Malaysia Bukan Negara Abah Atuk Boleh Buat Suka Hati



Nik Khatijah Nik Mud
Semakin hari semakin banyak drama politik yang terjadi dalam negara kita. Rakyat semakin pening dan tertanya-tanya dengan kekalutan langkah para pemimpin baik daripada belah kerajaan mahupun pembangkang.
Apa sudah jadi dengan negara ini?
Situasi genting yang berlaku dalam negara sekarang sedikit sebanyak telah menunjukkan tahap keupayaan pemerintah hari ini yang lemah dan tidak berprinsip. 
Setiap langkah yang diambil oleh pemerintah nampak serba tidak kena dan seolah-olah mempunyai muslihat dan lebih bersifat peribadi yang boleh mengheret negara ke arah situasi yang lebih buruk.
Masa depan rakyat dan negara kini tidak menentu kerana mainan politik dan perebutan kuasa yang berpanjangan semenjak beberapa bulan yang lalu.
Pada saat negara terus dihimpit dengan peningkatan kes COVID-19, para pemimpin yang kita harapkan akan menjadi perisai, menjaga rakyat dari segenap arah, malangnya lebih sibuk mengatur strategi untuk saling menguasai, mencari ruang kuasa dan pangkat di celah-celah keresahan dan kesempitan golongan marhaen yang terkesan dengan polisi dan dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan.
Sedih mengenangkan betapa keluh kesah rakyat seolah-olah tiada nilai di mata para pemimpin. Apa gunanya ada pemimpin, mahupun abah, atuk atau papa jikalau anak-anak kelaparan mengemis tiada hala tuju tanpa pembelaan sewajarnya?
Apakah kita masih mahu berdiam diri, menanti kekacauan dan huru-hara disebabkan permainan mereka? Ayuh kita bangkit mempertahankan hak kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin terbaik yang kita ingini. Herdikan sosial harus dikuatkan agar para pemimpin tahu akan kuasa yang ada pada rakyat.
Perkara ini ada disebut oleh Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam program Bicara Bina Negara anjuran Jabatan Kajian dan Advokasi, Pertubuhan IKRAM Malaysia pada September yang lalu.
Menurut beliau, masyarakat perlu berperanan untuk sentiasa mengherdik para pemimpin yang menunjukkan sikap tidak bertanggujawab serta tidak telus dalam kepimpinan mereka, apatah lagi apabila melibatkan perkara atau tindakan yang mampu mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat.
Politik berprinsip dan berwibawa
Pemimpin negara seharusnya berfikir dan bertindak secara rasional dalam mendepani wabak COVID-19 ini agar keadaan negara dan rakyat tidak menjadi makin teruk.
Apa yang diperlukan oleh negara hari ini adalah kebijaksanaan serta ketelusan dan sikap bertanggungjawab para pemimpin selain dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
Usahlah mempertaruhkan nasib rakyat dengan dasar dan tindakan yang kurang matang, sebaliknya perlu berusaha untuk memperkemas sistem dan seluruh jentera kerajaan agar dapat berfungsi dengan cekap dan menyeluruh tanpa mengabaikan kebajikan para pekerja dan juga rakyat jelata.
Ahli-ahli politik harus segera menamatkan kemelut politik yang melanda dan berusaha mengembalikan kestabilan kerajaan berlandaskan lunas undang-undang negara.
Hentikanlah semua drama politik murahan yang boleh mempamerkan ketidakupayaan para pemimpin  dalam mengemudi negara terutamanya dalam situasi wabak COVID-19 ini.
Pemerintah hari ini bukan sahaja gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti serta berwibawa, malahan mengambil langkah di luar jangkaan yang melanggar prinsip demokrasi negara untuk terus berkuasa.
Sebaiknya, ahli-ahli politik perlu bersedia membuat rundingan berbentuk kerjasama (collaborative) demi mewujudkan kerajaan yang stabil demi kepentingan rakyat dan negara.
Kepimpinan negara perlu diterajui oleh mereka yang benar-benar ikhlas, berwibawa, bermaruah, berintegriti dan kompeten dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat.
Amat tidak patut terjadi apabila para pemimpin lebih rela menggadaikan maruah diri dan pilihan rakyat untuk kepentingan peribadi atau parti politik masing-masing.
Darurat kerana COVID-19 atau politik?
Negara sekali lagi digemparkan dengan berita tentang kemungkinan pengisytiharan darurat dalam masa terdekat. Menurut PN BBC Portal,  kerajaan akan mengumumkan ‘darurat kesihatan’ dalam tempoh terdekat bagi memberi lebih tumpuan kepada usaha menangani isu penularan COVID-19.
Pengisytiharan darurat di negara kita bukanlah sesuatu yang asing kerana negara pernah beberapa kali berpengalaman dalam situasi darurat sama ada disebabkan oleh perang, kekacauan awam, krisis politik mahupun bencana alam.
Antara yang paling diingati adalah Rusuhan 13 Mei 1969.
yang mana rusuhan kaum telah berlaku selepas pilihan raya pada 10 Mei 1969.
Selain itu, negara juga pernah mengisytiharkan darurat di wilayah tertentu di Sarawak, Selangor dan Johor pada tahun 1997, 2005 dan 2013 disebabkan oleh jerebu yang teruk sehingga menyebabkan penutupan operasi sektor awam dan swasta yang tidak penting.
Namun begitu, keputusan untuk mengisytiharkan darurat disebabkan wabak COVID-19 telah mengundang reaksi yang kurang senang, bukan sahaja daripada pihak pembangkang malahan masyarakat sendiri.
Rata-rata tidak berpuas hati dan menganggap langkah ini sebagai satu strategi yang tidak matang dan berbaur politik demi untuk mempertahankan kedudukan politik masing-masing.
Selain itu, menjadi persoalan besar juga kerana negara sebenarnya sudah pun mempunyai undang-undang atau akta yang sedia ada iaitu Akta 342, Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 yang boleh digunakan yang membenarkan pihak kerajaan untuk menguat kuasa arahan kuarantin dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan COVID-19 seperti yang telah dilaksanakan sejak Mac yang lalu.
Malahan, negara juga telah membuktikan bahawa pelaksanaan PKP telah berjaya mengawal dan mengurangkan penularan wabak tersebut dengan pengawalan dan pematuhan SOP secara ketat oleh semua lapisan masyarakat.
Jadi, adakah negara benar-benar berada di tahap yang tidak terkawal sehingga perlu diisytiharkan darurat atau adakah terdapat tujuan lain (hidden agenda) yang tidak diketahui umum?
Walau apa pun justifikasinya, rakyat mengharapkan keputusan terbaik daripada pemimpin negara dan diharapkan pemerintah sentiasa meletakkan kepentingan dan keselamatan rakyat sebagai asas yang paling utama dalam menentukan sebarang keputusan mahupun polisi.
Di kala ini, kecekapan dan kebijaksanaan pemimpin untuk membuat perkara yang betul dan tepat (do the right thing at the right time) amat ditagih oleh rakyat.
Kita doakan kestabilan negara yang kita cintai ini akan terus terpelihara daripada segala tindakan tidak bertanggungjawab tangan-tangan yang merosakkan.
Ayuh kita bersama-sama berganding bahu, saling membantu dan menyokong satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, kaum, etnik mahupun ideologi politik untuk terus melawan COVID-19.
Sama-sama kita berjuang untuk mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negara demi membawa Malaysia menjadi sebuah negara rahmah yang harmoni dan sejahtera.  



