Malaysia Muncul Sebagai Kuasa Pertengahan Berpengaruh Penganalisis


Malaysia Muncul Sebagai Kuasa Pertengahan Berpengaruh – Penganalisis
SINGAPURA, 14 Sept (Bernama) — Gabungan kekayaan sumber asli dan usaha Malaysia melalui dasar serta diplomasi telah meletakkan negara ini muncul sebagai sebuah kuasa pertengahan yang berpengaruh, menurut penganalisis politik James Chai.
Dalam ulasannya bertajuk “Malaysia has something great powers want” yang diterbitkan CNA pada 12 Sept, Chai menegaskan kini “bola berada di gelanggang Malaysia” untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Pengaruh dalam politik antarabangsa ditentukan oleh siapa lebih memerlukan siapa. Jarang sekali sebuah negara pertengahan seperti Malaysia memiliki aset yang diinginkan kuasa besar,” tulisnya.
Chai menekankan bahawa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu – kali pertama sejak 2013 – berlaku kurang dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik “Liberation Day.”
Malaysia memegang jawatan selaku pengerusi ASEAN dan bertindak sebagai Penyelaras Negara bagi Hubungan Dialog ASEAN-China.
“Dalam suasana ketidaktentuan geopolitik, jelas Xi mahu meletakkan China sebagai rakan dagang paling dipercayai Malaysia — yang berlandaskan hasil menang-menang dan saling percaya,” katanya.
Beliau berkata, China dan Malaysia bukan sahaja menandatangani 31 memorandum persefahaman dalam pelbagai bidang, malah yang paling penting, kemudian didedahkan Xi menawarkan bantuan untuk membangunkan keupayaan Malaysia dalam pemprosesan nadir bumi.
Chai menyifatkan tawaran itu signifikan, kerana penemuan 16.2 juta tan metrik nadir bumi di Malaysia yang dianggarkan bernilai US$175 bilion serta potensi akses kepada teknologi China untuk proses pengasingan pelbagai peringkat yang kompleks — diibaratkan seperti memegang kunci utama kepada peti simpanan.
“Jika kerjasama dengan China menjadi kenyataan, Malaysia mungkin membangunkan ekosistem nadir bumi dua landasan — satu dengan teknologi China dan satu lagi dengan syarikat Australia, Lynas yang mempunyai loji pemprosesan nadir bumi di Pahang,” katanya.
Ini bermakna dalam tahun-tahun mendatang, Malaysia boleh menjadi medan persaingan dalam perebutan global bagi nadir bumi — dipikat kuasa besar, namun tidak terikat dengan mana-mana pihak, kata beliau.
Chai turut menegaskan kepentingan nadir bumi yang semakin melonjak berikutan penggunaannya dalam teknologi teras seperti pusat data, telefon pintar, kenderaan elektrik, robotik dan peralatan semikonduktor.
Beliau juga berpendapat, ia membawa pengaruh geopolitik besar.
China, yang hampir memonopoli penapisan dan pemprosesan nadir bumi, telah menggunakan kedudukan itu sebagai pengaruh dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat.
Sementara itu, Malaysia akan terus kekal sebagai hab penting semikonduktor, khususnya kerana peranannya dalam pemasangan, ujian dan pembungkusan peringkat akhir.
“Dunia merasai buat kali pertama kedudukan penting Malaysia dalam pemasangan, ujian dan pembungkusan peringkat akhir semasa COVID-19, apabila sekatan pergerakan negara menghentikan pengeluaran Toyota, Ford, Nissan, dan General Motors,” katanya.
Malaysia menyumbang 13 peratus daripada pengeluaran cip global peringkat akhir serta tujuh peratus pasaran global, selain membekalkan sekitar 20 peratus daripada import semikonduktor Amerika Syarikat.
Dari sudut geografi, Chai berkata Malaysia memiliki kelebihan tambahan kerana Selat Melaka merupakan laluan perdagangan global strategik, dengan 25 peratus barangan dagangan dunia dan 60,000 kapal melaluinya setiap tahun.
Beliau juga berkata, berbanding rakan serantau, Malaysia berada pada kedudukan lebih baik untuk mendapat manfaat daripada perubahan dinamik perdagangan global.
“Majalah The Economist baru-baru ini berhujah bahawa Malaysia berkemungkinan muncul sebagai antara pihak yang mendapat keuntungan daripada serangan tarif Trump.
“Antara faktor utamanya termasuk perbezaan tarif yang lebih menguntungkan, pemindahan kargo yang lebih rendah, serta kebergantungan lebih rendah kepada permintaan Amerika,” tulis Chai.
BACA: Elak 3 Kesilapan Ini Kalau Nak Gambar Konvo Nampak “Perfect” Sumber: Bernama
The post Malaysia Muncul Sebagai Kuasa Pertengahan Berpengaruh – Penganalisis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/14/malaysia-muncul-sebagai-kuasa-pertengahan-berpengaruh-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5874 hits
FWD Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Keseronokan Kelestarian Pos Malaysia Berhad penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional secara rasmi bekerjasama dengan FWD penyedia takaful dan ins...
117 Makanan Malaysia Diiktiraf Sebagai Warisan Kebangsaan Capati Apam Tuak Antara Tersenarai

117 Makanan Malaysia Diiktiraf Sebagai Warisan Kebangsaan Capati Apam Tuak Antara Tersenarai

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 3641 hits
Berita gembira buat semua pencinta makanan Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek Warisan 2025 Kalau tahun lepas hanya 10 makanan saja diiktiraf ta...
Malaysia Must Heed Lessons From Indonesia S Protests Say Fadillah And Rafizi

Malaysia Must Heed Lessons From Indonesia S Protests Say Fadillah And Rafizi

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4346 hits
DEPUTY Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof and PKR lawmaker Datuk Seri Rafizi Ramli have both urged Malaysians especially political leaders to draw lessons from Indonesia s recent wave of protests stressing the importance of stability ...
Fahmi Malaysia Indonesia To Meet In Sabah Over Sebatik Island Signal And Spectrum Issues In Two Weeks

Fahmi Malaysia Indonesia To Meet In Sabah Over Sebatik Island Signal And Spectrum Issues In Two Weeks

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4700 hits
Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil attends the Sembang Santai Komuniti Madani programme at Kampung Cocos in Lahad Datu September 6 2025 Bernama picLAHAD DATU Sept 6 Malaysia and Indonesia will discuss telecommunications issues betwe...
Some Malaysians Don T See Utusan Malaysia Erred In Describing World Champ Ee Wei Tomboy

Some Malaysians Don T See Utusan Malaysia Erred In Describing World Champ Ee Wei Tomboy

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 3702 hits
AS Malay daily Utusan Malaysia drew flak from women s rights and gender advocates for describing Toh Ee Wei as tomboy in its headlines some Malaysians strangely regard the description as befitting the personality of the one half of the rece...
Netizen Indonesia Puji Layanan Hospital Malaysia Ajak Warga Indo Pindah Negara

Netizen Indonesia Puji Layanan Hospital Malaysia Ajak Warga Indo Pindah Negara

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 4042 hits
SITI NUR ZAWANISeptember 6 2025Seorang pengguna TikTok dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap layanan hospital di Malaysia yang disifatkan jauh lebih baik berbanding negaranya sendiri Kata individu itu di negara ini perkhidmatan perub...
Siap Beli Mesin Dari Malaysia Lelaki Di Sweden Buka Gerai Jual Ais Kacang

Siap Beli Mesin Dari Malaysia Lelaki Di Sweden Buka Gerai Jual Ais Kacang

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3283 hits
Siap Beli Mesin Dari Malaysia Lelaki Di Sweden Buka Gerai Jual Ais Kacang Selain keunikan budaya dan kepelbagaian kaum Malaysia sangat terkenal kerana keenakan makanannya Antara makanan dan minuman yang popular ialah nasi lemak roti canai n...
Malaysia Belanda Kerjasama Perkukuh Industri Semikonduktor

Malaysia Belanda Kerjasama Perkukuh Industri Semikonduktor

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 2210 hits
Kerjasama menekankan kepentingan untuk mempelbagaikan rantaian bekalan global dan memastikan kedua dua negara boleh kekal berdaya saing Perjanjian dimeterai Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz bersama Menteri Hal E...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Analysts Warn Harapan S Seat Push May Strain Sabah Unity Bloc

Bounty For Indira S Ex Hubby Suspected Of Under Extremist Religious Groups Protection Raised To Rm50k

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Kelantan Pasangan Kekasih Mengaku Tak Salah Rompak Barang Kemas Rm5 76 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Makan Di Akar Lima Kulim

Terlibat Malam Terlarang

48 Peserta Berentap Dalam Physical Asia Wakil Asia Berentap Demi Negara

Picnic Pages November Ini

Doa Dari Surah At Taubah Terhindar Dari Dukacita

Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis Warisan Ibu Paling Wangi Lembut