Malaysia Baharu Wang Hantaran Pun Kena Cukai Yana Najib




Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak secara sinis meminta semua suami di luar sana berjaga-jaga kerana pemilikan kediaman bersama pasangan suami isteri, pemberian hantaran oleh suami serta hadiah perkahwinan oleh rakan-rakan kini dianggap sebagai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kenyataan itu dibuat oleh Nooryana Najwa Mohd Najib, selepas dia dikenakan tindakan saman oleh Kerajaan Malaysia melalui LHDN berjumlah RM10,335, 292.36.bagi amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk kenaikan.
Semalam, Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa Nooryana gagal mengemukakan Borang-Borang Nyata Orang Perseorangan di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2017 kepada LHDN.
Plaintif berkata, defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.
Mengulas saman tersebut, Nooryana berkata, beliau tidak pernah menyangka tindakan suaminya memberi perbelanjaan isi rumah dan meletakkan nama beliau sebagai pemilik bersama kediaman mereka telah menyebabkan dia dikenakan cukai.
Menurutnya, sejak tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mula melakukan audit dan beliau telah menyerahkan semua dokumen pemindahan wang dari luar negara oleh keluarga suaminya, selain menunjukkan bukti keluarga mertuanya telah membelikan kediaman daripada dana luar negara.
Nooryana berkata, suami dan keluarganya kemudian meletakkan beliau sebagai pemilik bersama rumah tersebut.
“Tetapi tindakan meletakkan saya sebagai pemilik bersama dengan suami kini dipertimbangakan oleh kerajaan sebagai pendapatan saya.
“Dan, sebahagian besar daripada cukai ini adalah bagi bayaran kediaman yang tidak pun melalui saya,” kata Nooryana melalui Instagramnya.
Meskipun berat hati untuk mendedahkan semua ini, Nooryana berkata, dia terpaksa berbuat demikian supaya orang ramai memahami situasinya.
Tegasnya, keluarganya suaminya memang daripada golongan mewah, walaupun sebelum dia dan pasangannya bertemu, juga sebelum ibu mertuanya berkahwin dengan salah seorang taikun terkaya di Kazakhstan.
“Dalam kes saya, sekiranya anda mempertimbangkan pembayaran suami kepada isteri adalah pendapatan, pemindahan ini adalah dari luar negara dan tidak seharusnya dikenakan cukai.
“Sebahagian kecil yang dipanggil pendapatan ini juga adalah wang hantaran, selain hadiah-hadiah daripada keluarga dan rakan-rakan,” tambahnya.
Nooryana berkata, pada usia 30 tahun dan menghabiskan masa bertahun-tahun belajar dan bekerja di luar negara, dia tidak pernah mengendalikan perniagaan di Malaysia dan membida mana-mana projek kerajaan.
“Dan saya tidak pernah tahu pun tindakan suami meletakkan nama saya sebagai pemilik bersama kediaman dan wang yang diberikan suami untuk perbelanjaan isi rumah boleh dikira sebagai pendapatan,” katanya.
Nooryana menyifatkan tindakan yang dikenakan oleh LHDN ke atas beliau, bapa dan adik-beradiknya telah menyalahgunakan undang-undang.
Ia seolah-olah menunjukkan pemberian wang oleh suami kepada isteri sekarang adalah satu pendapatan dan perlu dikenakan cukai.
Artikel berkaitan: LHDN saman anak perempuan Najib tuntut bayar RM10.3 juta
“Malah, wang dari sumber luar yang selalunya diberi pengecualian kini dikenakan cukai.
“Hantaran kahwin, hadiah pertunangan dan perkahwinan juga adalah pendapatan dan mesti dicukai,” ujar beliau lagi.
Nooryana berkata, semua bukti-bukti ini akan didedahkan di mahkamah suatu hari nanti dan satu dunia akan tahu bahawa semua dakwaan yang dikenakan oleh LHDN terhadapnya adalah tidak masuk akal.
“Insya Allah, kebenaran akan terbukti,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/27/malaysia-baharu-wang-hantaran-pun-kena-cukai-yana-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Baharu Versi Ph Istimewa Berjaya Buat Pasaran Saham Semakin Merudum Najib

Malaysia Baharu Versi Ph Istimewa Berjaya Buat Pasaran Saham Semakin Merudum Najib

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 286 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan yang berbangga dengan Malaysia Baharu nya kononnya mempunyai keistimewaan tersendiri Merujuk kepada pasaran saham yang mempunyai turun naik Najib dalam Facebook kecewa...
Lupakanlah Malaysia Baharu Yang Penuh Dengan Penipuan Dendam Dan Perkauman

Lupakanlah Malaysia Baharu Yang Penuh Dengan Penipuan Dendam Dan Perkauman

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 376 hits
Kit Siang mahu bersara dan lupakan Malaysia Baharu KUALA LUMPUR Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu Itu pertanyaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sambil berjanji DAP tidak akan memungkiri janji mereka kepada rakyat Kit Sia...
Wang Rm1 2 Juta Berkaitan 1mdb Dilucut Hak Kini Jadi Harta Kerajaan Malaysia

Wang Rm1 2 Juta Berkaitan 1mdb Dilucut Hak Kini Jadi Harta Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 392 hits
Wang lebih RM1 2 juta yang dibekukan daripada akaun bank milik tiga entiti termasuk Yayasan Rahah berhubung penyiasatan 1Malaysia Development Bhd kini menjadi harta Kerajaan Malaysia Tiga entiti itu ialah Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Baha...
Najib Perlu Bayar Cukai Rm1 69b Walaupun Buat Rayuan Semula

Najib Perlu Bayar Cukai Rm1 69b Walaupun Buat Rayuan Semula

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 344 hits
LHDN memaklumkan kepada mahkamah bahawa seseorang yang merayu itu masih perlu membayar cukai mengikut Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967
Ada Wang Mengalir Dari Putera Saudi Ke Akaun Najib Kata Saksi

Ada Wang Mengalir Dari Putera Saudi Ke Akaun Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 351 hits
Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengesahkan bahawa terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak P...
Wang Kertas Siri Pertama Malaysia

Wang Kertas Siri Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 715 hits
Wang kertas Malaysia mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Jun 1967 Wang kertas tersebut terdiri daripada lima jenis nilai muka iaitu 1 5 10 50 dan 100 Wang kertas jenis nilai 1 000 telah dikeluarkan pada 2 September 1968 Re...
Najib Kemukakan Keterangan Baharu Untuk Gugurkan Sri Ram

Najib Kemukakan Keterangan Baharu Untuk Gugurkan Sri Ram

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 345 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan permohonan untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan mereka untuk menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Go...
Mahu Bersara Dan Lupakan Malaysia Baharu Ini Jawapannya Terhadap Sandiwara Terbaru Kit Siang

Mahu Bersara Dan Lupakan Malaysia Baharu Ini Jawapannya Terhadap Sandiwara Terbaru Kit Siang

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 289 hits
Kit Siang mahu bersara dan lupakan Malaysia Baharu Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu Itu pertanyaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sambil berjanji DAP tidak akan memungkiri janji mereka kepada rakyat Kit Siang melontarka...
Najib Jho Low Palsukan Dokumen Terima Wang Derma Arab

Najib Jho Low Palsukan Dokumen Terima Wang Derma Arab

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 346 hits
Najib Razak dan Jho Low didakwa cuba menutup skandal 1MDB daripada terdedah antaranya dengan membuat dokumen palsu bagi menunjukkan kononnya Najib menerima wang dari penderma Arab Sedangkan ia didakwa berpunca daripada 1MDB Perkara ini diny...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia