Cuti Haid Elok Kerajaan Bn Tumpu Kemiskinan Haid Saja




Cuti haid: Elok kerajaan BN tumpu kemiskinan haid sajaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 22, 2022 hareCadangan untuk memperkenalkan cuti haid bagi memudahkan pekerja wanita yang menghadapi masalah kesakitan apabila datang bulan di negara ini tidak harus dijadikan keutamaan.
Ketua Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Sabu berkata, terdapat isu yang lebih besar perlu ditangani oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, misalnya kemiskinan haid yang masih jauh daripada diselesaikan.
“Di Malaysia, Kementerian Sumber Manusia telah menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma swasta untuk melaksanakan dasar cuti haid mengikut keputusan sendiri tanpa perlu menunggu kerajaan menggubalnya.
“GLC dan firma swasta bebas menambah cuti haid kepada pekerja wanita di dalam polisi syarikat masing-masing dan boleh membincangkan isu tersebut dengan kesatuan pekerja serta pihak-pihak yang berkaitan.
“Untuk membolehkan cuti haid dimasukkan ke dalam undang-undang, ianya memerlukan banyak masa dan kajian mendalam kerana inisiatif yang sedang diperdebatkan ini boleh menandakan kemajuan sesebuah negara tetapi tanpa disedari akan mengehadkan kerjaya wanita,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Wanita Amanah itu, cuti haid juga masih menghadapi pro dan kontra tidak berkesudahan dalam kalangan majikan di negara ini biar pun banyak negara termasuk di Asia Tenggara seperti Indonesia telah menggubal undang undang untuk cuti tersebut.
“Di satu sisi, dengan melaksanakan cuti haid, ia akan meningkatkan hak wanita dan dilihat sebagai satu langkah progresif oleh pihak kerajaan.
“Namun pada sisi lain, jika inisiatif cuti haid dilaksanakan wanita berkemungkinan kurang diambil oleh pihak majikan dan sedikit sebanyak akan menjejaskan kerjaya seseorang wanita.
“Berbanding cadangan pemberian cuti haid, saya lebih cenderung mencadangkan agar Menteri dan Timbalan Menteri Wanita memberikan tumpuan kepada usaha menangani masalah kemiskinan haid dalam negara kita, di samping memperkenal sekaligus melaksanakan insentif-insentif khas penjagaan dan rawatan kesihatan wanita terkait masalah haid ini,” katanya.
Tambah mantan Senator Dewan Negara itu, kemiskinan haid tidak hanya di sekitar pemberian subsidi untuk tuala wanita sebagaimana diumum dalam Belanjawan 2022 atau kerajaan berjanji untuk menyediakan kit kebersihan diri kepada 130,000 remaja perempuan daripada keluarga B40
Katanya, kemiskinan haid merangkumi pelbagai faktor yang lebih rumit.
“Kemiskinan haid meliputi aspek lebih kompleks, terutama dalam memastikan pengurusan haid yang selamat, bersih dan bermaruah.
“Iaitu meliputi akses kepada produk sanitari; ilmu dan didikan tentang haid; akses kepada infrastruktur sanitari dan privasi untuk menukar tuala wanita,” katanya.
Aiman mendedahkan, pada 2018 Bank Dunia menganggarkan lebih kurang 500 juta wanita di seluruh dunia tidak mampu memperoleh keperluan asas sewaktu haid atau diistilahkan sebagai “kemiskinan haid”.
Malaysia juga, katanya berdepan masalah yang sama namun tidak diangkat sebagai polemik terbuka bahkan masih menjadi satu stigma menyebabkan sehingga kini tiada data dikeluarkan berkenaan jumlah sebenar kumpulan yang terkesan oleh permasalahan tersebut.
Sementara di belahan dunia lain, kata Aiman, banyak negara seperti Britain, Scotland, Peranchis, Sepanyol dan New Zealand yang merangkumkan kerjasama di antara kerajaan dan badan-badan NGO. Bahkan di Britain, kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk petugas khas jabatan kerajaan, badan kebajikan dan perusahaan persendirian bagi menangani isu kemiskinan haid.
“Malaysia perlu efektif bergerak segera ke hadapan mengurus isu ini sekaligus menangani kemiskinan haid secara konstruktif,” ujar Aiman lagi.
Kelmarin, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusuff berkata Kerajaan sedang melaksanakan kajian mengenai kemungkinan memberi cuti haid kepada wanita yang bekerja.
Satu kajian membabitkan 57,000 responden sedang dijalankan dan kajian itu dijangka siap pada Oktober ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/cuti-haid-elok-kerajaan-bn-tumpu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Tak Kena Takkan Faham Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

Orang Tak Kena Takkan Faham Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 204 hits
Baru baru ini pelakon Fizo Omar berkongsikan tentang cuti haid yang diperkenalkan di dewan rakyat melalui entri di Instagram miliknya bertanyakan pendapat orang ramai berkenaan perkara tersebut Ramai yang memberikan pendapat berbeza beza be...
Fizo Omar Dikecam Netizen Selepas Persoal Isu Cuti Haid

Fizo Omar Dikecam Netizen Selepas Persoal Isu Cuti Haid

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 191 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan mengenai pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita menjadi tumpuan ketika persidangan di Dewan Rakyat Tidak nafikan ramai yang bersetuju dengan pengenalan cuti haid terutama kaum wanita Namun pelakon F
Malaysia Bakal Perkenal Cuti Haid Ini Yang Perlu Anda Tahu

Malaysia Bakal Perkenal Cuti Haid Ini Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 322 hits
Semalam kecoh satu Malaysia apabila cadangan tentang cuti haid diajukan di Dewan Rakyat Soalan ini diajukan oleh Charles Anthony Santiago iaitu sama ada KPWKM mempunyai rancangan untuk memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebag...
Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 249 hits
Bantuan Elaun RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memberi perhatian kepada rakyat terutama mereka yang memerlukan Oleh itu kerajaan Malaysia telah menub...
Kerajaan Pas Perlu Siasat Pihak Bersalah Banjir Baling

Kerajaan Pas Perlu Siasat Pihak Bersalah Banjir Baling

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 225 hits
Kerajaan Pas perlu siasat pihak bersalah banjir BalingPosted By on July 12 2022Kerajaan Pas Kedah dinasihatkan agar segera menjalankan siasatan dan mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab sehingga terjadinya banjir besar di Kampung Ibol K...
Aktivis Alam Sekitar Mohon Pindah Kes Saman Kerajaan Pahang Ke Mahkamah Tinggi Kl

Aktivis Alam Sekitar Mohon Pindah Kes Saman Kerajaan Pahang Ke Mahkamah Tinggi Kl

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR Pengasas Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil memohon untuk memindahkan kes saman fitnah Kerajaan Negeri Pahang terhadapnya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Peguamnya Rajesvaran Nagaraj...
Program Bantuan Kanak Kanak Sehingga Rm 1 000 Bulan Julai 2022 L Bantuan Kerajaan

Program Bantuan Kanak Kanak Sehingga Rm 1 000 Bulan Julai 2022 L Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 280 hits
Program Bantuan Kanak Kanak Sehingga RM 1 000 Bulan Julai 2022 l Bantuan Kerajaan Kanak kanak merupakan tanggungjawab bersama oleh itu kerajaan Malaysia juga sentiasa komited dalam memberi perhatian dan memastikan tumbesaran mereka seiring ...
Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 471 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia menurut sumber kerajaan Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watika...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi