Ijazah Palsu Ukuran Integriti Malaysia Baharu


SYAHIR SULAIMAN

PAKATAN Harapan kini berdepan dengan krisis integriti yang menghakis keyakinan rakyat dan anak muda, khususnya dalam empat perkara iaitu kegagalan menunaikan janji, perbalahan sesama sendiri, pembahagian jawatan kepada kroni, dan penipuan ijazah di kalangan menteri.Pertama, setelah genap sembilan bulan pentadbiran Pakatan Harapan, masih banyak janji manifesto yang belum ditunaikan. Pelbagai alasan terpaksa dicipta, bermula dengan naratif hutang dan rasuah yang terlalu tinggi, ketidaktentuan harga minyak dan kelembapan ekonomi, serta ketidakmampuan kerajaan untuk memansuhkan segala yang telah dijanji
 Sebelum pilihanraya, Pakatan Harapan seperti bermain ‘silap mata’ ketika berjanji untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam, memansuhkan hutang PTPTN serta mengambil-alih konsesi tol, namun kini segala formula dan angka tersebut sudah tidak kedengaran lagi
 Kedua, perbalahan dalaman di kalangan Pakatan Harapan umpama retak menunggu belah. Pemilihan PKR menyaksikan insiden pergaduhan dan kekecohan yang amat memalukan. Percanggahan kenyataan sesama Menteri semakin kerap berulang, manakala perbezaan pandangan DAP dan PKR dengan Perdana Menteri semakin jelas kelihatan
 Ketiga, pentadbiran Pakatan Harapan sudah mula terpalit dengan budaya kronisma dan nepotisma. Segala jawatan dan peruntukan di peringkat kementerian, GLC dan agensi kerajaan telah diagih kepada ahli keluarga dan kenalan, dengan alasan secara ‘kebetulan’. Malah sudah timbul perasaan iri hati di kalangan parti tertentu apabila melihat segala gelaran, jawatan dan peruntukan dibolot oleh parti rakan
 Keempat, Pakatan Harapan kini berdepan dengan kontroversi ijazah palsu di kalangan Menteri. Bermula dengan keraguan terhadap ijazah ‘Cambridge’ yang dimiliki Timbalan Menteri Luar Negara (PPBM), seterusnya membawa kepada persoalan terhadap kelulusan yang dimiliki Menteri Pertahanan (PAN), Menteri Kewangan (DAP) dan Menteri Perumahan (PKR), juga terhadap Menteri Besar Johor (PPBM) dan Perak (PPBM)
 Isunya bukan untuk merendahkan tahap pendidikan para menteri, tetapi kontroversi ijazah palsu ini sudah cukup untuk mengukur kerendahan integriti dan meritokrasi yang kononnya dijuarai oleh Pakatan Harapan selama ini
 Persoalan integriti ini mungkin dianggap kecil oleh Pakatan Harapan berbanding amalan kleptokrasi kerajaan terdahulu, namun sikap ‘klentongkrasi’ ini sudah cukup untuk membuka mata rakyat dan anak muda bagi menilai kejujuran dan integriti kerajaan Malaysia Baharu
 Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Menteri Pertahanan ketika berseloka dahulu, “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri”.#TolakKleptokrasi
#TolakKlentongkrasi * Syahir Sulaiman , Pengarah Strategi DPPM  HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/ijazah-palsu-ukuran-integriti-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ijazah Palsu Tanda Kerajaan Tidak Begitu Ambil Berat Soal Integriti Dr Maza

Ijazah Palsu Tanda Kerajaan Tidak Begitu Ambil Berat Soal Integriti Dr Maza

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 337 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Mana mana kerajaan menyimpan ahli Kabinet yang didapati menipu mengenai latar belakang pendidikannya bererti kerajaan itu tidak begitu mengambil berat soal integriti Demi...
Malaysia Baharu Menuju Malaysia Palsu

Malaysia Baharu Menuju Malaysia Palsu

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 428 hits
KAMI merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan untuk memperbaiki negara demi rakyat Kami sanggup dihakimi rakyat sejauh mana kami berjaya memenuhi janji janji ini Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami me...
Maklumat Akademik Palsu Satu Sejarah Hitam Kerajaan Malaysia Baharu

Maklumat Akademik Palsu Satu Sejarah Hitam Kerajaan Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR 8 Feb 8211 Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia YB Mohd Shahar Abdullah menyifatkan pendedahan mengenai status ijazah dimiliki Timbalan Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Marzuki Yahya...
Ijazah Palsu Berpunca Dari Kebodohan

Ijazah Palsu Berpunca Dari Kebodohan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 437 hits
Bukan masalah pendidikan tetapi kebodohanManusia abad ini bukan tidak tahu maklumat mudah diperolehi Tidak kira siapa mereka samaada ketua kerajaan petani penoreh pekebun malah pengangkut najis sekalipun tahu dunia hari ini para penebang ka...
Tak Ada Ijazah Tapi Handal Memasak Mat Sabu Tepis Dakwaan Ijazah Palsu

Tak Ada Ijazah Tapi Handal Memasak Mat Sabu Tepis Dakwaan Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 499 hits
February 9 2019 9 20 PMMohamad Sabu yang terkenal dengan kemahiran memasak menepis dakwaan dia memiliki ijazah palsu PETALING JAYA Serangan terhadap seorang timbalan menteri berhubung kelayakan akademinya melarat kepada tuduh menuduh di med...
Mb Johor Elak Jawab Ijazah Palsu

Mb Johor Elak Jawab Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 419 hits
KULAI Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian enggan memberi sebarang keterangan kepada media berhubung dakwaan sijil ijazah dan diploma palsu yang dimilikinya Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan daripadanya juga tidak berjaya apa...
Ijazah Palsu Ppbm Pulai Mahu Mb Johor Bela Diri

Ijazah Palsu Ppbm Pulai Mahu Mb Johor Bela Diri

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 448 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Pulai menegaskan Menteri Besar Datuk Osman Sapian perlu ada tanggungjawab mempertahankan dirinya dan nama parti berhubung dakwaan memiliki ijazah palsu Ketua BERSATU Bahagian Pulai Ya cob Atan berkata...
Anda Mungkin Dipecat Sekiranya Menghantar Sijil Dan Ijazah Palsu Kepada Majikan

Anda Mungkin Dipecat Sekiranya Menghantar Sijil Dan Ijazah Palsu Kepada Majikan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 398 hits
Baru baru ini tular mengenai ijazah dan sijil palsu yang dipalsukan yang dilakukan oleh satu organisasi yang tidak diiktiraf dengan menarik perhatian mahupun menggoda sesetengah pihak untuk mendapatkan kelayakan yang dipalsukan supaya merek...
Teruknya Ph Kini Mb Johor Pula Miliki Ijazah Palsu Selepas Marzuki

Teruknya Ph Kini Mb Johor Pula Miliki Ijazah Palsu Selepas Marzuki

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 747 hits
KUALA LUMPUR Isu memiliki ijazah palsu turut terpalit kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian Menurut pelayar Facebook Ops Johor Osman didakwa tidak memiliki Ijazah Perakaunan daripada Universiti Putra Malaysia Kantoi MB Johor miliki ...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement