Malaysia Bakal Dilanda Perubahan Cuaca Melampau Mulai 2019


KUALA LUMPUR - Perubahan cuaca dunia serta masalah pemanasan global bakal mengundang cuaca ekstrem yang diramalkan melanda negara bermula tahun hadapan.
Keadaan itu akan berterusan untuk jangka masa lama.
Ini bermakna, Malaysia bakal dilanda cuaca panas terik selain menerima taburan hujan yang tinggi sekali gus boleh menjurus kepada kejadian bencana seperti kemarau dan juga banjir.
Memetik laporan Utusan, perkara itu turut disokong menerusi data diperoleh Jabatan Meteorologi sejak beberapa tahun lalu yang me­nunjukkan peningkatan ketara secara konsisten setiap tahun di kesemua kawasan cerapan seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, berdasarkan data pencerapan di stesen meteorologi Jabatan Meteorologi, corak purata suhu tahunan negara dalam tempoh 40 hingga 60 tahun lalu menunjukkan trend meningkat.
“Suhu panas ekstrem, gelombang haba dan kejadian hujan lebat lebih daripada kebiasaan dijangkakan akan berlaku dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya dan trend tersebut dilihat terus meningkat.
“Kesannya, suhu panas ketika musim kemarau akan me­ningkat lebih tinggi berbanding sebelumnya, begitu juga musim tengkujuh akan menyebabkan kejadian banjir yang lebih ekstrem,” katanya.
Merujuk Laporan Khas 1.5 darjah Celsius (SR1.5), Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) baru-baru ini turut menyatakan dalam tempoh 100 tahun (1905 hingga 2005) suhu permukaan dicatatkan meningkat sebanyak 0.17 darjah Celsius.
Jelas Alui, kenaikan suhu menyebabkan paras permukaan laut dunia turut meningkat sebanyak 1.8 milimeter setahun yang pastinya memberikan impak kepada negara-negara kepulauan termasuk Malaysia.
Katanya, jabatan turut mengesahkan berdasar maklumat terkini (sehingga 15 Oktober), kebanyakan sistem model iklim menjangkakan fenomena El Nino akan bermula pada November atau Disember ini de­ngan kebarangkalian 70 hingga 75 peratus.
“Sehingga kini tiada kaedah saintifik di dunia berupaya untuk meramalkan keadaan cuaca dalam jangka panjang di masa hadapan.
“Namun, jika kita lihat trend unjuran peningkatan suhu purata global tetap berlaku sekiranya kesan antropogenik (pelepasan gas rumah hijau) te­rus wujud serta tidak dikawal,” katanya.
Ujarnya, dari segi persiapan, jabatan mengaplikasikan sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi sejak pertengahan tahun 2017 bagi membolehkan risiko bencana dijangka tujuh hari lebih awal berbanding dahulu hanya tiga hari.
“Sistem ini membekalkan perincian bagi kawasan yang dilanda bencana dengan resolusi satu kilometer persegi berban­ding empat kilometer persegi sebelumnya.
Tegas Alui, impak cuaca ekstrem kepada manusia boleh dikurangkan menerusi persediaan awal seperti sentiasa bersedia dengan kemungkinan bencana.
“Orang ramai perlu peka ter­hadap sebarang perubahan cuaca di kawasan masing-ma­sing serta maklumat cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan.
“Selain pihak kami, persediaan untuk menghadapi ancaman cuaca ekstrem turut melibatkan pelbagai pihak se­perti agensi-agensi pengurusan bencana, pertubuhan bukan kerajaan serta orang ramai,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Kurangkam aktiviti luar... elakkan mandi sungai.. banyak dah nyawa melayang dibaham kepala air ni.. tak berbaloi..
Jangankan cuaca, ekonomi pun sedang mengalami perubahan... zaman edan






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/12/malaysia-bakal-dilanda-perubahan-cuaca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertamina Mulai Bangun Kilang Balikpapan Produsen Bbm Euro 5 Di 2019

