Sampai-sampai je masuk Sunway Pyramid jumpa Nuar claim tiket dulu. Aku tak suka sangat masuk Sunway Pyramid, macam main maze runner, tak jumpa jalan keluar. Nak cari starbuck punyalah payah. Dah dua kali round jumpa juga. Dah ambil tiket terus g solat jap baru masuk Sunway Lagoon
Thank you Nuar for the tiket
Thanks Wan selalu temankan ke mana sahaja nak pergi. Aku takut juga kalau Wan ini tak selesa. Dia tak suka event terkinja-kinja macam ini sebenarnya. Aku je suka. Dalam pada tak suka, nak juga main permainan yang ada booth yang sponsor event ini. Macam-macam ada, konon nak balik pukul 6. Sudahnya magrib juga baru gerak balik. Nasib baik gerak awal, nak hujan juga waktu nak gerak balik tu
Wan takut sangat sesat. Aku cakap pernah datang sini dia tak caya pula. Aku cakap senang je pergi sini. Nanti kita naik bas je. Dia memang tak pernah turun Sunway Lagoon. So aku bawaklah naik BRT. Rupanya BRT sekarang dah takyah scan kad rapid. Awal-awal dulu kena scan. Sekarang sekali arung scan naik lrt tu. Mudahnya, jimat pun jimat. Next week pergi lagi ke sini, nak ke Night of Fright pula

Wan mati-mati ingat naik bas dekat perhentian bas laluan kereta lalu lalang tu, dia tak tahu pun kewujudan BRT ini. Lalu aku membawa dia bersiar-siar naik BRT. Kalau korang nak turun Sunway Lagoon, boleh berhenti dekat LRT USJ7 dan ambil BRT. BRT ini laluan khas untuk bas dan hanya area Subang sahaja, termasuk SUnway University
Majoriti naik bas ini rata-rata student dan orang cina. Nama pun Subang Jaya, memang majoriti Cina duduk sini. Tapi best tau best ini. Selesa pun selesa. Turun Sunway Lagoon, paling senang ada laluan khas pejalan kaki. Okay juga, kemudahan yang kerajaan bangunkan ini. Perbanyakkan lagi tambah baik sistem pengangkutan awam di Malaysia ini. Hopefully Klang Valley boleh ada kemudahan seperti ini juga.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |