Malaysia Hanya Fasilitator Tidak Campur Tangan Isu Sempadan Thailand Kemboja Fahmi Fadzil


Malaysia Hanya Fasilitator, Tidak Campur Tangan Isu Sempadan Thailand-Kemboja – Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Malaysia tidak pernah campur tangan dalam pertikaian sempadan antara Thailand dengan Kemboja, sebaliknya hanya bertindak sebagai fasilitator atas permintaan kedua-dua negara dan kekal menjadi sebuah negara yang berpendirian neutral.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata dakwaan bahawa Malaysia menyebelahi mana-mana pihak adalah tidak benar, memandangkan semua keputusan termasuk syarat gencatan senjata dan perjanjian perdamaian ditentukan sendiri oleh pihak Thailand dan Kemboja.
“Malaysia memainkan peranan sebagai fasilitator, bukan mediator. Kedua-dua pihak menghadapi kesukaran berhubung secara langsung dan mereka meminta Malaysia membantu. Negara kita neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana kuasa geopolitik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai di sini, hari ini.
Fahmi berkata dakwaan pihak tertentu di Thailand kononnya Malaysia campur tangan, “tersasar jauh” dan tidak mewakili pendirian rasmi kerajaan negara itu.
“Ini satu dakwaan yang tidak baik dan tidak betul. Malaysia tidak masuk campur dalam perihal mana-mana negara, apatah lagi negara jiran,” katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menafikan dakwaan sesetengah pihak di Thailand yang menuduh beliau campur tangan dalam urusan negara itu, berhubung pertikaian sempadan dengan Kemboja.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas, Perdana Menteri mengajak pihak yang mengecam beliau agar memahami peranan Malaysia dalam membantu menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara, sebelum membuat kenyataan tanpa usul periksa.
Semalam sekumpulan individu membawa bendera Thailand dan kain rentang berkumpul di Kedutaan Malaysia di Bangkok dan menuduh Anwar sebagai Pengerusi ASEAN telah campur tangan dalam usaha negara terbabit mempertahankan kedaulatannya.
Kumpulan berkenaan menuntut Anwar menghentikan tekanan supaya Thailand berunding dengan Kemboja mengenai kawasan sempadan yang dipertikaikan, selain menuduh Perdana Menteri melakukan “campur tangan politik”,
Mereka turut mendakwa Malaysia serta Amerika Syarikat cuba mempengaruhi keputusan Thailand secara tidak wajar.
Sumber: BERNAMA
The post Malaysia Hanya Fasilitator, Tidak Campur Tangan Isu Sempadan Thailand-Kemboja – Fahmi Fadzil appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/23/malaysia-hanya-fasilitator-tidak-campur-tangan-isu-sempadan-thailand-kemboja-fahmi-fadzil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penunjuk Perasaan Thai Desak Anwar Henti Campur Tangan Isu Sempadan

Penunjuk Perasaan Thai Desak Anwar Henti Campur Tangan Isu Sempadan

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 163 hits
Malaysiakini nbsp Penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Kedutaan Malaysia di Bangkok hari ini bagi menuntut Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menghentikan campur tangan dalam urusan Thailand berhubung pertikaian sempadan dengan Kemboj...
Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand

Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 192 hits
Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebentar tadi bagi membincangkan perkembangan terkini sempadan ...
Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 178 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan Thailand menggantung pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja tidak ada kaitan dengan peranan Malaysia sebagai pengantara dalam rundingan tersebut Menurut laporan Beri...
100 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Danok Dengan Lori Treler Susulan Banjir Besar Di Selatan Thailand

100 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Danok Dengan Lori Treler Susulan Banjir Besar Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR Pada kira kira jam 3 pagi tadi seramai 100 rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar ke Danok dengan menaiki lori treler selepas beberapa wilayah selatan Thailand dilanda banjir besar sejak beberapa hari lalu Perkongsian pengguna d...
Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 174 hits
PM Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab isu pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah pada Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di...
Scoot Merentasi Sempadan Scoot Ajak Rakyat Malaysia Nikmati Dunia

Scoot Merentasi Sempadan Scoot Ajak Rakyat Malaysia Nikmati Dunia

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 179 hits
Scoot Merentasi Sempadan Scoot Ajak Rakyat Malaysia Nikmati Dunia MALAYSIA Scoot anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines kini menyajikan lebih banyak sebab untuk melancong dan mengajak rakyat Malaysia bercuti sambil menikmati makana...
Malaysia Akan Meningkatkan Penggunaan Pengimbas Sempadan Untuk Memerangi Penyeludupan Dengan Lebih Berkesan

Malaysia Akan Meningkatkan Penggunaan Pengimbas Sempadan Untuk Memerangi Penyeludupan Dengan Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 143 hits
Pusat kemasukan utama Malaysia akan dilengkapi dengan pemindai canggih untuk memeriksa kargo bagasi dan pemeriksaan tubuh bagi memperkukuhkan keselamatan sempadan dan mencegah penyeludupan KUALA LUMPUR Pusat kemasukan utama Malaysia akan se...
Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 255 hits
Tindakan Trump untuk campur tangan dalam perang saudara di Sudan bukanlah kerana keprihatinan mendalam dari Amerika Syarikat tetapi lebih kepada permintaan dari Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Dalam gaya penuturan Trump dia be...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026