Pertamina Mulai Bangun Kilang Balikpapan Produsen Bbm Euro 5 Di 2019

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 257 hits
PT Pertamina akan menggelar lelang untuk mencari kontraktor pembangunan kilang Balikpapan di pertengahan Desember 2018 Setelah itu perseroan akan memulai pembangunan fisik kilang Balikpapan pada 2019
Program Linus Dihentikan Mulai Tahun 2019 Kppm

Program Linus Dihentikan Mulai Tahun 2019 Kppm

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 666 hits
KOTA KINABALU Program Saringan Literasi dan Numerasi yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan sejak 2009 akan dihentikan bermula tahun depan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin bagaimanapun berkata sekolah akan melaksanakan progra...
Blackpink Ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 Blackpink In Your Area

Blackpink Ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 Blackpink In Your Area

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 661 hits
BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 BLACKPINK IN YOUR AREA Assalamualaikum Salam Sejahtera gais Rasa teruja nak bagitahu anda semua tentang BLACKPINK bakal mengadakan konsert di Malaysia Serius rasa sangat seronok dengar pen...
Bahagian Tengah Pasukan Sabah Harus Diatasi Segera Liga Malaysia Musim 2019

Bahagian Tengah Pasukan Sabah Harus Diatasi Segera Liga Malaysia Musim 2019

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 626 hits
Photo Sabah FARhinos tidak pernah ketandusan bakat bola sepak seperti James Wong Peter Rajah Hasan Sani Matlan Marjan dan ramai lagi Bakat tempatan ini lahir dari pelusuk kampung daerah Sabah yang mana diasah bakat sejak kecil lagi Sebagai ...
Pemandu 039 E Hailing 039 Wajib Daftar Lesen Psv Mulai 2019

Pemandu 039 E Hailing 039 Wajib Daftar Lesen Psv Mulai 2019

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 293 hits
26 November 2018 9 04 PM KUALA LUMPUR Semua pemandu perkhidmatan e hailing mesti membuat pendaftaran lesen Kenderaan Pengangkutan Awam seperti pemandu teksi lain mulai Januari t
Menag Mulai 2019 Guru Di Bawah Kemenag Akan Dapat Tunjangan Profesi

Menag Mulai 2019 Guru Di Bawah Kemenag Akan Dapat Tunjangan Profesi

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 235 hits
Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin menyampaikan mulai 2019 ratusan ribu guru di bawah naungan Kementerian Agama akan menerima tunjangan profesi yang terbagi dalam enam klasifikasi
Leman Raja Lawan Bakal Keluarkan Filem Politician Untuk Pasaran Antarabangsa Xan Malaysia

Leman Raja Lawan Bakal Keluarkan Filem Politician Untuk Pasaran Antarabangsa Xan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 472 hits
Permulaan kerjasama bersama LRL Production dan Veedu Production Mr Vinesh Kumar dan team Krew dari Negara India bagi mengeluarkan filem pertama saya yang bertajuk Politician dengan pasaran antarabangsa Doakan Filem pertama saya berkisarkan ...
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2018 Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2018 Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1393 hits
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2018 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019 Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2019 adalah seperti di lampiran dan ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharaan 105 dan ...
Vape Shisha Bernikotin Juga Dilarang Di Semua Premis Makanan Mulai 2019

Vape Shisha Bernikotin Juga Dilarang Di Semua Premis Makanan Mulai 2019

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 470 hits
Vape shisha bernikotin juga dilarang di semua premis makanan mulai 2019Rokok elektronik dan shisha yang mengandungi nikotin akan dimasukkan dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan tahun hadapan kata...
Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Isteri Kelar Muka Suami Sebab Enggan Pulang Ke Rumah

Vokal Masih Padu Usia Bukan Penghalang Budiey Channel

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura

Ini Rupanya Urutan Makanan Yang Betul Elak Pankreas Terkejut

Lima Daerah Di Pahang Mungkin Alami Banjir Susulan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Bermula Hari Ini

Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman