Scoot Merentasi Sempadan Scoot Ajak Rakyat Malaysia Nikmati Dunia


Scoot Merentasi Sempadan: Scoot Ajak Rakyat Malaysia Nikmati Dunia
MALAYSIA — Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA), kini menyajikan lebih banyak sebab untuk melancong dan mengajak rakyat Malaysia bercuti sambil menikmati makanan melalui kempen terbaharunya, “Scoot Beyond Borders, Turning Flavours into Journeys.”
Kempen ini bertujuan menyalakan kembali minat rakyat Malaysia terhadap makanan kerana bagi rakyat Malaysia, makan itu ibarat sukan kebangsaan. Untuk merealisasikan idea ini, Scoot bekerjasama dengan ilustrator Malaysia, Riynn Lee (@mashpatooties) yang mana ilustrasi digital penuh warnanya menggambarkan kegembiraan meneroka pelbagai rasa baharu di luar negara dan di tanah air.
Ilustrasi tersebut menyorot perjalanan peribadi serta pengembaraan kulinari Riynn di Phu Quoc, Vietnam di mana beliau menikmati makanan laut segar serta meneroka pasar tempatan dan ladang-ladang yang sibuk. Phu Quoc ialah salah satu destinasi terbaharu Scoot, diterbangkan menggunakan pesawat Embraer E190-E2.
Kini, Scoot mempunyai rangkaian lebih 70 destinasi di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Eropah, memudahkan rakyat Malaysia ke destinasi penuh tarikan kulinari dari lorong-lorong beraroma di Vietnam hingga ke kafe pastri sempurna di Vienna.
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, Riynn juga akan berkongsi pengembaraan perjalanannya melalui siri kandungan media sosial serta pelekat interaktif untuk WhatsApp dan Instagram yang akan dilancarkan secara berperingkat dalam bulan mendatang. Melalui penceritaan visual, kempen ini menekankan bagaimana makanan menjadi motivasi penting bagi orang ramai untuk melancong.
“Di Scoot, kami percaya melancong bukan sekadar bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain; ia juga tentang mencipta pengalaman bermakna sama ada meluangkan masa bersama insan tersayang, mencuba aktiviti baharu atau menikmati hidangan sedap. Bagi ramai rakyat Malaysia, makanan membangkitkan memori dan emosi.
Sebab itu kami memilih untuk bekerjasama dengan ilustrator Malaysia yang muda dan kreatif bagi merakam kegembiraan meneroka rasa yang mencetus keingintahuan serta semangat penerokaan. Kempen terbaharu ini bukan sahaja menonjolkan rangkaian destinasi kulinari Scoot yang pelbagai tetapi juga meraikan hubungan budaya melalui makanan.
Menerusi lensa penceritaan Riynn, kami mengajak lebih ramai pengembara menjadikan perjalanan mereka sebagai pengembaraan kulinari kerana perjalanan terbaik sering bermula dengan hidangan hebat, dan kami bangga dapat memudahkan perjalanan ini supaya pengembara dapat terus menyemarakkan selera mereka terhadap penemuan dan eksplorasi,” kata Puan Agatha Yap, Pengarah Pemasaran, Komunikasi dan Kesetiaan di Scoot.
“Saya sangat berbesar hati dan teruja untuk memulakan kerjasama ini dengan Scoot. Sebagai seorang artis, menterjemah pengalaman sendiri ke dalam naratif visual sangat dekat di hati saya.
“Dalam perjalanan saya di Phu Quoc, saya diingatkan betapa pentingnya makanan untuk rakyat Malaysia seperti saya  kerana kita sememangnya penggemar makanan.
“Saya juga sedar bahawa setiap pengalaman perjalanan hadir dengan ceritanya tersendiri, dan saya mahu ilustrasi saya menangkap rasa ingin tahu, keseronokan dan pengalaman menyeronokkan yang saya alami. Saya berharap rakyat Malaysia akan melihat diri mereka dalam ilustrasi tersebut dan turut berinspirasi untuk memburu pengembaraan makanan baharu bersama Scoot,” kata Riynn Lee, Ilustrator.
Untuk maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan atau tempahan pengembaraan makanan anda yang seterusnya, sila layari laman web www.flyscoot.com.
The post Scoot Merentasi Sempadan: Scoot Ajak Rakyat Malaysia Nikmati Dunia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/25/scoot-merentasi-sempadan-scoot-ajak-rakyat-malaysia-nikmati-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuk Nasihat Kerajaan Malaysia Elakkan Perjalanan Waktu Malam Demi Keselamatan Rakyat

Tajuk Nasihat Kerajaan Malaysia Elakkan Perjalanan Waktu Malam Demi Keselamatan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 201 hits
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan nasihat kepada rakyat agar menghindari perjalanan malam di tiga kawasan selatan Thailand iaitu Yala Narathiwat dan Pattani berikutan peningkatan kes keganasan di kawasan tersebut Ahmad Fahmi Konsul Malay...
Mayat Rakyat Malaysia Ditemukan Di Tengah Lebuh Raya Vietnam

Mayat Rakyat Malaysia Ditemukan Di Tengah Lebuh Raya Vietnam

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 157 hits
KOSMO JASAD warga Malaysia ditemukan di sebuah lebuh raya Foto tuoi tre newsHANOI Seorang lelaki Malaysia yang tiba di lapangan terbang Tan Son Nhat Bandar Raya Ho Chi Minh pagi kelmarin ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada hari sama...
Banjir Konsulat Malaysia Di Songkhla Saran Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan

Banjir Konsulat Malaysia Di Songkhla Saran Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 194 hits
Banjir Konsulat Malaysia Di Songkhla Saran Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan SONGKHLA 22 Nov Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan b...
Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana

Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 288 hits
Tular Hatyai Dilanda Banjir Ada Rakyat Malaysia Terkandas Di Sana Kawasan tumpuan pelancong di Hatyai Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu Orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang bercuti di sana berkongsi m...
Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai

Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 162 hits
Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai Banjir yang melanda selatan Thailand baru baru ini sememangnya telah menjejaskan aktiviti pelancongan di sana terutama di Hatyai Ekoran dari paras air yang naik secara m...
Rakyat Thailand Terharu Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

Rakyat Thailand Terharu Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 193 hits
HATYAI Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group kelihatan konvoi bantuan dari Malaysia memasuki Thailand bagi misi membantu mangsa banjir di Hatyai Komuniti tempatan turut mengucapkan penghargaan Terima kasih atas p...
Scoot Perkukuh Destinasi Pelancongan Kerjasama Dengan Bakat Malaysia

Scoot Perkukuh Destinasi Pelancongan Kerjasama Dengan Bakat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 179 hits
Scoot Perkukuh Destinasi Pelancongan Kerjasama Dengan Bakat Malaysia KUALA LUMPUR Scoot syarikat penerbangan tambang rendah di bawah Singapore Airlines terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan meningkatkan kapasiti destinasi penerb...
100 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Danok Dengan Lori Treler Susulan Banjir Besar Di Selatan Thailand

100 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Danok Dengan Lori Treler Susulan Banjir Besar Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR Pada kira kira jam 3 pagi tadi seramai 100 rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar ke Danok dengan menaiki lori treler selepas beberapa wilayah selatan Thailand dilanda banjir besar sejak beberapa hari lalu Perkongsian pengguna d...
Kurang Bertamadun Pelancong Jepun Kritik Sikap Rakyat Malaysia Yang Duduk Bersila Di Lantai

Kurang Bertamadun Pelancong Jepun Kritik Sikap Rakyat Malaysia Yang Duduk Bersila Di Lantai

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 197 hits
Konsert jelajah dunia 2025 ZEROBASEONE WORLD TOUR HERE amp NOW oleh kumpulan popular K pop ZEROBASEONE yang berlangsung di Idea Live Arena Petaling Jaya pada 8 November 2025 ternyata meninggalkan pelbagai kisah di sebalik kemeriahanny
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Tular Di Media Sosial Penduduk Terjejas Aceh Tamiang Rayu Bantuan Kerajaan Aceh Arah Agih Segera

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Apa Sebenarnya Tugas Syarikat Design Printing Dalam Sesebuah Jenama

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta

Penghujung Sebuah Cerita Kesedihan Dan Harapan Dalam The Last Goodbye

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir