Malaysia Negara Gagal


Sudah sekurang-kurangnya dua kali Malaysia didakwa negara gagal. Kali pertama sebelum Pilihan Raya Umum 2018 yang dituduh pihak lawan terhadap kerajaan semasa itu. Terbaharu, ia ditukas pula pihak luar. Apabila didakwa sedemikian, ia ditujukan kepada ketidakupayaan pemerintah yang dianggap menghampakan dalam mengurus negara. Pun begitu, pengukuran ketepatannya subjektif sekali apabila wilayah negara yang didakwa itu utuh lagi, perkhidmatan awam di dalamnya masih beroperasi dan kerajaan yang memerintah terus berfungsi.

Dalam pada itu, pengisytiharan sesebuah negara sebagai gagal bukan sahaja penuh dengan kontroversi, lebih dahsyat lagi ia mempunyai kesan geopolitik yang negatif.

Oleh itu, ia tidak harus sesekali datang daripada mana-mana pihak di dalam negara ini, biarpun niatnya demi negara tercinta, apatah lagi hasratnya untuk kepentingan peribadi. Ini kerana hubungan politik antarabangsa terhadap negara kita akan terjejas teruk dari pelbagai segi. Antara terpenting ialah pelaburan asing.

Sebenarnya tuduhan daripada pihak luar adalah akibat bikinan kita sendiri yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab, ia keji pula. Oleh sebab kita, khususnya sekelompok ahli politik yang bangsat sehingga sanggup menjilat ludah sendiri, kononnya atas nama kebaikan negara tetapi disarati kerakusan kendiri, tidak keberatan mengganggu gugat urus tadbir negara sampai wujudnya ketidakstabilan politik.

Selain berperangai buruk, mereka ini adalah bajingan yang tidak tahu berasa salah untuk mengemukakan penjelasan yang bukan sahaja menyeleweng, tetapi memperlihat sikap mementingkan diri yang amat keterlaluan dan eksklusif sifatnya, walaupun pada masa rakyat dan negara dilanda musibah parah, yang tidak dapat dinafikan diburukkan lagi oleh mereka ini.

ETIKA
Sesungguhnya rakyat mengenali setiap seorang daripada mereka ini yang dengan jelasnya didapati bukan sahaja tidak ada etika langsung, malah tiada moral dalam apa-apa jua bentuk. Rakyat sebaliknya pada saat segenting kini amat memerlukan mereka dalam kalangan ahli politik, yang bersedia secara ikhlas melakukan apa-apa sahaja untuk negara tanpa mengharapkan sebarang ganjaran kendiri. Sikap begini bukan sahaja sangat dipuji dari segi etika, ia pasti akan membawa dampak baik kepada rakyat.

Ia nilai teras yang wajib dipupuk pada semua yang berjanji mahu berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

KELAWAR
Sikap ini sebenarnya wujud dalam kalangan haiwan dalam bentuk pelbagai kelakuan penuh tanggungjawab. Antaranya yang diperlihat kelawar jenis tertentu yang selalu menyuapkan darah yang dihisapnya daripada haiwan lain ke dalam mulut kelawar yang tidak sempat menghisapnya sendiri agar tidak kebuluran. Sebagai manusia berakal, sudah tentu kita boleh melakukan perkara yang jauh lebih baik berbanding dengan yang mampu dilakukan haiwan.

Oleh itu, marilah kita perbaiki dan perbetul keadaan berseteru dengan merapatkan saf pada waktu genting ini untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Sebenarnya seruan berdamai untuk bersama-sama memerangi pandemik Covid-19 yang banyak mengesani ekonomi negara, bukan sahaja datang daripada ketua negara, ia juga harapan luhur rakyat kepada setiap ahli politik. Namun, ia langsung tidak diendahkan haiwan politik yang terus-terusan mempolitikkan usaha memerangi pandemik Covid-19 yang didakwa gagal itu.

Data kesihatan sejagat terkini dalam hal ini memperlihat jangkitan mendadak di 69 negara termasuklah kawasan tertentu di Amerika Syarikat dan United Kingdom akibat penularan varian virus baharu. Di rantau ini, Thailand, Indonesia, Vietnam dan tidak terkecuali Korea Selatan, ikut mengenakan perintah kawalan pergerakan penuh semula yang tidak pun dianggap kegagalan kerana berkali-kali melaksanakan semula tindakan terdahulu. Ini kerana itulah cara utama untuk pertama-tamanya menyelamatkan nyawa yang diikuti pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan ke atas sektor ekonomi.

LICIK
Malangnya di negara kita, ia dipolitikkan habis-habisan kerana kejayaan memerangi pandemik Covid-19 adalah tidak baik untuk pihak lawan. Oleh itu, bukan sahaja tiada kerjasama ikhlas, ia mahu sengaja digagalkan melalui pelbagai cara. Antaranya mengelirukan rakyat dengan menimbulkan tanggapan yang negatif apabila menyalahkan satu pihak sahaja sedangkan ia tanggungjawab kolektif, selain cara licik yang rata-ratanya memperlihat kerakusan semata-mata.

