Malapetaka Apa Melanda Sri Pahang Gagal Raih Kemenangan Lapan Perlawanan Terakhir




KUALA LUMPUR - Sri Pahang FC jelas berada dalam situasi 'bencana' apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir yang diharungi pasukan itu di kancah Liga Super dan Piala Malaysia.
Dalam enam perlawanan terakhir Liga Super, mereka tewas lima daripadanya dan hanya seri sekali - kemenangan terakhir mereka adalah pada 1 Ogos ketika menewaskan PJ City FC 1-0.
Malah, skuad Tok Gajah turut membuka kempen Piala Malaysia musim ini dengan rentak sumbang apabila tewas dua aksi berturut-turut dengan yang terbaru, diaibkan 1-0 oleh naib juara Liga Perdana, Sarawak United, semalam.
Jadi rekod kurang memberangsangkan ini menimbulkan persoalan kepada nasib pengendali skuad itu, Dollah Salleh.
Namun, bekas pengendali skuad kebangsaan dilihat masih mendapat kepercayaan tinggi daripada pengurusan sekalipun berdepan prestasi hambar, tidak seperti Thomas Dooley yang terus 'direhatkan' selepas tewas dua aksi pertama di Liga Super.
Apapun, kekalahan demi kekalahan hanya satu 'cerita' di sebalik Sri Pahang musim ini kerana ada masalah lebih besar buat mereka - Sri Pahang hanya meledak mampu meledak empat gol dalam lapan perlawanan terakhir termasuk satu di Piala Malaysia setakat ini.
Jelas ketumpulan jentera serangan pasukan itu menjadi 'masalah besar' yang dibimbangi Dollah dengan dia turut mengakui situasi terbabit 'merosakkan' keseluruhan pasukan selepas mereka tewas 1-0 di tangan Sarawak.
"Kita main setakat di tengah padang dan tidak mencipta peluang. Dalam bola sepak, kita akan menerima padahnya kalau tidak menjaringkan gol. Mencipta satu peluang untuk jaringkan gol pun sukar.
"Inilah masalah yang kita hadapi. Memang saya sendiri duduk di luar (tertanya) bila masa kita mahu jaringkan gol. Kita cuba pelbagai cara ketika latihan tetapi perkara sama juga berlaku," katanya.
Pada masa sama, Dollah juga mahukan anak buahnya bermain dengan semangat berpasukan dan tidak sekadar beraksi secara individu seperti yang ditunjukkan pada aksi berdepan Sarawak itu.
"Saya harapkan disiplin pemain bagaimana mahu turun dan sebagainya, apabila kita kehilangan bola kita kena turun. Tetapi masing masing nampak individu, itu yang membuatkan pasukan seperti masih lagi tercari cari rentak.
"Perjalanan kita daripada bahagian tengah ke penyerang sentiasa tersangkut dan pasukan lawan mudah mematahkan bahagian serangan. Apabila benda tidak jadi di depan, ia memberi kesan kepada keseluruhan pasukan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/malapetaka-apa-landa-sri-pahang-gagal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Gagal Gugurkan Sri Ram

Rosmah Gagal Gugurkan Sri Ram

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 270 hits
Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes solar yang dihadapinya Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu se...
Kes Rasuah Rm1 25 Bilion Rosmah Gagal Gugurkan Sri Ram Batal Perbicaraan

Kes Rasuah Rm1 25 Bilion Rosmah Gagal Gugurkan Sri Ram Batal Perbicaraan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 203 hits
Hasimi MuhamadSeptember 24 2021 Rosmah gagal dalam cubaan batalkan perbicaraan kes rasuah RM1 25 bilion terhadapnya serta menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan kes itu Gambar failKUALA LUMPUR Datin Seri Rosm...
Lelaki Pekak Gagal Rayuan Terakhir Terhadap Hukuman Mati

Lelaki Pekak Gagal Rayuan Terakhir Terhadap Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 366 hits
Lelaki pekak hilang rayuan terakhir terhadap hukuman mati Dituduh bunuh kekasih berusia 15 tahun Hukuman mati lelaki OKU kekal Seorang lelaki tempatan gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh bekas te...
Piala Malaysia Kl City Fc Bermula Langkah Kanan Tewaskan Sri Pahang Fc Malam Tadi

Piala Malaysia Kl City Fc Bermula Langkah Kanan Tewaskan Sri Pahang Fc Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Kuala Lumpur City FC membuka kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas menewaskan Sri Pahang FC 3 1 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras malam tadi Pemain tengah menyerang KL City Romel Moral...
Sri Pahang Fc Terus Merudum Peminat Hairan Kenapa Dollah Salleh Masih Lagi Di Kekalkan

Sri Pahang Fc Terus Merudum Peminat Hairan Kenapa Dollah Salleh Masih Lagi Di Kekalkan

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 210 hits
KUANTAN Rata rata peminat bolasepak Pahang menggesa pengurusan Sri Pahang FC memecat Ketua Jurulatih Dollah Salleh berikutan kekalahan terbaharu 1 3 kepada KL City FC pada kancah bolasepak Piala Malaysia semalam Ramai mendakwa Dollah telah ...
Gigih Delivery 12 Jam Sehari Siapkan Tesis Rider Akhirnya Bergelar Doktor Raih Phd

Gigih Delivery 12 Jam Sehari Siapkan Tesis Rider Akhirnya Bergelar Doktor Raih Phd

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 326 hits
Tahniah Semoga kejayaan dan kegigihannya menjadi inspirasi buat kita semua JIKA tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Demikianlah peribahasa yang tepat menceritakan kegigihan dan usaha keras seorang penghantar makanan yang bekerja s...
Hiburan Penonton Sumpah Seranah Saya Shaza Tak Sangka Watak Sisi Hitam Raih Perhatian Ramai

Hiburan Penonton Sumpah Seranah Saya Shaza Tak Sangka Watak Sisi Hitam Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 286 hits
Biarpun berasa nama dan bakatnya belum cukup kuat sebagai pelakon namun kejayaan Shaza Bae melakonkan watak antagonis sebagai Rossa Arabella dalam drama Marry Me Senorita meraih perhatian ramai ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Shaza dia ...
Video Santai Sarung Kain Batik Ketika Mesyuarat Mat Salih Ini Raih Perhatian Warganet

Video Santai Sarung Kain Batik Ketika Mesyuarat Mat Salih Ini Raih Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 271 hits
Bekerja dari rumah sudah menjadi norma baharu di seluruh dunia dan pastinya ada daripada anda yang hadir ke mesyuarat secara online dengan memakai baju formal tetapi mengenakan seluar tidur atau hanya berkain batik agar lebih selesa Terbaha...
Rakaman Mat Salih Santai Pakai Sarung Kain Batik Dan Selipar Ketika Konferensi Raih Perhatian Ramai

Rakaman Mat Salih Santai Pakai Sarung Kain Batik Dan Selipar Ketika Konferensi Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 501 hits
Kain batik dianggap sebagai simbolik kepada personaliti wanita Melayu yang sopan dan klasik Sehingga kini tradisi memakai kain batik masih lagi dikekalkan dan menjadi kegilaan ramai Bercakap mengenainya baru baru ini tular satu video yang m...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Farhana Zahra Founder Susu Momegojes Coffee Vavavoom

Biodata Anees Ayunie Pempengaruh Usahawan Muda Berjaya

Biodata Eda Ezrin Penyanyi Dikir Barat Moden Loghat Kelantan

Create Your Next Masterpiece With The All New

Laman Rusa Taman Botani Putrajaya

Bahaya Tekanan Emosi Terhadap Pesakit Hipertiroidisme