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30300

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kadang Orang Tak Faham Tapi Nak Jaga Hati Peminat Ozlynn Waty Kongsi Kisah Suka Duka Kehidupan Sebagai Pelawak

Hiburan Kadang Orang Tak Faham Tapi Nak Jaga Hati Peminat Ozlynn Waty Kongsi Kisah Suka Duka Kehidupan Sebagai Pelawak

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 419 hits
Berkongsi foto suaminya Johan Raja Lawak dan juga teman seperjuangan Zizan yang sedang tidur Ozlynn Waty tampil menceritakan sedikit sebanyak kisah hidup serta suka duka bergelar pelawak Menurut Ozlynn meskipun gambar suaminya dan Zizan itu...
Cabaran Terbesar Politik Malaysia Masa Depan Negara Bagai Telur Di Hujung Tanduk

Cabaran Terbesar Politik Malaysia Masa Depan Negara Bagai Telur Di Hujung Tanduk

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 422 hits
LIEW CHIN TONGMasa depan negara bagai telur di hujung tanduk dan cadangan pemerintahan darurat oleh pentadbiran Muhyiddin adalah bermulanya kehancuran yang entah bila penghujungnya Ada banyak cara lain yang lebih baik untuk menangani wabak ...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 336 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Sejarah Kenegaraan Negara Malaysia

Sejarah Kenegaraan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 1334 hits
1 0 PengenalanKenegaraan Malaysia ialah pengajian mengenai masyarakat sosiobudaya sejarah politik dan ekonomi Malaysia Sejarah pembentukan Malaysia adalah unit Pada kebiasaannya sebuah wilayah yang besar dan baru itu ditubuh kerana pemimpin...
Bila Aliff Syurki Sedih Hati Meronta Rindu Bercuti Beli Belah Di Luar Negara

Bila Aliff Syurki Sedih Hati Meronta Rindu Bercuti Beli Belah Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 319 hits
Rata rata penerbangan ketika ini disekat sejak penularan wabak COVID 19 melanda di seluruh dunia malah kebanyakan negara menutup pintu sempadan buat pelancong luar kerana bimbang dengan peningkatan kes di negera masing masing source
Jangan Jadikan Malaysia Negara Tidak Berpelembagaan

Jangan Jadikan Malaysia Negara Tidak Berpelembagaan

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 361 hits
Sang Kelembai Perlembagaan Persekutuan bukan satu Perlembagaan yang di ciplak dari Perlembagaan dari negara asing Perlembagaan negara asing hanya sebagai Panduan Perlembagaan Persekutuan di persiapkan oleh kesemua 9 Raja Raja Melayu Dan jug...
Mp Mp Ini Hilang Kelayakkan Malaysia Boleh

Mp Mp Ini Hilang Kelayakkan Malaysia Boleh

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 348 hits
MAN TOBA Diberitakan YB Tengku Razaleigh Hamzah menolak jawatan Penasihat PETRONAS kerana ianya bertentangan dengan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang mebolehkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen terbatal secara otomatik jika seorang Ah...
Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin Covid 19

Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 230 hits
Sejak bermulanya pandemik COVID 19 bermula dari negara China dapat dilihat saintis pelbagai negara berusaha keras dalam menjadi yang terawal untuk menghasilkan vaksin bagi menamatkan penyebaran wabak merbahaya ini Selain Russia China telah ...
Dah Penat Dah Malas Dah Bosan Suka Hati Kau Orang Je Lah Letak Je Nama Najib Sebagai Pm Paling Layak Untuk Puaskan Hati

Dah Penat Dah Malas Dah Bosan Suka Hati Kau Orang Je Lah Letak Je Nama Najib Sebagai Pm Paling Layak Untuk Puaskan Hati

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 864 hits
Harap berpuas hati Don t worry tak ada siapapun nak halang Tak kesah walau tak rasional Yang penting asalkan kau orang bahagiaLetak sekali Lokman sebagai Timbalan Dan Don t worry aku tak siarkan komen yang tak setuju Nak beli saham bukan na...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri