Malaysia Mulakan Tindakan Undang Undang Ke Atas Eu


Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALIPUTRAJAYA: Malaysia memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya dengan memfailkan suatu permohonan konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung minyak sawit negara.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu dibuat dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri susulan langkah-langkah yang dikenakan EU dan negara-negara anggota iaitu Perancis serta Lithuania berkaitan pelaksanaan Delegated Regulation di bawah European Union Renewable Energy Directive 2018/2001 (EU RED II).
Katanya, pelaksanaan EU RED II itu sekali gus memberi kesan kepada industri sawit negara.
“Malaysia melaksanakan pelbagai langkah termasuklah mengadakan Misi Ekonomi dan Teknikal ke Eropah selain memberikan maklum balas terhadap pelaksanaan EU RED II.
“Namun, EU tetap meneruskan pelaksanaan EU RED II tersebut tanpa mengambil kira komitmen serta pandangan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Khairuddin, pelaksanaan EU RED II itu mengklasifikasikan minyak sawit sebagai suatu produk yang mempunyai kadar risiko perubahan guna tanah secara tidak langsung (ILUC) yang tinggi.
Katanya, hal itu menyebabkan penggunaan minyak sawit sebagai bio bahan api di EU tidak diambil kira dalam pengiraan sasaran tenaga boleh diperbaharui dan seterusnya mewujudkan sekatan perdagangan yang tidak wajar terhadap industri sawit negara.
Jelas beliau, tindakan EU itu juga adalah bertentangan dengan prinsip amalan perdagangan bebas yang digariskan oleh WTO.
“Tindakan undang-undang ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam melindungi kepentingan industri sawit negara terhadap dasar yang dilaksanakan EU tersebut.
“Malaysia berharap supaya WTO melalui Badan Penyelesaian Pertikaian dapat meneliti dan memperhalusi hujah serta keterangan Malaysia secara adil dan saksama selaras dengan prinsip undang-undang WTO,” katanya.
Beliau berkata, Malaysia memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam proses itu khususnya dalam sesi konsultasi dan perbincangan bersama Panel WTO yang diadakan kelak.
Pada masa sama, katanya, negara terus menjadi pihak ketiga bagi tindakan undang-undang yang telah difailkan oleh Indonesia (Kes No. DS 593: European Union – Certain measures concerning palm oil and oil palm crop-based biofuels) melalui DSM di WTO.
“Penglibatan Malaysia ini adalah penting sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap negara pengeluar sawit.
“Kerajaan Malaysia melalui kementerian ini akan terus memberikan komitmen tinggi dalam mempertahankan kepentingan industri sawit yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/malaysia-mulakan-tindakan-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Datuk Samseng Mohon Maaf Atas Tindakan Menyerang Pelanggan Di Restoran

Video Datuk Samseng Mohon Maaf Atas Tindakan Menyerang Pelanggan Di Restoran

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 211 hits
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk memohon maaf kerana terbabit dalam serangan ke atas dua pelanggan di sebuah restoran Selasa lalu Lelaki itu yang menggelarkan diri sebagai Datuk Tan dalam video berdurasi 2 minit 10 saat mengaku tindak...
Biden Jadi Presiden As Implikasinya Ke Atas Malaysia

Biden Jadi Presiden As Implikasinya Ke Atas Malaysia

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 344 hits
PETALING JAYA Dengan pelantikan Joe Biden sebagai presiden AS Malaysia mungkin menjadi kunci utama untuk dasar AS khasnya dalam isu perdamaian di Timur Tengah Menurut laporan AS Biden sudah menyenaraikan sejumlah arahan eksekutif termasuk m...
Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Anwar Dppm

Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Anwar Dppm

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 148 hits
Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa tindakan tegas diambil terhadap Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim serta individu yang mempertikai pelaksanaan proklamasi darurat Ketua Penerangannya Nazir Helmi berkata pihaknya menzahirkan kekecew...
Ahli Umno Dicuri Bersatu Pertimbang Tindakan Undang Undang Terhadap Asyraf

Ahli Umno Dicuri Bersatu Pertimbang Tindakan Undang Undang Terhadap Asyraf

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 355 hits
Bersatu mempertimbangkan tindakan undang undang terhadap Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki setelah dia menuduh parti itu membeli ahli Umno menandakan satu lagi masalah antara parti sekutu Perikatan Nasional Ketua Penerangan Bersatu Wan ...
Ayah Maut Akibat Covid 19 Tindakan Warga Maeps Tenangkan Adik Ini Sentuh Hati Netizen

Ayah Maut Akibat Covid 19 Tindakan Warga Maeps Tenangkan Adik Ini Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 228 hits
Pemergian insan tersayang lebih lebih lagi ibu bapa sendiri buat selama lamanya adalah detik paling sukar ditempuhi dalam hidup ini Apatah lagi mereka pulang dipanggil Tuhan dalam keadaan sedang diuji dengan kesakitan yang tiada tandingnya ...
5288 Daging Seludup Perlu Tindakan Lebih Drastik Kaca Tv 12 01 2021

5288 Daging Seludup Perlu Tindakan Lebih Drastik Kaca Tv 12 01 2021

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 270 hits
Suka dilmaklumkan tindakan pihak berkuasa menahan dua individu berkaitan penyeludupan dan pemalsuan logo halal terhadap daging iyang dibawak masuk secara gelap dari beberapa buah negara yang tidak diiktiraf namun tindakan yang lebih drastik...
Umno Digesa Hentikan Tindakan Main Kayu Tiga

Umno Digesa Hentikan Tindakan Main Kayu Tiga

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 195 hits
Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bermain kayu tiga dengan bersekongkol dalam isu sokongan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihentikan Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Keban...
Tindakan Tegas Langgar Pkp Bermula Sabtu

Tindakan Tegas Langgar Pkp Bermula Sabtu

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 232 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi bermula Sabtu ini kepada mana mana individu yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Kanan Datuk S...
Xiaomi Memberi Respon Terhadap Tindakan Amerika Mengatakan Tidak Terlibat Dengan Ketenteraan China

Xiaomi Memberi Respon Terhadap Tindakan Amerika Mengatakan Tidak Terlibat Dengan Ketenteraan China

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 204 hits
Pada awal pagi ini kerajaan Amerika Syarikat telah menambah syarikat Xiaomi dibawah senarai yang disenarai hitamkan 8211 sekaligus memerlukan semua pelabur dari Amerika Syarikat pada syarikat berkenaan untuk melupuskan pegangan dalam tempoh...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid