Malaysia Dibidankan Dari Bara Api


Amirudin Shari

 ULASAN | Lima puluh tujuh tahun yang lalu, ketika era kolonialisme mulai pudar dan cengkamannya pula satu per satu dileraikan, beberapa watan telah mengambil keputusan yang bersejarah untuk mencipta negara persekutuan yang baharu.
Makanya Brunei, Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu telah mengikat janji untuk berada di bawah naungan suatu negara yang kita kasihi dan kenali sebagai Malaysia.
Meminjam istilah Benedict Anderson, Malaysia merupakan suatu ‘imagined community’ yang baharu, yang segar, yang meraikan kepelbagaian dan yang gagah—yang disebut sebagai “Mighty Malaysia” oleh Tunku Abdul Rahman dua tahun lebih awal di Hotel Adelphi, Singapura.
Pada tanggal 16 September lahirlah sebuah negara persekutuan yang dipanggil Malaysia disaksikan lebih 30,000 orang di Stadium Merdeka. Malaysia bersilat menempuhi Perang Dingin dan permainan geopolitik di London, Moscow, Beijing dan Washington.
Ternyata Malaysia dibidankan daripada bara api. Hanya beberapa tahun mengecapi kemerdekaan, penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat Soekarno, Diosdado Macapagal serta A.M Azahari sehingga terbatalnya kerjasama MAPHILINDO dan terkeluarnya Brunei daripada rancangan besar tersebut.
Negara kita yang baru bertatih saat itu harus mempertahankan kedaulatannya daripada serangan Indonesia menerusi kempen ‘Ganyang Malaysia’ yang hanya berakhir pada Ogos 1966.
Hari ini, rata-rata negara yang disebutkan telahpun secara aman bersatu di bawah platform Asean. Lanskap geopolitik juga telah berubah, dengan China serta rencana One Belt One Road sedang berhadapan Perang Perdagangan Dunia Amerika.
Banyak tindak balas berlaku antara kedua-duanya serta negara yang berkiblatkan mereka, daripada urusan imigresen kepada pemilikan saham syarikat seperti yang terlihat dalam kes aplikasi TikTok.
Dan yang terkini, wabak pandemik Covid-19 telah merebak dan sekali lagi tatanan dunia berada dalam keadaan tidak menentu.
Kita sebagai rakyat Malaysia boleh mendabik dada bahawa kita berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding jiran tetangga yang lain. Cara pengurusan wabak kita telah diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan menjadi bualan banyak negara.
Atau secara mudahnya, kita kini “standing in the eyes of the world”, meminjam bait lagu Ella yang popular sewaktu Sukan Komanwel 1998 dahulu.
Marilah kita berdoa mengharapkan yang terbaik buat negara-negara jiran yang masing-masing bergelut menguruskan perebakan wabak yang mengganas ini. Semoga kita sama- sama dapat bangkit lebih kuat daripada saki-baki virus ini.
Kerjasama dan keprihatinan sesama negara malahan sesama insan harus kita tekankan dalam menjaga serta memelihara kerencaman budaya dan fahaman di Malaysia. For there is no place like Malaysia.
Ungkapan ini bukan sekadar klise tetapi harus kita dalami sebagai kekuatan kita bersama kerana kerencaman dan kepelbagaian bukanlah suatu hal yang memecahbelahkan tetapi sewajarnya menyatukan kita.
Itulah resipi kekuatan Selangor. Negeri bunga rampai atau melting pot ini mendapat manfaat limpahan yang besar daripada kebijaksanaan dan kemahiran warganya yang berasal sejauh Perlis hingga ke Sabah.
Baik dari segi budaya, agama, latar belakang ekonomi mahupun fahaman politik, cogan kata Malaysia yakni "bersekutu bertambah mutu" ternyata benar lagi penting serta menjadi pegangan untuk menguatkan hubungan antara kita semua, bersekali dengan Rukun Negara yang kita ikrarkan buat sekian kalinya.
Tulisan ini adalah kenangan kepada pengorbanan semua pihak, daripada para leluhur yang mengangkat senjata bagi melakar masa depan yang lebih baik kepada anak-cucu serta kita semua yang sama-sama bingkas lagi bertungkus-lumus untuk mengisi kemerdekaan yang terbina dengan membangunkan ekonomi dan mempertahankan kedaulatannya sama ada sempadan wilayah mahupun kedaulatan bentuk baharu seperti kedaulatan digital dan kedaulatan bekalan makanan.
Selamat menyambut Hari Malaysia!
* AMIRUDIN SHARI ialah menteri besar Selangor.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/malaysia-dibidankan-dari-bara-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sang Penggenggam Bara Api

Sang Penggenggam Bara Api

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 905 hits
Hadith ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW Maksudnya Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api Riway...
Covid 19 Malaysia Imposes Entry Ban On 23 Countries

Covid 19 Malaysia Imposes Entry Ban On 23 Countries

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 243 hits
COVID 19 Long term pass holders from 23 countries which have recorded more than 150 000 Covid 19 cases are barred from entering Malaysia effective today Sept 7 According to a list issued by the Immigration Department on its official Faceboo...
Bawa Budaya Jalanan Indonesia Ke Malaysia Carbot Cafe Jadi Tumpuan Kaki Kopi

Bawa Budaya Jalanan Indonesia Ke Malaysia Carbot Cafe Jadi Tumpuan Kaki Kopi

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 424 hits
Kreatif dan unik merupakan perkataan paling sesuai untuk menggambarkan perniagaan yang diusahakan Mohd Fauzi Azmi di Bandar Tiram Johor Hanya memberi fokus kepada bahan utamanya iaitu kopi perniagaan yang diusahakan Fauzi ini kian viral dan...
Dakwa Sabah Milik Sulu Sakitkan Hati Rakyat Malaysia Najib

Dakwa Sabah Milik Sulu Sakitkan Hati Rakyat Malaysia Najib

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan seorang rakyat Filipina kononnya beliau adalah Sultan Sulu Dr Ibrahim Bahjin Shakirullah II dan mendakwa Sabah milik negaranya amat menyakitkan hati rakyat Sabah dan Malaysia Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Raz...
Oppo Malaysia Bawa Masuk A53 Dengan Skrin 90hz Harga Bawah Rm700

Oppo Malaysia Bawa Masuk A53 Dengan Skrin 90hz Harga Bawah Rm700

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 464 hits
Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan yang Oppo A53 telah diperkenalkan di Indonesia yang juga merupakan telefon pintar pertama menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 460 Baru baru ini telefon pintar terbaru Oppo di telah diperkenalkan di pasara...
Tak Perlu Berlapar Untuk Kurus Kkm Beri Slimming Set Percuma Kepada Rakyat Malaysia

Tak Perlu Berlapar Untuk Kurus Kkm Beri Slimming Set Percuma Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 359 hits
Bila kita bincang tentang cara kurangkan berat badan terlalu banyak kaedah yang dikongsikan orang Ada juga yang menyuruh kita membeli dan mengamalkan produk berasaskan pil yang dikatakan mampu memberikan bentuk badan yang diinginkan dalam w...
Sekolah Cina Di Malaysia Lebih Cina Daripada Cina Di Negara China

Sekolah Cina Di Malaysia Lebih Cina Daripada Cina Di Negara China

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 866 hits
Pakar sejarah negara mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata apabila bercakap soal Pendidikan Cina Kata Khoo British hanya benarkan sekolah Cina beroperasi ketika zaman penjajah jika mereka berhasrat untuk kembali ke negara asal iaitu neg...
Jagalah Air Muka Malaysia Awer

Jagalah Air Muka Malaysia Awer

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 248 hits
Bekalan air yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd setelah penduduk sekitar mengalami gangguan bekalan air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat PKNS Seksyen 18 Shah Alam Selangor foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR K...
Malaysia Nyata Pendirian Pelarian Uyghur Tidak Akan Diekstradisi Ke China

Malaysia Nyata Pendirian Pelarian Uyghur Tidak Akan Diekstradisi Ke China

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 403 hits
Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tidak akan mengekstradisi pelarian etnik Uyghur ke China walaupun ketika atas permintaan Parti Komunis China untuk berbuat demikian sebaliknya akan membenarkan pelarian Uyghur pergi ke negara ketiga de...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan