Malaysia Kempunan Tajikistan Rangkul Piala Pestabola Merdeka
Pemain Malaysia Arif Aiman (tengah) diasak pemain Tajikistan Juraboev Amirbek (kiri) dan Shukurov Alisher (kanan) pada perlawanan Akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
( 📸 ©Foto BERNAMA)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka
KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk merangkul piala Pestabola Merdeka buat kali ke-13 tidak kesampaian apabila pasukan kebangsaan tumpas di tangan Tajikistan dengan keputusan dua jaringan tanpa balas.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan di ranking ke-110 itu berjaya merangkul piala tersebut dalam penyertaan mereka buat pertama kali dalam kejohanan tersebut.
Keputusan itu nyata mengecewakan lebih 36,000 penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa.
Perlawanan di separuh masa pertama dilihat agak perlahan dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan berhati-hati dan agak fizikal.
Pada minit ke-27, tendangan luar kotak daripada pemain tengah, Brendan Gan tepat ke dakapan penjaga gol Tajikistan, Barotov Daler.
Minit ke-32, Malaysia datang lagi dan kali ini percubaan dari Arif Aiman Hanapi juga tepat ke arah penjaga gol.
Pemain pertahanan kanan kebangsaan, Matt Davies turut mengintai gawang Tajikistan dengan sepakan leretnya pada minit ke-37 hanya sedikit tersasar.
Dalam kerancakan Malaysia menyerang, menerusi satu serangan balas pada minit ke-44, Tajikistan berada di depan.
Pemain penyerang, Soirov Rustam yang menerima hantaran lolos melakukan sepakan leret yang menewaskan Ahmad Syihan Hazmi.
Tersentak dengan itu, anak buah Kim Pan Gon terus mengasak kubu lawan.
Pada penghujung masa tambahan, Matt Davies berjaya membuat tandukan cantik hasil hantaran Safawi Rasid namun sekali lagi diselamatkan penjaga gol pasukan lawan.
Masuk separuh masa kedua, Malaysia terus mengatur serangan dan tandukan Brendan pada minit ke-49 sedikit tersasar melewati palang gol.
Tajikistan pula pada minit ke-51 hampir menambah jaringan namun sepakan Rustam tinggi melewati gol yang sudah terbuka.
Muhammad Akhyar Rashid pula mencuba pada minit ke-54 namun Daler sekali lagi bertindak cemerlang dengan menafikan gol penyamaan buat Harimau Malaya.
Percubaan Darren Lok pada minit ke-69 pula lemah dan terus, sekali lagi ke dakapan penjaga gol lawan.
Tendangan dari luar kotak Stuart Wilkin pada minit ke-79 mencemaskan gawang Tajikistan namun percubaan beliau tersasar.
Malaysia sekali lagi hampir merobek gawang Tajikistan namun Daler sekali lagi cemerlang, kali ini menafikan percubaan Faisal Halim pada minit ke-87.
Begitupun, hanya seminit kemudian, Tajikistan menambah jaringan apabila penyerang, Samiev Shahrom memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan negara.
Perlawanan tamat dengan keputusan 2-0 memihak kepada Tajikistan.
SOURCE:
Awani
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/10/malaysia-kempunan-tajikistan-rangkul.html