Ada Wang Mengalir Dari Putera Saudi Ke Akaun Najib Kata Saksi


Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak.
Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain, 54, berkata dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang bernombor akhir 694.
Rosli berkata demikian ketika disoal peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-56 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.Iklan

Loading… Harvinderjit: Dalam siasatan kamu, adakah kamu juga menyiasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694?
Rosli: Ya, ada
Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukan duit daripada Prince Faisal bin Turki?
Rosli: Ada
Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 juta?
Rosli: Ya, lebih kurang.
Harvinderjit: Ada kemasukan duit dari Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) sebanyak RM243 juta?
Rosli: Ada
Ketika ditanya mengenai undang-undang yang diguna pakai SPRM, supaya AmBank menyemak dengan suruhanjaya itu terdahulu sebelum membenarkan Najib mengakses dokumen banknya, saksi berkata beliau tidak merujuk pada mana-mana undang-undang tetapi menggunakan inisiatif sendiri untuk memberitahu AmBank supaya merujuk kepada SPRM sebelum membenarkan Najib mendapatkan dokumen bank.
Harvinderjit: Saya mencadangkan, kamu mengarahkan bank supaya tidak memberi dokumen kepada pembelaan supaya pembelaan tidak dapat meneruskan kes dan Rosli menjawab: “Tidak sama sekali, Yang Arif.”
Saksi itu juga berkata beliau tidak tahu nama penuh pegawai penyiasat SPRM yang mengendalikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Seingat saya namanya ialah Aidah, penguatkuasa kanan… tetapi saya tak tahu nama penuhnya,” katanya.
Harvinderjit: Bukankah Aidah rakan sekerja kamu?
“Ya, Aidah rakan sekerja saya. Tapi dia bukan isteri saya, jadi saya tak pasti nama penuh beliau,” katanya, yang mencetuskan gelak ketawa orang ramai dalam mahkamah.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/ada-wang-mengalir-dari-putera-saudi-ke-akaun-najib-kata-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Putera Faisal Masuk Rm642 Juta Dalam Akaun Najib

Arab Saudi Putera Faisal Masuk Rm642 Juta Dalam Akaun Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 340 hits
Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengesahkan terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun...
Saksi Kata Najib Sahkan Tandatangannya Pada Dokumen Bank

Saksi Kata Najib Sahkan Tandatangannya Pada Dokumen Bank

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 280 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mengakui bahawa semua tandatangan yang terdapat pada dokumen berkaitan tiga akaun semasa peribadi AmIslamic Bank Berhad miliknya adalah tandatangan...
Langsung Penyiasat Sprm Sahkan Najib Terima Jutaan Ringgit Daripada Putera Arab Saudi

Langsung Penyiasat Sprm Sahkan Najib Terima Jutaan Ringgit Daripada Putera Arab Saudi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 301 hits
LANGSUNG Penyiasat SPRM sahkan Najib terima jutaan ringgit daripada putera Arab Saudi
Najib Kata Masa Tu Tangannya Terikat

Najib Kata Masa Tu Tangannya Terikat

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 313 hits
Ingat lagi tahun 2011 KWSP dan Khazanah beli PLUS Nak tahu kenapa Masa itu tangan saya terikat Sebab konsesi PLUS dan lebuhraya lebuhraya lain bukan saya buat Kos pembinaan kadar tol dan semua itu ditetapkan berpuluh tahun dahulu Tahu tak b...
Utusan Khazanah Orang Melayu Sejarah Negara Kata Najib

Utusan Khazanah Orang Melayu Sejarah Negara Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 324 hits
Datuk Seri Mohd NAjib Razak menyeru rakyat membantu dengan melabur atau bekerjasama dengan Utusan Foto FB Najib Najib menerusi laman Facebook miliknya turut menyifatkan syarikat akhbar Utusan Melayu Berhad bukan sekadar sebuah syarikat medi...
Bicara Kes Najib 1mdb Bermula Enam Saksi Dijangka Dipanggil

Bicara Kes Najib 1mdb Bermula Enam Saksi Dijangka Dipanggil

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 285 hits
Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu tunggu 1Malaysia Development Berhad membabitkan Datuk Seri Najib Razak bermula hari ini dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil enam saksi Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah...
Henti Bekukan Akaun Umno Esok Kita Bantu Utusan Najib

Henti Bekukan Akaun Umno Esok Kita Bantu Utusan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 290 hits
Henti beku akaun esok Umno tolong Utusan kata Najib Hampir 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu hari ini bagi menuntut tunggakan gaji selama 3 bulan KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Naji...
Akaun Beku Najib Salahkan Ph Punca Umno Tidak Mampu Bantu Utusan

Akaun Beku Najib Salahkan Ph Punca Umno Tidak Mampu Bantu Utusan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 358 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui dirinya sedih dan bertambah marah apabila membaca berita mengenai masalah dihadapi Utusan yang kini berdepan kekangan untuk terus bertahan sebagai penerbit akhbar harian di negara ini Sa...
Shafee Buktikan Najib Tahu Derma Saudi Palsu Baru Boleh Hukumnya

Shafee Buktikan Najib Tahu Derma Saudi Palsu Baru Boleh Hukumnya

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 258 hits
KES NAJIB Pasukan pembelaan tidak yakin pendakwaan mampu mengaitkan Najib Razak dalam pertuduhan pengubahan wang haram dalam kes dana 1MDB bernilai RM2 28 bilion Mengulas pernyataan pembukaan pendakwaan hari ini ketua pasukan pembelaan Muha...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998