Malaysia Halal Expo 2019 Sediakan Peluang Untuk Produk Halal Ke Jepun
Salam dears… Bila nak merantau ke luar negara, salah satu benda yang Mama risaukan ialah bab nak mencari produk Halal. Ye laa, sebagai umat Islam ni tentulah nak pastikan yang Halal dan thoyib ja yang kita guna kan?
Tapi bila merantau ke negara orang yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam, tak semudah tu nak dapatkan produk yang kita boleh yakin tanpa was was bahawa ianya Halal. Terutama sekali bab makanan.
Sebab kat luar negara ni kadang kadang diorang anggap asalkan tak ada daging babi, tak ada arak maksudnya Halal atau ‘Muslim Friendly’. Bab cara sembelihan, kebersihan, bahan bahan lain dan peralatan yang digunakan masa penyediaan semua tu, belum tentu lagi diambil kira.
Well, tak boleh salahkan diorang pun sebab majoriti penduduk kat sana bukan Muslim jadi tak hairan lah kalau pemahaman bab Halal tu masih kurang.
Contohnya kan masa Mama ke Korea, nak makan di kedai pun hati hati sebab bukan semua tempat ada restoran Halal. Yang Mama tahu, kat Itaewon lah tempatnya nak cari restoran makanan Halal. Ngan kat Nami Island.
Salah satu restoran makanan Halal di Itaewon, Korea
Di Nami Island, tu logo Halal Korea.
Kat Myeongdong? Yang mana ada gantung label Halal tu kitorang belek belek gak tengok bahan yang digunakan dan cara masak supaya tak rasa was was, pastu tawakal je lah makan.
Produk yang dijual kat kedai GS25 (macam 7E) tu plak, jenuh laa dok belek satu persatu. Ada logo Halal atau tidak..dan kebanyakannya memang tak ada lah logo atau label Halal. Jadi masa tu kitorang bergantung pada info dari Google jer..apa jenama yang boleh dimakan atau tidak.
Muak gak kalau tiap hari makan mee ramen jer, nasib baik lah ada jual nasi putih segera tu.
Makanan Halal di Jepun
Yang Mama nampak kebelakangan ni salah satu negara yang makin menitikberatkan soal produk Halal ialah Jepun. Haaa Jepun memang dalam travel wishlist Mama gak ni.
Cumanya tu lah…bab makanan Halal di Jepun masih agak terhad. Bukannya tak ada, tapi harganya boleh buat kita rasa nak angkut segala periuk belanga dan makanan segera atau packed food dari Malaysia kot hehe.
Macam geng blogger #KBBA9 si Shehan dan Ben Ashaari, masa travel ke Jepun beberapa bulan lepas diorang bernasib baik dapat menginap di hotel bertaraf lima bintang yang memang menitikberatkan soal Halal untuk pelanggan.
Untung laa kalau dapat menginap di hotel yang ada menu Halal camni. Tapi tak semua orang mampu… (pic dicilok dari Ben)
Tapi bagi yang bajet ciput dan hanya mampu duduk hotel murah murah atau hostel je cam aii ni, acaner? Huhuhu
Ofismate Mama cerita, masa dia ke Jepun awal tahun lepas, boleh dikatakan tiap tiap hari makan Onigiri beli kat FamilyMart sampai naik muak jadinya! Makan tak dak nikmat punya, sekadar untuk kenyang semata mata.
Haishhh kan ke best, kalau bila masuk FamilyMart ka pasaraya kat Jepun tu ada jual macam macam packed food atau makanan segera yang boleh diyakini berstatus Halal.
Kot boleh beli nasi lemak instant ka, sambal ikan bilis ka sushi Halal ka..tak pun rempeyek buat kunyah kunyah, kan ke best? Tak perlu nak susah payah usung makanan segera dari Malaysia kan, kan?
Malaysia Halal Expo 2019 (MHE2019)
Sebab tu lah bila Mama dapat tahu akan ada Malaysia Halal Expo 2019 tak lama lagi, Mama macam wahhhh ini peluang yang bagus untuk para usahawan kita ni!
Diantara misi utama Malaysia Halal Expo 2019 (MHE2019) yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama agensinya SME Corp. Malaysia ialah untuk membantu para usahawan Malaysia menembusi pasaran Jepun sempena Tokyo Olympics 2020 nanti. Sebab dijangka permintaan yang tinggi untuk produk Halal terutamanya produk makanan pada masa tu!
Lagi menarik, semasa MHE2019 para usahawan bukan setakat dapat memperkenalkan produk diorang, malah akan ada perkongsian ilmu melalui sesi ‘Pocket Talks’ yang pastinya berguna untuk tambah pengetahuan tentang pasaran produk Halal di Jepun.
Hmm Mama rasa syarikat syarikat besar dari Jepun pun patut ambil kesempatan untuk hadiri expo ni dan explore peluang perniagaan, sebab ratusan pengusaha produk Halal tempatan dijangka akan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka semasa expo tu nanti.
Bukan sekadar produk makanan dan minuman, tapi barangan kosmetik, penjagaan diri, produk kesihatan, farmaseutikal, biocare dan banyak lagi lah! Fuhh menarik!
Ehh jom lah kita sama sama pergi tengok apa yang ada masa MHE2019 nanti. Mana laa tau, kot kot terbuka peluang bisnes kat sana kan? Paling tidak pun, boleh enjoy shopping produk Halal hehehe
Malaysia Halal Expo 2019
Tarikh: 24 – 26 Januari 2019
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre
Website: Malaysia Halal Expo 2019
Facebook: Malaysia Halal Expo 2019
51 total views, 51 views today
The post Malaysia Halal Expo 2019 Sediakan Peluang Untuk Produk HALAL ke Jepun! appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/01/malaysia-halal-expo-2019-sediakan-peluang-untuk-produk-halal-ke-jepun.html/