Malaysia Bakal Perkenal Cuti Haid Ini Yang Perlu Anda Tahu


Semalam kecoh satu Malaysia apabila cadangan tentang cuti haid diajukan di Dewan Rakyat.
Soalan ini diajukan oleh Charles Anthony Santiago (PH-Klang), iaitu sama ada KPWKM mempunyai rancangan untuk memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata cadangan untuk memperkenalkan cuti haid memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan sebelum boleh dilaksanakan.
Mengulas lanjut, pihak berkenaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan.
Katanya, ini kerana proses memperkenalkan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan pekerja wanita, tetapi memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara.
“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar serta menggalakkan inisiatif baharu yang menyokong kesejahteraan dan kebajikan semua golongan termasuk wanita,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Siti Zailah berkata, ketika ini terdapat kemudahan cuti sakit dan cuti rehat sedia ada yang diperuntukkan oleh majikan kepada pekerja, sama ada di sektor swasta atau awam.
Sumber: BERNAMA TV Sementara itu, katanya kemiskinan haid secara relatif merujuk kepada situasi apabila individu perempuan tidak mendapat akses kepada tuala wanita akibat kekangan kewangan.
“KPWKM berpandangan kajian lanjut perlu dilaksanakan berhubung keperluan pemberian subsidi tuala wanita bagi membolehkan kerajaan mendapat gambaran sebenar berhubung isu kemiskinan haid yang dialami oleh golongan wanita, terutama di kalangan isi rumah B40 di Malaysia.
“Selain itu, dapatan kajian ini membolehkan satu pendekatan yang lebih komprehensif dan bersasar diperkenalkan bagi menangani isu kemiskinan haid,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai cuti untuk wanita yang kematian suami, katanya setakat ini, cuti itu adalah selama tiga hari.
Bagaimanapun, katanya Kelantan adalah satu-satunya negeri di negara ini yang memberi cuti sehingga sebulan kepada kakitangan awam dengan gaji penuh kepada wanita yang kematian suami.
Baca juga:
Perodua Alza 2022 : Harga Terkini, Spesifikasi Varian & WarnaKalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2023 Apakah Cuti Haid? Cuti haid merupakan satu undang-undang di mana majikan harus membenarkan wanita bercuti setiap bulan kerana haid yang menyakitkan.
Menurut tinjauan, Korea, Jepun, Zambia dan Indonesia adalah antara negara yang telah mempraktikkan cuti ini.
Negara yang berbeza mempunyai peraturan yang berbeza untuk bilangan hari yang diperuntukkan setiap bulan, serta sama ada masa cuti ini dibayar (paid leave) atau tidak dibayar (unpaid leave).
Kajian yang dijalankan pada 2019 oleh Health Care for Women International mendapati 47.2% wanita yang dikaji menyokong cuti haid.
Di Malaysia, kajian sedang dilakukan dan dijangka akan siap pada Oktober 2022.
Bagaimana Ia Dipraktikkan Di Negara Lain Jepun memperkenalkan polisi cuti haid seawal tahun 1947 lagi, di mana selama sekurang-kurangnya sedekad, pekerja kilang wanita telah diberi cuti haid untuk memberi mereka penangguhan kerja yang teruk dan keadaan kebersihan yang buruk, sambil bergelut dengan sakit senggugut.
Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II, negara itu memperuntukkan cuti haid ke dalam undang-undang buruh baharunya sebagai hak untuk semua pekerja wanita yang mengalami sakit haid yang ‘teruk’ atau dysmenorrhea.
Pada mulanya, terdapat pengambilan cuti haid yang agak tinggi — iaitu sekitar 26% pada tahun 1965, menurut media tempatan.
Namun semakin sedikit wanita yang mengambil pilihan tersebut. Tinjauan kerajaan Jepun pada 2017 mendapati hanya 0.9% pekerja wanita menuntut cuti haid.
Di Korea Selatan, penggunaan cuti haid juga menurun. Dalam tinjauan 2013, 23.6% wanita Korea Selatan menggunakan cuti tersebut. Menjelang 2017, kadar itu telah jatuh kepada 19.7%.
Di Taiwan, Akta Kesaksamaan Gender dalam Pekerjaan memberi wanita tiga hari “cuti haid” setahun, yang tidak akan dikira dalam 30 hari “cuti sakit biasa”.
Di negara Afrika Zambia, wanita berhak secara sah untuk mengambil cuti sehari setiap bulan kerana polisi cuti haid mereka, yang dikenali sebagai “Hari Ibu”. Pekerja wanita itu berhak mendakwa majikannya jika dinafikan cuti.
Sumber: CNN, Firstpost, WorkingSolutionsNYC


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cuti-haid-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cuti-haid-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Tak Kena Takkan Faham Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

Orang Tak Kena Takkan Faham Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 216 hits
Baru baru ini pelakon Fizo Omar berkongsikan tentang cuti haid yang diperkenalkan di dewan rakyat melalui entri di Instagram miliknya bertanyakan pendapat orang ramai berkenaan perkara tersebut Ramai yang memberikan pendapat berbeza beza be...
Jangkitan Cacar Monyet Bakal Menular Di Malaysia Ini 5 Langkah Diperkenal Kkm Untuk Hadapi Wabak Tersebut

Jangkitan Cacar Monyet Bakal Menular Di Malaysia Ini 5 Langkah Diperkenal Kkm Untuk Hadapi Wabak Tersebut

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 463 hits
Baru je nak reda sikit dengan pandemik Covid 19 timbul pula wabak cacar monyet yang menjadi kebimbangan semua warga dunia Bahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula telah mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global p...
Kerajaan Perkenal Menu Keluarga Malaysia Di Ipt Dan Premis Penjualan Makanan

Kerajaan Perkenal Menu Keluarga Malaysia Di Ipt Dan Premis Penjualan Makanan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 364 hits
Bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup di kalangan masyarakat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia Inisiatif ini digerakkan di restoran restoran koperasi dan kafeteria yang beroperasi...
Fizo Omar Dikecam Netizen Selepas Persoal Isu Cuti Haid

Fizo Omar Dikecam Netizen Selepas Persoal Isu Cuti Haid

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 202 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan mengenai pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita menjadi tumpuan ketika persidangan di Dewan Rakyat Tidak nafikan ramai yang bersetuju dengan pengenalan cuti haid terutama kaum wanita Namun pelakon F
Hutang Negara Masih Terkawal Tengku Zafrul Nafi Dakwaan Malaysia Bakal Muflis Seperti Sri Lanka

Hutang Negara Masih Terkawal Tengku Zafrul Nafi Dakwaan Malaysia Bakal Muflis Seperti Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 325 hits
Hutang negara masih terkawal Tengku Zafrul nafi dakwaan Malaysia bakal muflis seperti Sri LankaKedudukan fiskal negara masih kukuh dan hutang kerajaan persekutuan masih di tahap terkawal kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz Beliau berka...
Cuti Haid Elok Kerajaan Bn Tumpu Kemiskinan Haid Saja

Cuti Haid Elok Kerajaan Bn Tumpu Kemiskinan Haid Saja

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 238 hits
Cuti haid Elok kerajaan BN tumpu kemiskinan haid sajaPosted By on July 22 2022Cadangan untuk memperkenalkan cuti haid bagi memudahkan pekerja wanita yang menghadapi masalah kesakitan apabila datang bulan di negara ini tidak harus dijadikan ...
Malaysia S Wholesale Retail Trade Set New Sales Record In May 2022

Malaysia S Wholesale Retail Trade Set New Sales Record In May 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 308 hits
According to DOSM sales of motor vehicles surged 20 1 per cent y o y or RM2 3 billion to RM13 9 billion in May 2022 Bernama photo nbsp KUALA LUMPUR Malaysia s wholesale and retail trade has set a new sales record in May 2022 growing by 19 9...
Dia Seorang Yang Bijak Lucu Sharifah Amani Bakal Ded4h Identiti Tunang Selepas Nikah

Dia Seorang Yang Bijak Lucu Sharifah Amani Bakal Ded4h Identiti Tunang Selepas Nikah

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 382 hits
Insya Allah jika dipermudah Kita hanya mampu merancang tetapi Allah menentukan jawab pelakon Sharifah Amani kepada Astro Gempak selepas ditanya adakah dia bakal menamatkan status bujang pada tahun ini Sharifah Amani 36 mengulas spekulasi ba...
Pertubuhan United Sikh Malaysia Kesal Mat Kilau Papar Askar Sikh Cedeerakan Orang Tua Dan Kanak Kanak

Pertubuhan United Sikh Malaysia Kesal Mat Kilau Papar Askar Sikh Cedeerakan Orang Tua Dan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 275 hits
United Sikh Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap bahagian fiksyen yang dipaparkan dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang menurut mereka boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum Pertubuhan itu berkata pihaknya kecewa apab
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi

Infinity Nikki Akhirnya Hadir Di Steam