Sri Pahang Fc Terus Merudum Peminat Hairan Kenapa Dollah Salleh Masih Lagi Di Kekalkan
KUANTAN - Rata-rata peminat bolasepak Pahang menggesa, pengurusan Sri Pahang FC memecat Ketua Jurulatih Dollah Salleh berikutan kekalahan terbaharu 1-3 kepada KL City FC pada kancah bolasepak Piala Malaysia semalam.
Ramai mendakwa, Dollah telah gagal dalam misi membangkitkan kembali era kegemilangan skuad Tok Gajah.
"Kami hairan kenapa Dollah masih dikekalkan, sedangkan prestasi Sri Pahang FC terus merudum dari sehari ke sehari. Dollah hanya keluar kenyataan berbangga walau pun pasukannya kalah. Malah, sering menyalahkan pemain tatkala kecundang.
"Dollah langsung tidak mahu salahkan dirinya yang gagal menerapkan formula luar biasa terhadap Sri Pahang FC. Sudahlah nama pasukan pun kurang bermaya, jurulatih pula gagal mainkan peranannya," kata seorang peminat setia Tok Gajah.
Menurutnya, Dollah seperti biasa mendakwa anak buahnya tiada 'semangat pahlawan' untuk melawan selepas kekalahan kepada KL City FC kelmarin.
Dari awal lagi peminat sudah mempertikaikan nama 'Sri' tidak sesuai untuk sukan bolasepak, kerana ia tidak menunjukkan semangat, jati diri, keperkasaan untuk melawan dan sebagainya. Namun, nama itu terus dikekalkan hingga ramai peminat kecewa dan menganggap Sri Pahang FC akan jadi skuad belasahan. Kini segalanya terbukti.
"Di awal Liga Super, Sri Pahang FC telah menggantikan jurulatih Thomas Dooley gara-gara dua kekalahan awal 1-3 kepada Selangor FC di Petaling Jaya, dan kemudian tunduk 0-2 kepada Perak FC di halaman sendiri.
"Dollah kemudian menggantikan jurulatih import terbabit. Peminat ingat beliau akan membawa perubahan, namun hakikatnya apa yang berlaku? Sri Pahang FC terus disajikan dengan badi kekalahan demi kekalahan. Mujurlah ada UiTM FC pasukan junior dan Perak FC yang hadapi kemelut pengurusan berada ditangga terbawah. Jika tidak sudah pasti Sri Pahang FC akan turun ke Liga Premier pada musim hadapan.
"Lebih memalukan Sri Pahang FC tewas pada perlawanan terakhir Liga Super kepada pasukan belasahan UiTM FC," kata peminat itu lagi.
"Kami sangka Sri Pahang FC akan bangkit di kancah Piala Malaysia bagi memulihkan prestasi, namun diawal perjalanan sudah kecundang 1-3 ditangan KL City FC. Itu lun gara-gara gol sendiri pihak lawan.
"Jika dua perlawanan Thomas Dooley direhatkan oleh pihak pengurusan, kenapa Dollah Salleh tidak boleh direhatkan? Walhal berkali-kali tewas, apa yang hebatnya Dollah? Sampai dikekalkan walau pun gagal mainkan peranan beliau?," tambahnya lagi.
Jika dilihat kepada komen netizen di media sosial, jelas dapat dilihat rata-rata mereka tidak gembira dengan prestasi skuad Sri Pahang FC sekarang ini.
Kebangkitan yang diharapkan dalam Piala Malaysia tidak menjadi kenyataan. Apa pun kita tunggu perlawanan kedua liga di mana Sri Pahang FC akan menentang Sarawak United FC di Kuantan malam esok (Rabu). Perjuangan harus diteruskan jua. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/sri-pahang-fc-terus-merudum-peminat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)