Hutang Negara Masih Terkawal Tengku Zafrul Nafi Dakwaan Malaysia Bakal Muflis Seperti Sri Lanka


'Hutang negara masih terkawal' - Tengku Zafrul nafi dakwaan Malaysia bakal muflis seperti Sri Lanka




Kedudukan fiskal negara masih kukuh dan hutang kerajaan persekutuan masih di tahap terkawal, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, walaupun negara telah melalui beberapa siri krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan sebelum ini, kerajaan amat berdisiplin dan tidak pernah gagal membayar faedah dan hutang matang.


“Ini membuktikan reputasi dan kemampuan Malaysia sebagai penghutang yang mempunyai rekod bayaran balik yang baik,” katanya dalam kenyataan.


Beliau merujuk kepada beberapa laporan di media sosial yang dilihat bertujuan untuk mengelirukan rakyat mengenai kedudukan kewangan dan situasi hutang negara.


Tengku Zafrul berkata, pengurusan hutang secara berhemat juga diterapkan melalui undang-undang sedia ada, antara lainnya Artikel 98(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan supaya kerajaan sentiasa mengutamakan perbelanjaan berkaitan hutang, berbanding perbelanjaan operasi yang lain.


Katanya, Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 memperuntukkan pinjaman luar pesisir tidak boleh melebihi RM35 bilion dan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 menetapkan bahawa had statutori hutang kerajaan tidak boleh melebihi 65% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Pada akhir Jun 2022, katanya, pinjaman luar pesisir berjumlah RM29.4 bilion manakala hutang statutori mencatat 60.4% daripada KDNK.


Paras hutang


Dalam pada itu, menteri kewangan turut menjelaskan, 97% daripada jumlah hutang kerajaan persekutuan dalam denominasi ringgit, sekali gus mencerminkan pengurusan hutang berhemat kerana pendedahan kepada risiko tukaran mata wang asing adalah minimum.


“Paras hutang yang tinggi tidak bermakna negara mempunyai risiko kebankrapan.


“Pelbagai agensi penarafan antarabangsa seperti S&P Global, Fitch dan Moody’s sentiasa menilai tahap hutang sesebuah negara bersama dengan faktor lain seperti rangka kerja fiskal berhemat, tadbir urus yang utuh dan kedudukan luaran yang baik serta kekukuhan ekonominya,” katanya.


Tengku Zafrul berkata, pihak Tabung Kewangan Antarabangsa turut mengakui bahawa kedudukan hutang Malaysia masih di paras terurus.


Baru-baru ini, katanya S&P menjangkakan bahawa perancangan dasar kerajaan akan menyokong pengukuhan kedudukan fiskal negara.


Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kewangan turut menyangkal dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat bahawa Malaysia bakal menjadi muflis seperti sebuah negara di Asia Selatan baru-baru ini.


“Kementerian telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai beberapa laporan palsu di media sosial mengenai kedudukan hutang negara yang dilihat bertujuan mengelirukan rakyat dan berpotensi untuk menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia,” katanya.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/07/hutang-negara-masih-terkawal-tengku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indikator Catat Tren Polhukam Ri Terjaga Kekhawatiran Seperti Sri Lanka Dibuat Buat

Indikator Catat Tren Polhukam Ri Terjaga Kekhawatiran Seperti Sri Lanka Dibuat Buat

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 179 hits
Selain politik situasi keamanan nasional juga dikaji dalam survei tersebut Hasilnya masyarakat menganggap situasi keamanan di dalam negeri saat ini menunjukkan tren positif
Kita Tak Nak Malaysia Bankrap Macam Sri Lanka Warganet Mahu Pemimpin Rasuah Dijatuhkan Segera

Kita Tak Nak Malaysia Bankrap Macam Sri Lanka Warganet Mahu Pemimpin Rasuah Dijatuhkan Segera

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 285 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSri Lanka bankrap masih lagi menjadi perbualan hangat wargamaya sehingga hari ini Mana tidaknya negara yang berpenduduk sekitar 22 juta orang itu dilapor muflis disebabkan rasuah berleluasa di negara tersebut Negara ki...
What Can Malaysia Learn From Sri Lanka

What Can Malaysia Learn From Sri Lanka

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 218 hits
MP SPEAKS It is painful and humiliating to see the agony of Sri Lanka a country which some 70 years ago during my school days was regarded as a jewel of South Asia It had embarked on the road to ruin and destruction ending as a bankrupt nat...
Apa Malaysia Boleh Pelajari Dari Sri Lanka

Apa Malaysia Boleh Pelajari Dari Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 162 hits
Amatlah menyakitkan dan memalukan untuk melihat penderitaan Sri Lanka bagaimana sebuah negara yang tujuh puluh tahun yang lepas semasa era saya bersekolah dikatakan sebagai permata Asia Selatan telah mengambil jalan kemusnahan dan berakhir ...
Najik Oh Najik Awat La Hang Suka Sangat Sakaw Duit Negara Kesian Rakyat Malaysia

Najik Oh Najik Awat La Hang Suka Sangat Sakaw Duit Negara Kesian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 255 hits
Dah jelas punca Aset Petronas dirampas Part ni Najib langsung tak sentuh dia punya sewel disalahkan Tommy Thomas dan PH
Presiden Sri Lanka Dibenar Masuk Atas Lawatan Peribadi Kata Singapura

Presiden Sri Lanka Dibenar Masuk Atas Lawatan Peribadi Kata Singapura

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 202 hits
Presiden Sri Lanka dibenar masuk atas lawatan peribadi kata Singapura Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 14 Jul 2
Parlimen Sri Lanka Pilih Presiden Baharu Hari Ini

Parlimen Sri Lanka Pilih Presiden Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 200 hits
Parlimen Sri Lanka pilih presiden baharu hari ini Dikemas kini 28 saat yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul 2022 9 00AM
3 Calon Bertanding Jawatan Presiden Sri Lanka

3 Calon Bertanding Jawatan Presiden Sri Lanka

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 254 hits
3 calon bertanding jawatan presiden Sri Lanka Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Jul 2022 11 30PM
Pemerintah Maladewa Tuai Kecaman Setelah Izinkan Kedatangan Presiden Sri Lanka

Pemerintah Maladewa Tuai Kecaman Setelah Izinkan Kedatangan Presiden Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 195 hits
Pemerintah Maladewa mendapat kecaman setelah mengizinkan kedatangan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa yang kabur dari negaranya pada Rabu dini hari
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri