Malaysia Baharu Menuju Malaysia Palsu


“KAMI merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan untuk memperbaiki negara demi rakyat. Kami sanggup dihakimi rakyat sejauh mana kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.”

Nada penuh merayu ini adalah kata pengantar dalam buku manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menjadi ‘manisan mengkhayalkan’ rakyat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.

Janji dan harapan yang diberikan oleh PH ketika itu amat hebat sekali. PTPTN, tol, AES akan dihapuskan, harga minyak akan diturunkan begitu juga harga barangan juga akan turun kerana kerajaan pakatan lebih bijak untuk memansuhkan GST dan mengembalikan SST.

Dari desa ke kota, daripada murid sekolah hingga pelajar universiti, daripada petani di sawah, peneroka di tanah rancangan, penoreh di ladang getah hinggalah nelayan di tengah lautan, semuanya diberi harapan bahawa hidup mereka akan lebih baik jika mereka bersama PH ‘menyelamatkan negara’.

Sudah pastilah dengan barisan pemimpin yang diuar-uarkan berkelulusan hebat-hebat belaka dan begitu bijak berhujah, berdebat serta membentangkan fakta-fakta (yang antaranya tohmahan dan fitnah) termasuk negara akan bankrap, rakyat akhirnya buat keputusan menolak BN.

Tetapi persoalannya adakah kehidupan rakyat kini jauh lebih baik daripada dahulu? Adakah PTPTN sudah dihapuskan? Adakah plaza-plaza tol di seluruh negara kini sudah tiada? Adakah kamera AES tidak lagi menghiasi lebuh raya dan jalan raya di negara ini?

Adakah petani, peneroka, penoreh getah dan nelayan serta masyarakat miskin menikmati kesenangan hidup tanpa kedengaran suara keluhan daripada mereka? Jawapan tidak!

Sudah terbukti dalam tempoh sembilan bulan ini segala yang dibentangkan dalam manifesto dan dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin PH hanyalah harapan dan janji palsu.

‘Malaysia Baharu’ yang diuar-uarkan kini sedang menuju ke arah ‘Malaysia Palsu’. Justeru tidak perlu kita terkejut apatah lagi berasa hairan jika terdedah soal kelulusan ‘palsu’ pemimpin-pemimpin pakatan tersebut.

Kalaulah janji-janji terhadap rakyat pun boleh dipalsukan, hal-hal lain boleh dianggap ‘kacang sahaja’ untuk memperdaya rakyat.

Inilah bahananya apabila kemenangan dicapai dengan memberikan harapan palsu. Ketika itu bagi mereka menang dulu sama ada segala janji dapat dilaksanakan, harapan diberikan palsu atau tidak, ia soal kedua.

Apa yang penting, ‘kebijaksanaan’ politik untuk mengambil kesempatan atas keterujaan dan keghairahan rakyat yang ketika itu diberi gambaran bahawa kerajaan BN seburuk-buruk kerajaan di muka bumi Allah ini hingga perlu ditumbangkan.

Slogan ‘Selamatkan Malaysia’ dengan kata-kata, “inilah dasar dan tindakan yang kami laksanakan untuk memulih semula negara dan membina negara serta memenuhi harapan rakyat” menjadi rayuan ‘beracun’ yang berjaya mempengaruhi rakyat. Tetapi kini harapan rakyat hanya tinggal harapan.

Yang dipenuhi dan tercapai sekarang ialah harapan serta impian pemimpin PH untuk mendapat kuasa dan menjadi kerajaan melalui satu kerjasama yang dilihat hanya memperalat satu sama lain.

Rakyat tidak mendapat apa-apa. Walaupun sekarang barulah mereka tahu telah diberi janji, harapan dan fakta palsu mengenai pentadbiran negara sebelum ini, namun semua itu sudah terlambat.

Pendirian mereka sudah diterjemahkan dalam PRU-14 lalu, justeru mahu tidak mahu, redah sahajalah untuk meneruskan kehidupan dalam era Malaysia penuh ‘kepalsuan’ ini.

Percayalah situasi politik, ekonomi dan sosial negara akan lebih buruk pada tahun-tahun mendatang, jika kerajaan Pakatan Harapan masih dengan cara pentadbiran sekarang.

Selain jawapan ‘saya tidak tahu’, ‘itu tidak salah selagi tidak merogol dan mencuri’, ‘kita tidak boleh buat apa-apa kerana ini salah kerajaan terdahulu’, banyak lagi alasan dan hujah akan ditampilkan untuk menutup kegagalan menunai janji-janjinya.

Menilai satu demi satu watak anggota Kabinet kecuali beberapa menteri yang dilihat berprestasi, harapan untuk melihat Malaysia jauh lebih baik daripada era terdahulu hanyalah impian palsu yang tidak menjadi kenyataan.

Sekadar mempromo minuman, menjual kapal Equaminity, mendabik dada kutipan cukai lebih baik kerana ketelusan kerajaan serta melakukan pendakwaan yang dianggap terpilih, ia sama sekali tidak membantu rakyat. Apatah lagi banyak projek demi kebaikan rakyat sudah dihentikan.

Jika benar kerajaan sekarang ditubuhkan atas dasar mahu ‘memperbaiki negara untuk rakyat’, maka tumpulah perhatian kepada usaha memberi kesejahteraan kepada rakyat. Tetapi kita tidak perlu menaruh harapan kerana apa juga perkara apabila sudah dimulakan dengan ‘kepalsuan’ agak sukar ia mencapai kejayaan.

Bagaimanapun penulis percaya banyak lagi janji dan harapan palsu akan ditaburkan apatah lagi ketika pilihan raya kecil di mana-mana kawasan.

Mungkin dengan mengundi pembangkang, rakyat tidak akan mendapat apa-apa kerana itulah politik. Tetapi sekurang-kurangnya ia memberi isyarat kepada para ahli politik jangan cuba mencari kemenangan melalui kepalsuan atau bahasa mudah, jangan tipu rakyat

Oleh : Zulkiflee Bakar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/02/malaysia-baharu-menuju-malaysia-palsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ijazah Palsu Ukuran Integriti Malaysia Baharu

Ijazah Palsu Ukuran Integriti Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 418 hits
SYAHIR SULAIMANPAKATAN Harapan kini berdepan dengan krisis integriti yang menghakis keyakinan rakyat dan anak muda khususnya dalam empat perkara iaitu kegagalan menunaikan janji perbalahan sesama sendiri pembahagian jawatan kepada kroni dan...
Maklumat Akademik Palsu Satu Sejarah Hitam Kerajaan Malaysia Baharu

Maklumat Akademik Palsu Satu Sejarah Hitam Kerajaan Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR 8 Feb 8211 Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia YB Mohd Shahar Abdullah menyifatkan pendedahan mengenai status ijazah dimiliki Timbalan Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Marzuki Yahya...
Realitinya Malaysia Baharu

Realitinya Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 327 hits
Sanggah segera gelagat sentuh sensitiviti kaumJagalah sensitiviti kaum Jagalah Basuh anjing dalam bilik tukar lampin bayi di hentian rehat rawat bawa anjing masuk pusat beli belah dan dalam troli di pasar raya ini semua perbuatan yang bukan...
Henti Buat Kenyataan Palsu Malaysia Airports Beri Amaran Pada Airasia

Henti Buat Kenyataan Palsu Malaysia Airports Beri Amaran Pada Airasia

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 378 hits
Malaysia Airports berkata AirAsia bertindak melangkaui batasan dengan menyiarkan kenyataan palsu tidak tepat dan mengelirukan dalam media yang bertujuan menjejaskan reputasinya KUALA LUMPUR Malaysia Airports Holdings Bhd dan Malaysia Airpor...
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 459 hits
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah
Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 660 hits
PUTRAJAYA Dia nak batal batallah Itu jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 selepas Malaysia memutusk...
We Can Organise Other Events Says Dr M After Malaysia Dropped As Games Host

We Can Organise Other Events Says Dr M After Malaysia Dropped As Games Host

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 304 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad is not perturbed about the country losing to host the 2019 World Para Swimming Championships Malaysia was dropped by the International Paralympic Committee after it announced that it would ban athletes fro...
Pendirian Tegas Malaysia Dalam Isu Israel Tak Jejas Hubungan Luar

Pendirian Tegas Malaysia Dalam Isu Israel Tak Jejas Hubungan Luar

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 311 hits
Menteri itu berkata negara negara yang mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan memahami prinsip kerajaan PH
Saifuddin Swim Meet Cancellation No Loss For Malaysia

Saifuddin Swim Meet Cancellation No Loss For Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 249 hits
The revocation of Malaysia s right to host World Para Swimming Championship 2019 was not a loss for the country said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Saifuddin Nasution Ismail He told reporters in Kota Bharu that it is important...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surat Al Qasas Ayat 77 Arti Tafsir Dan Kandungan

Tak Rugi Invest Ini Sebab Kenapa Mak Ayah Kena Ambil Gambar Bayi

Isteri Di Rumah Kena Cantik Cantik Salima Habibi Pikat Suami Dengan Solekan Minyak Wangi

Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak