Malaysia Bersedia Untuk Berperang Dengan Covid 19




Pada 21 Mac 2020oleh Liew Chin Tong
Oleh Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP)Sebenarnya, kita tidak pernah melihat keadaan seperti ini dalam kehidupan kita. Belum pernah terjadi di Malaysia sejak 1957 dan 1963. Kali terakhir dunia bergolak seakan ini adalah semasa Perang Dunia Kedua, kira-kira 75 tahun lalu. Sebagai sebuah negara, kita perlu menguruskan pandemik Covid-19 dengan mentaliti seolah-olah negara sedang beperang – iaitu peperangan antara manusia melawan virus. Pada 1941, Amerika Syarikat (AS)  terkejut apabila Pearl Harbor diserang secara tiba-tiba. Sebagai tindak balas terhadap krisis, AS memberi tumpuan untuk menyatukan rakyat, mengumpulkan sumber yang ada bagi meningkatkan penghasilan industri peperangan. Kecekapan, koordinasi dan perubahan besar terhadap penghasilan amat penting pada masa yang sukar sebegini. Ketika Pearl Harbor diserang, tentera AS mempunyai kekuatan seramai 500,000 orang. Apabila Perang Dunia Kedua tamat, mereka berjaya mengumpulkan lapan juta orang untuk dilatih, menukar kilang-kilang menjadi tempat meghasilkan peluru dan bekalan untuk menyokong angkatan tentera, dan kembali menjalani kehidupan biasa melalui kelulusan undang-undang GI. Kita boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa ini untuk meningkatkan ketahanan dan kesediaan negara bagi menghadapi perang melawan Covid-19. Krisis Covid-19 telah mengubah perjalanan dunia. Semuanya tidak akan sama seperti dahulu lagi. Di Malaysia, wabak ini tidak akan berakhir pada 31 Mac 2020 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) tamat. Walaupun MCO tidak dilanjutkan, kita akan kembali “hidup normal” – tetapi suasana akan berbeza berbanding 18 Mac.  Kemungkinan gangguan ke atas kehidupan akan berlanjutan, dasar jarak sosial (social distancing) dilihat efektif dalam melawan wabak ini. Adakah kita bersedia untuk mempertingkat bilangan pemeriksaan suhu badan di setiap bangunan, mengamalkan penggunaan topeng, dan langkah-langkah lain yang diperlukan? Sehingga terdapat vaksin yang berguna dan dihasilkan secara besar-besaran, maka kita masih perlu mengamalkan langkah-langkah berjaga-jaga yang sama. Ketika ini, Malaysia berhadapan bahaya risiko seperti di Itali. Jika kita gagal menguruskan MCO secara berkesan, kita akan melihat peningkatan kes secara drastik dalam beberapa hari dan menyaksikan keruntuhan sistem kesihatan dalam seminggu.  Sebagai kerajaan, masyarakat dan sebuah negara, kita sendiri perlu bersedia menghadapi situasi buruk bagi memenangi pertarungan melawan Covid-19. Kita perlu bergerak pantas dalam tempoh yang singkat sehabis mungkin untuk menang dalam jangka masa panjang. Untuk dua minggu akan datang, kita perlu mengawal pergerakan masyarakat dan pastikan tidak berlaku gelombang ketiga; atau sekurang-kurangnya kita dapat melengahkan gelombang ketiga sebaik mungkin. Pada masa yang sama, kita mesti berbincang tentang tindakan yang harus dilakukan jika kita kembali kepada kehidupan normal selepas 31 Mac. Bagi mencapai dua objektif ini, kita harus mengimbas semula beberapa andaian terkini:  Pertama, andaian mengatakan ujian kepada mereka yang hanya menunjukkan simptom bukan lagi pendekatan terbaik. Rakan saya di parlimen, Kelvin Yii merupakan contoh kes yang terdekat. Beliau didapati positif Covid-19 meskipun tidak menunjukkan sebarang gejala. Sekarang kita tahu bahawa mengambil suhu tidak mengesan kes asimptomik secara efektif, termasuk mereka dalam fasa inkubasi. Kita perlu mengesan mereka yang mempunyai kontak rapat dan memulakan ujian kepada pihak yang berhubung dengan pesakit, tidak kira mereka menunjukkan gejala atau tidak. Korea Selatan telah menguji lebih 250,000 orang sejak wabak bermula dan kapasiti untuk ujian ini adalah seramai 15,000 orang sehari. Kita perlu memperkasakan industri bagi menghasilkan Kelengkapan ujian secara besar-besaran dan melibatkan pengamal perubatan sektor swasta bagi meningkatkan kemampuan ini. Lebih banyak tenaga manusia diperlukan untuk menyelamatkan mereka yang dijangkiti dan mereka yang telah terkesan teruk akibat jangkitan. Kedua, andaian yang mengatakan tidak perlu mengenakan topeng sekiranya mempunyai selsema perlu dicabar. Kita perlu mempertimbangkan keperluan untuk menghasilkan topeng secara besar-besaran dan pengagihan pembasmi kuman kepada semua masyarakat, termasuk di luar bandar dan pekerja asing tidak berdokumen. Kita perlu menggerakkan para pengeluar, dan ketua komuniti untuk memudahkan pengedaran pada skala yang begitu besar. Ketiga, kita perlu meningkatkan kapasiti hospital secara drastik. Ini termasuk bilangan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peralatan seperti alat bantuan pernafasan serta alat pelindungan untuk kakitangan perubatan. Tindakan segera perlu dilakukan sebelum hospital dan doktor kita terpaksa berfungsi dengan kapasiti berlebihan, seperti kes di Itali apabila ramai pesakit terpaksa dihantar pulang ke rumah. Memandangkan kita mempunyai 450 alat bantuan pernafasan di hospital swasta berbanding hospital kerajaan, maka perlu ada rancangan untuk melibatkan hospital dan pihak swasta dalam perang Covid-19. Keempat, kita harus memikirkan semula keselamatan komuniti. Perlunya persediaan alat untuk membaca suhu badan di lapangan terbang, kemudahan pengangkutan awam dan bangunan utama apabila ia dibuka semula untuk orang awam, selepas 31 Mac. Penjaga keselamatan di tempat-tempat ini perlulah dipastikan sihat dan perlu diberi latihan tambahan. Kita tidak boleh bergantung kepada pekerja asing tidak terlatih dalam hal ini (mereka mungkin tidak fasih berbahasa tempatan). Pekerja Malaysia yang boleh dilatih dalam tempoh yang singkat dalam masa dua minggu hadapan diperlukan untuk menjaga tempat-tempat tersebut.  Bagi melaksanakan perkara ini, kita memerlukan institusi dan individu yang betul. 1. Usaha bi-partisan diperlukan Amat malang ketika negara sedang bertarung dengan Covid-19, Malaysia berhadapan krisis politik domestik dan Perdana Menteri hari ini mendapat kuasa melalui percaturan politik. Walaupun kerajaan ini tidak mempunyai legitimasi politik, Pakatan Harapan bersedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi krisis ini atas kepentingan negara. Kerajaan juga perlu bersedia untuk bekerjasama. Ia bermula dengan Perdana Menteri bekerjasama dengan pemimpin tertinggi, Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Harapan.  Bukannya meminggirkan mereka daripada mesyuarat koordinasi. Perdana Menteri perlu bersedia mengambil pendekatan negarawan agar semua pihak dapat bekerjasama. 2. Pendekatan “kerajaan menyeluruh” diperlukan. Perdana menteri telah memberi ucapan siaran langsung di televisyen tentang Covid-19 dalam tempoh 7 hari. Tetapi tidak boleh sekadar beliau sahaja. Seluruh jentera kerajaan memerlukan penyelarasan. Tangan kiri mesti tahu apa yang dilakukan tangan kanan. Seluruh kabinet perlu bersedia dan merancang untuk berhadapan dengan kemungkinan terburuk. Penglibatan kerajaan negeri, tanpa mengira parti, perlu diselaraskan dalam usaha ini.  Lebih baik sekiranya Perdana Menteri muncul di siaran televisyen akan datang di Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON) dan berkongsi statistik terperinci, memberi makluman kepada rakyat tentang langkah diambil kerajaan secara rentas kementerian. Rakyat perlu tahu apa yang sedang berlaku berbanding arahan untuk “duduk di rumah diam diam”. 3. Kita memerlukan rakyat Malaysia menjaga antara satu dan yang lain. #KitaJagaKita Anak-anak petugas perubatan perlu dijaga ketika mereka bekerja lebih masa untuk menyelamatkan nyawa. Penglibatan aktif masyarakat amat penting dalam keadaan negara berhadapan krisis. Kita perlu mahasiswa untuk bersedia menyediakan makanan kepada rakan mahasiswa yang tidak mempunyai makanan. Kita perlukan pemuda luar bandar membantu warga emas supaya mereka tidak berseorangan. Kita perlu lebih ramai orang untuk dilatih sebagai pembantu hospital dan kemudahan perubatan. Kita perlu semua pihak memainkan peranan tanpa mengorbankan kesihatan mereka. Kita perlu menyatukan semua pihak untuk bersama berhadapan dengan krisis ini. Penglibatan rakyat diperlukan, lebih penting daripada duduk di rumah menonton HBO. Kita tidak seharusnya mengharapkan Kementerian Kesihatan dan kerajaan melakukannya sendiri.  4. Perlukan kerjasama hospital swasta, klinik dan perniagaan. Saya memberi penghormatan yang tertinggi kepada kakitangan Kementerian Kesihatan, Pengarah Kesihatan dan para jururawat. Hakikatnya, mereka tidak boleh melakukannya sendiri. Kita perlu pantas menggerakkan hospital swasta, tentera dan klinik untuk memainkan peranan. Sekurang-kuranya berilah mereka arahan mengenai peranan mereka dan sediakan sumber yang secukupnya, latihan yang bersesuaian dan mencukupi secepat mungkin dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes seperti di Itali dan gelombang ketiga. Kebanyakan hospital swasta dimiliki oleh GLC. Mereka perlu menggerakkan usaha ini bersama pemilik GLC sebagai satu khidmat negara. 5. Kita memerlukan pendekatan keselamatan kesihatan  Keputusan untuk menggunakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyelaras langkah keselamatan amat dipuji. Tetapi, MKN selama ini bertindak seperti sekretariat. Ia memerlukan lantikan seseorang dengan tahap seperti menteri sebagai penasihat MKN, menteri kesihatan boleh menjadi ahli yang hadir bersama dalam Sidang Khas MKN , dipengerusikan oleh Perdana Menteri sehingga pandemik berakhir. MKN juga perlu mempertimbangkan pembentukan panel penasihat, terdiri daripada pakar perubatan profesional dan saintis bagi memastikan keputusan dibuat dengan sokongan saintifik. Kesemua pihak berkuasa seperti polis, angkatan tentera, pegawai penjara, dan imigresen (termasuk kastam) perlu dididik agar dapat menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa Covid-19, dan selamat menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan orang lain. Peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu dipertingkatkan, dibawah arahan agensi awam. ATM sentiasa bersedia ketika krisis berlaku dan mereka sentiasa mempunyai peranan sekunder bagi membantu pihak berkuasa awam bagi memantau lapangan dalam senario yang tidak menentu ini. Reaksi kita terhadap krisis sepatutnya merangkumi mengukuhkan daya tahan dan persediaan, bukan panik dan ketakutan. Dengan penyelarasan dan kerjasama seluruh rakyat Malaysia, kita mampu memenangi ‘peperangan’ ini bersama-sama. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/malaysia-bersedia-untuk-berperang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Seru Duduk Rumah Jangkitan Baharu Covid 19 Malaysia Turun Selangor Naik

Mb Seru Duduk Rumah Jangkitan Baharu Covid 19 Malaysia Turun Selangor Naik

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 318 hits
SHAH ALAM 25 MAC Kes Covid 19 di Selangor meningkat walaupun taburan kes di negara ini menunjukkan penurunan semalam kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata daripada 106 kes baharu dicatatkan di seluruh negara sehingga 24 M...
Mcdonald S Malaysia Menaja Makanan Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid 19

Mcdonald S Malaysia Menaja Makanan Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 443 hits
hai assalammualaikumMcDonald s Malaysia Hargai Petugas Barisan Hadapan COVID 19 McDonald s Malaysia menaja makanan untuk kira kira 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini adalah masa yang me...
Seorang Lagi Maut Warganegara Malaysia 66 Tahun Korban Ke 17 Akibat Covid 19

Seorang Lagi Maut Warganegara Malaysia 66 Tahun Korban Ke 17 Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 317 hits
Dukacita dimaklumkan sehingga kini terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID 19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan Seorang Lagi Maut Warganegara Malaysia 66 Tahun Korban Ke 17 A...
Covid 19 Pengumuman Bank Negara Malaysia Penjelasan Mudahnya Begini

Covid 19 Pengumuman Bank Negara Malaysia Penjelasan Mudahnya Begini

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 321 hits
Pengumuman BNM semalam 1 Semua bank diarahkan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada individu dan perusahaan kecil dan sederhana termasuk gadai janji dan sewa beli untuk tempoh 6 bulan Bagaimanapun ini tidak termasuk hutang ...
Ikuti Perkongsian Pengalaman Pesakit Malaysia Disahkan Positif Covid 19

Ikuti Perkongsian Pengalaman Pesakit Malaysia Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 352 hits
Anda ada terfikir tak orang sakit dijangkiti virus ni mereka dikuarantin buat apa Apa rasanya bila disahkan positif COVID 19 ini Perkongsian pengalaman ini dikongsikan oleh individu bernama di twitter beliau bagaimana mula mula disahkan pos...
Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16

Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 267 hits
Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16 Kemaskini sehingga pagi 25 Mac 2020 Jadi kepada semua rakyat Malaysia teruskan untuk stayathome di hari kelapan kita semua dalam Perintah Kawalan Pergerakan Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian...
Covid 19 Perkongsian Young Lebih Kurang Seperti Di Malaysia

Covid 19 Perkongsian Young Lebih Kurang Seperti Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 281 hits
Covid 19 Perkongsian Young Lebih Kurang Seperti Di Malaysia Anda kenal dengan Ashley Young Sudah pasti peminat pasukan Manchester United cukup kenal dengan pemain ini Covid 19 Perkongsian Young Lebih Kurang Seperti Di Malaysia Ashley Young ...
Covid 19 Seorang Lagi Warga Negara Malaysia Meningal

Covid 19 Seorang Lagi Warga Negara Malaysia Meningal

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 337 hits
Dukacita dimaklumkan sehingga kini terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID 19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kemati...
Covid 19 Malaysia Records Another Fatality Death Toll At 16

Covid 19 Malaysia Records Another Fatality Death Toll At 16

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Malaysia has recorded another Covid 19 related fatality bringing the death toll in the country to 16 Health director general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah in his official Facebook page last night said the 75 year old Malaysian ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip