tahun Jadi Penghianat Lelaki Ini Bongkarkan Cara Halus Dap Kuburkan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 470 hits
Tumbangkan keranaa BN yang memerintah selama 60 tahun lalu disebabkan pemimpi pemimpin serta isteri pemimpin bongkak takbur dan korupsi akhirnya kerajaan yang dibina 60 tahun berakhir dalam pru ke 14 namun disaat semua orang gembira kejatuh...
Tanpa Umno Takdak Melayu Tanpa Pas Takdak Islam

Tanpa Umno Takdak Melayu Tanpa Pas Takdak Islam

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 396 hits
1 Saya memilih tarikh hari ini 1hb Januari 2019 bagi menulis artikel seperti tajuk di atas kerana keinginan melihat lembaran baru negara tercinta ini bermula 2 Tahun 2018 adalah tahun yang dipenuhi peristiwa bersejarah suka dan duka yang ti...
Validating Your Startup Idea

Kena Scam Dengan Sakinah Top Fb

Pengalaman Menambah Nilai Kad Touch N Go Di Caring Pharmacy

Inaugural Digital Leadership Excellence Programme By Mcmc And Huawei Concludes With Industry Visit To Shenzhen

Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

Hiburan You Touch You Go Pengerusi Mara Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pembuli

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Bahayakah Tekanan Darah Rendah

Bersenam Secara Konsisten Ke Atau Ikut Kelapangan

Standar Negara Maju Dan Bahagia Menurut Perspektif Al Qur An

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes