Malam Naikkan Bendera Putih Pagi Dapat Bantuan


Siti Hajar Husna Che Hassin
Akibat kehilangan pekerjaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, sepasang suami isteri hilang punca pendapatan dan mengambil keputusan untuk menaikkan bendera putih di hadapan rumah mereka di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan untuk meminta bantuan daripada orang ramai.
Ibu kepada tiga orang anak, Salmizan Yusof, 36, berkata, suaminya yang dulunya bekerja di sebuah kedai makan hilang pekerjaan apabila tempat kerjanya tidak mengambil pekerja sewaktu PKP ini.
“Kerana suami hilang pekerjaan, kami terpaksa menanggung tunggakan sewa rumah selama tiga bulan sebanyak RM350 sebulan kerana tidak mampu membayarnya buat masa sekarang.
“Suami ada mengambil upah untuk mencuci kereta jiran-jiran dan ia tidak mencukupi kerana kami ada anak kembar kecil yang berumur sembilan bulan dan abangnya yang berumur 13 tahun.
“Jadi, selepas saya membaca kempen inisiatif rakyat untuk kibarkan bendera putih yang tular di media sosial, saya mengambil keputusan untuk membuat bendera menggunakan baju putih dan suami memasangnya semalam di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya.
Semalam, Malaysiakini melaporkan satu kempen inisiatif rakyat kepada rakyat dengan menaikkan bendera putih bagi memberi syarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.
Sementara itu, Salmizan berkata selepas menaikkan bendera putih, ada beberapa pihak datang memberi bantuan dengan segera.
“Saya pasang bendera dalam pukul 10 malam tadi, dan pagi tadi, tok penghulu ada datang ke rumah dan bagi sumbangan berupa susu dan kain lampin pakai buang bayi.
“Ada juga jiran yang memberi makanan seperti beras, telur dan bihun kepada kami sekeluarga,” katanya.
Tambahnya lagi, dia terharu apabila ada jiran yang cakna selepas bendera dikibarkan apabila jirannya menghubungi pihak yang memberi bantuan kepada orang ramai yang susah sempena kempen ini.
“Ada seorang individu bernama Afifee datang memberi susu bayi dan kain lampin pakai buang selepas jiran saya memaklumkan tentang bendera putih yang dikibar oleh saya kepadanya.
“Semua bantuan ini memang akan meringankan beban saya terutamanya dapat bantuan susu bayi yang memang saya perlukan sekarang untuk anak kembar kecil saya,” katanya lagi.
Sementara itu, jirannya, Azimah Che Ahmad, 28, yang melaporkan kejadian tersebut sehingga bantuan datang berkata, dia mengambil tindakan drastik dengan memaklumkan hal itu kepada pihak yang ingin memberi bantuan.
“Selepas tahu akan kempen rakyat ini, sebagai jiran, saya terus menelefon pihak yang ingin memberi bantuan yang tular di Facebook untuk membantu jiran saya.
“Saya melihat satu hantaran untuk memaklumkan isu bendera putih ini kepada seorang individu bernama Afifee yang ingin membantu dalam menjayakan kempen ini.
“Dia sudah datang tadi dan sudah beri bantuan kepada keluarga terbabit, dia ia amat menggembirakan saya apabila dapat membantu mereka serba sedikit,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/malam-naikkan-bendera-putih-pagi-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harus Naikkan Bendera Putih Bila Perlu Bantuan Kata Ustaz Azhar Idrus

Harus Naikkan Bendera Putih Bila Perlu Bantuan Kata Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 311 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE July 3 2021Pandangan sesetengah pihak dalam Pas yang menentang usaha golongan yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan menaikkan bendera putih ditolak oleh penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus Menurut Us...
Kempen Bendera Putih Bantuan Makanan Tetap Diteruskan Di Kawasan Pkpd

Kempen Bendera Putih Bantuan Makanan Tetap Diteruskan Di Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 336 hits
July 2 2021 Ohana s Helping Hands Food Bank tidak menyangka PKPD diumumkan di Selangor dan Kuala Lumpur ketika PKP sedang berjalan PETALING JAYA Bantuan menerusi kempen bendera putih kekal diteruskan di kawasan perintah kawalan pergerakan d...
Hiburan Bendera Putih Sharnaaz Ahmad Bantu 400 Keluarga Mohon Bantuan Runner

Hiburan Bendera Putih Sharnaaz Ahmad Bantu 400 Keluarga Mohon Bantuan Runner

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 323 hits
Kempen bendera putih yang menjadi tular baru baru ini seakan memberi harapan kepada orang memerlukan untuk meneruskan hidup Bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang sekeliling rakan artis turut dilihat tampil menghulurkan bantuan BACA ...
Amk Sediakan Bantuan Rakyat Kibar Bendera Putih

Amk Sediakan Bantuan Rakyat Kibar Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 434 hits
Kempen kibar bendera putih andainya bekalan keperluan harian terputus yang dianjurkan oleh beberapa NGO turut disertai Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Menurut Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab sebagai tanda solidariti sayap pemuda itu tu...
Kempen Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah Tiada Bekalan Makanan

Kempen Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah Tiada Bekalan Makanan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 652 hits
Salam to all readers Kempen Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah Tiada Bekalan Makanan Lately rasa sayu baca keluhan orang ramai ada yang kena buang kerja ada yang tak cukup duit nak beli makan ada kena halau rumah tak mampu...
Kibar Bendera Putih Jika Perlu Bantuan

Kibar Bendera Putih Jika Perlu Bantuan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 265 hits
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF Kempen kibar bendera putih diharap dapat membantu orang ramai yang memerlukan bantuan namun berasa malu untuk menyatakannya secara terbuka FOTO INSTAGRAM AKMAL MASDUKIPETALING JAYA Kempen mengajak orang ramai men...
Antara Tindakan Mengibarkan Bendera Putih Dengan Bantuan Yang Dihulurkan

Antara Tindakan Mengibarkan Bendera Putih Dengan Bantuan Yang Dihulurkan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 440 hits
Pandemik Covid 19 belum berakhir Kesannya bukan sahaja kepada aspek kesihatan malah turut merangkumi ekonomi sehinggalah cara hidup masyarakat Saya tertarik dengan satu kempen mengibarkan bendera putih Ia sebagai satu usaha untuk membantu m...
Hukum Kibar Bendera Putih Untuk Meminta Bantuan

Hukum Kibar Bendera Putih Untuk Meminta Bantuan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 337 hits
Soalan Salam saya nak minta penjelasan tuan mufti berkenaan isu kibar bendera putih baru baru ini Isu ni asalnya pasang bendera putih sebagai isyarat untuk minta bantuan jika ada yang dalam kesusahan era pkp namun ada yang mengatakan tidak ...
Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 304 hits
KUANTAN Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar berkata perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat ...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Female Debtors Being Forced Into Prostitution To Pay Off Debts Says Association New Straits Times 24 07 2025

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Pempengaruh Automotif Dipenjara Sebulan Denda Rm1 500 Kerana Laporan Palsu