Dengan berlakunya semua ini, tidak dapat dinafikan negara tercinta ini sedang menuju kebobrokan, khususnya tentang moraliti dalam politik yang didapati mulai hancur.

Dengan ini sesungguhnya Malaysia telah kehilangan kualiti moral yang pada satu masa tidak lama dahulu disanjungi banyak pihak termasuklah dari luar. Oleh itu, tidak salah kalau kita dilihat sebagai sedang mengalami kemerosotan mendadak yang boleh mengarah kepada keadaan hancur leburnya beberapa kualiti unggul yang pernah ada pada kita.

Sebelum nasi menjadi bubur, hentikanlah muslihat yang dikaburkan sebagai kepentingan negara. Malang sekali jika muslihat ini berhasil kerana ia ibarat menang bersorak kampung tergadai. Dengan ini, kemenangan itu hanyalah untuk kelompok tertentu sedangkan rakyat dan negara akan terus berada di takuk lama, malah terkesot jauh ke belakang sehingga Malaysia boleh dilabelkan sebagai negara rosak, yakni tidak elok lagi.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/malaysia-negara-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Menuju Ke Arah Negara Gagal Kolumnis Bloomberg

Malaysia Menuju Ke Arah Negara Gagal Kolumnis Bloomberg

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 240 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Letusan sosial krisis ekonomi dan politik adalah kemungkinan menjadikan Malaysia menuju ke arah negara gagal kata kolumnis Bloomberg Dimulakan dengan rayuan meminta bantuan oleh rakyat ketika pelaksanaan lockdown ...
Rating 1 Tapi Nevertheless No 1 Bagi Ranking Top 10 Program Tv Netflix Malaysia Negara Lain

Rating 1 Tapi Nevertheless No 1 Bagi Ranking Top 10 Program Tv Netflix Malaysia Negara Lain

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 310 hits
Tak sangka drama mengenai dilema cinta pelajar universiti iaitu Nevertheless rupanya mendapat tempat di hati penonton Rata rata penonton sepertinya tertarik melihat keserasian Song Kang dan Han So hee yang nampak serasi sebagai teraju utama...
Malaysia Gagal Kerajaan Gagal

Malaysia Gagal Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 257 hits
MALAYSIA GAGAL KERAJAAN GAGAL Kalau tanya Mustapha Mohamed sure dia akan kata Malaysia tidak gagal sistem pentadbiran beroperasi dengan baik memang la sebab orang yang gagal memang takkan mengaku dia gagal Sebagai contoh puluhan tahun Musta...
Kit Siang And Why Is Malaysia A Failed State Or Kerajaan Gagal

Kit Siang And Why Is Malaysia A Failed State Or Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 232 hits
According to the west Malaysia is a Failed State or Kerajaan Malaysia Kerajaan Gagal because of human trafficking and exploitation of illegal workers And the people involved in this crime are the Chinese businessmen who are mainly DAP peopl...
Today Is Freedom Day In England While Malaysia Still Kerajaan Gagal

Today Is Freedom Day In England While Malaysia Still Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 297 hits
Yes kalau nak cerita Failed State or Kerajaan Gagal the UK is more qualified than Malaysia to be called one Hence if the UK is not a Failed State or Kerajaan Gagal how can Malaysia be one NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Malaysia is a F...
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 689 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Allahu Akbar Inilah Wajah Wajah Rakyat Malaysia Yang Gagal Dikesan

Allahu Akbar Inilah Wajah Wajah Rakyat Malaysia Yang Gagal Dikesan

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 209 hits
ALLAHU AKBAR INILAH WAJAH WAJAH RAKYAT MALAYSIA YANG GAGAL DIKESANLewat semalam umat Islam dikejutkan dengan berita sedih dari tanah haram Makkah apabila sebuah kren pembinaan tumbang menimpa jemaah haji dalam kejadian ribut di sana Setakat...
Bukan Malaysia Sahaja Negara Lain Turut Catat Peningkatan

Bukan Malaysia Sahaja Negara Lain Turut Catat Peningkatan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 221 hits
Oleh MOHD RASDAN AHMAD Ismail SabriPETALING JAYA Trend peningkatan kes positif Covid 19 bukan sahaja berlaku di Malaysia malah turut berlaku di negara negara jiran termasuk Indonesia dan Thailand Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail S...
Gagal Menasihati Agong Peguam Negara Perlu Dipecat Ph

Gagal Menasihati Agong Peguam Negara Perlu Dipecat Ph

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 202 hits
Tindakan Peguam Negara yang tidak secocok dengan tanggungjawab beliau sebagai penasihat undang undang negara kepada Yang di Pertuan Agong mewajarkan beliau melepaskan jawatannya Sehubungan itu Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong cadan...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1