Malaysia Boleh


Northern Shipyard bina bot Tentera Laut NigeriaLANGKAWI: Syarikat pembinaan dan pembaikan kapal tempatan, Northern Shipyard Sdn. Bhd. (Northern Shipyard) berjaya membina empat bot peronda pesisir pantai berkelajuan tinggi milik Tentera Laut Nigeria bernilai kira-kira RM32 juta

Pengurus Teknikal Northern Shipyard, Masmawi Ishak berkata, bot peronda itu dibina selepas mendapat tempahan daripada sebuah syarikat dari Singapura, Suncraft International Pte. Ltd. dan Tentera Laut Nigeria.

Katanya, empat bot peronda itu yang bernilai antara RM6 juta hingga RM10 juta sebuah, mengambil masa kira-kira 10 bulan untuk di­siapkan selepas memulakan pembinaan pada Februari lalu.

“Lebih membanggakan, pembinaan bot peronda itu menggunakan tenaga kerja dan kepakaran anak tempatan Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bot Peronda Pesisir Pantai Tentera Laut Nigeria di Royal Langkawi Yatch Club di sini semalam.

Bot peronda itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi dan disaksikan Pengarah Urusan Northern Shipyard, Ooi Cheng Choon.

Northern Shipyard merupakan anak syarikat Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd. yang menjalankan operasi feri bagi laluan Pulau Langkawi ke Kuala Kedah, Kuala Perlis, Pulau Pinang, Satun dan Koh Lipe, Thailand.

Masmawi memberitahu, bot berkenaan memenuhi standard antarabangsa seperti kalis peluru, berkelajuan tinggi sehingga mencatat kelajuan 55 knot sejam serta memiliki peralatan canggih.

“Bot sepanjang 17 meter dan lebar 4.3 meter ini menggunakan daya penggerak enjin dari Jerman berkapasiti 1200 kuasa kuda untuk dua unit enjin, sistem penolakan permukaan air dari Switzerland serta reka bentuk dari Itali,” katanya.

Menurut beliau, ia merupakan kali pertama syarikat terlibat dalam pembinaan bot tentera dari luar negara.

“Bot ini dijangka diserahkan kepada Tentera Laut Nigeria pada Januari tahun hadapan dengan menggunakan kapal kargo,” ujarnya.

Tambah Masmawi, syarikat berharap pihak kerajaan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menawarkan kepakaran dalam membuat pemasangan bot bagi agensi keselamatan negara.

“Kos bagi pembelian bot juga mungkin lebih murah kerana kita menggunakan kepakaran anak tempatan,” katanya. – UTUSAN
.........................................................................................................

RM6.083 Billion Sudah Dibayar Tapi Tiada Kapal LCS Siap BinaJawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memanggil bekas menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal bulan depan, bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS).

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata, turut akan dipanggil pada prosiding jawatankuasa itu adalah bekas panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek kapal LCS Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

“Pelantikan BNS Sdn Bhd dilakukan secara rundingan terus dan sehingga Oktober lalu, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar, dan tidak ada sebuah kapal LCS siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS siap dibina setakat ini,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Wong berkata isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/ Jabatan Persekutuan) dan Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), diterbitkan pada 2019.

Jelasnya PAC Parlimen juga akan mengadakan lawatan tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak bulan depan.

“PAC Parlimen memandang serius isu kegagalan pembekalan enam kapal peronda LCS oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF), membabitkan nilai perolehan sebanyak RM9 bilion.

“Kegagalan penyiapan kapal LCS amat serius, kerana ia membabitkan kelemahan dari segi tadbir urus, perolehan serta kewangan, tetapi memberi impak terhadap keselamatan dan pertahanan negara,”

Wong berkata PAC Parlimen berpendapat bahawa suatu penyelesaian hendaklah diputuskan oleh kerajaan secepat mungkin, dan berikutan itu, adalah penting bagi PAC Parlimen untuk menyegerakan prosiding isu itu dan membentangkan laporannya ke Dewan Rakyat.

Beliau berkata setakat ini empat mesyuarat dan prosiding dengan beberapa saksi telah dipanggil, antaranya Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abdul Aziz dan Pengerusi JKSTUPKK Tan Sri Ambrin Buang.

“PAC Parlimen berhasrat untuk melengkapkan dan membentangkan Laporan PAC berhubung isu pembekalan enam kapal generasi kedua LCS ini ke Dewan Rakyat, dalam sidang Parlimen pada Mac 2021,”

Sumber: BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/12/malaysia-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 348 hits
Rakyat tak nak yang ada bau korup sedangkan usia masih muda Netizen tak nak anak muda berguru dan merujuk penyamun untuk menjadi pemimpin Kita tak nak anak muda yang lari panjat pagar bila negara ada masalah Anak muda jangan ada ciri mudah ...
Zte Malaysia Mengacah Kehadiran Zte Axon 20 5g Hanya Boleh Dibeli Melalui Jemputan

Zte Malaysia Mengacah Kehadiran Zte Axon 20 5g Hanya Boleh Dibeli Melalui Jemputan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 235 hits
ZTE sudah lama senyap di Malaysia Jenama ini tidak lagi gah seperti beberapa tahun lepas ZTE juga sudah tidak lagi memfokuskan kepada peranti mercu untuk siri Axon mereka Contohnya ZTE Axon 20 5G hanyalah sebuah peranti kelas pertengahan pr...
Realme Smart Tv Boleh Dibeli Di Malaysia Bermula 22 Disember 2020 Harga Serendah Rm699

Realme Smart Tv Boleh Dibeli Di Malaysia Bermula 22 Disember 2020 Harga Serendah Rm699

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 260 hits
Seiring pelancaran Realme 7 5G jenama ini turut mengumumkan bahawa televisyen pintar mereka iaitu Realme Smart TV boleh dibeli oleh pengguna tempatan bermula 22 Disember ini Lebih menariknya Realme turut menawarkan diskaun menarik di mana a...
Penimbang Pintar Garmin Index S2 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga Rm699

Penimbang Pintar Garmin Index S2 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga Rm699

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 219 hits
Penimbang pintar adalah satu lagi trend dari pengeluar peranti Ia adalah pelengkap kepada pemilik penjejak kesihatan atau jam tangan pintar Penimbang ini turut boleh ditambat pada peranti pengguna akaun boleh diselarikan dan data data yang ...
Bila Madu Boleh Menjadi Racun

Bila Madu Boleh Menjadi Racun

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 294 hits
BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN Madu mempunyai kandungan air antara 10 20 Dalam madu yang tulen juga terdapat bakteria baik yang boleh melakukan proses penapaian Saya mencadangkan agar madu tidak disimpan dalam petisejuk Jika terlalu banyak a...
Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri Doktor Kongsi Prosedur Betul Nak Cabut Gigi Kat Rumah

Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri Doktor Kongsi Prosedur Betul Nak Cabut Gigi Kat Rumah

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 460 hits
Gigi susu anak dah mula goyang goyang sebenarnya mak ayah boleh cabut sendiri di rumah tanpa perlu ke klinik gigi Tapi mungkin ramai yang takut nak buat kerana tiada pengalaman atau tak tahu cara yang betul Dr Azila Mohd Kasim dari Klinik P...
Kaya Pun Boleh Korup Kata Hakim Kes Ku Nan Malunya Aku

Kaya Pun Boleh Korup Kata Hakim Kes Ku Nan Malunya Aku

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 192 hits
December 21 2020 Hakim kata mahkamah terima Tengku Adnan Mansor orang berada tetapi tegaskan RM2 juta tetap jumlah besar walaupun bagi seorang jutawan KUALA LUMPUR Hakim yang mesabitkan kesalahan terhadap bekas menteri Tengku Adnan Mansor k...
Kategori 1 Boleh Mohon I Sinar Kwsp Mulai Hari Ini

Kategori 1 Boleh Mohon I Sinar Kwsp Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 614 hits
21 Disember 2021 BOLEH MOHON I SINAR KWSP KATEGORI 1 BOLEH MOHON KWSP MULAI HARI INI Yeayyy berita baik untuk semua rakyat Malaysia Di mana rakyat Malaysia yang ada akaun KWSP EPF dah boleh mohon iSINAR KWSP iSINAR ini bertujuan membantu ra...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A

Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah