Pengalaman Masuk Night Of Fright 7 Di Sunway Lagoon
Hi!
Hujung minggu adalah hari bermalas-malasan di rumah. Bukan bermaksud terbongkang atas katil sepanjang hari, kemas apa yang patut, sidai kain, keluar cari barang basah. Sebenarnya, aku nak share pengalaman aku masuk Night of Fright 7 malam tadi. Menjerit bagai nak terkeluar anak tekak, aku benda terkejut-terkejut ini memang jerit sekuat hati.
Semalam aku ambil half day, semata nak enjoy benda ini. Bukan selalu dapat merasa pergi kan dah dapat tiket free. Semalam gerak dari rumah pukul 5, sampai USJ 7 sekitar pukul 6.00 pm tukar pulak naik BRT around 6.15pm baru sampai betul-betul dekat Sunway Pyramid. Sebelum masuk, pergi makan KFC jap isi perut. Lain tak bukan aku heret Wan la jadi partner aku kemana event plus 1. Tahun ini je aku dapat heret dia, tahun depan dah jadi bini orang
Semalam pukul 7.00pm pun dah ramai orang, sepadat-padat orang macam semut. Maybe nak masuk weekend, ramailah orang. Acaranya start pukul 7.30pm until 11.30pm. So, siapa yang masuk sini tak masuk rumah hantu memang rugilah. Ini first time juga aku masuk Night of Fright. Owh ya, Night of Fright malam tadi dimeriahkan lagi dengan realme smartphone
Tahun ini, Night of Fright 7 menawarkan 9 tempat rumah HANTU. Antaranya;
1) The Hotel Deville2) The Horrorjuku3) Animalium4) Bomoh5) Voodaa6) Bloodsheed7) The Plague8) Horrorwoodstudio9) Sharknado Alive
Dalam 9 ini, aku sempat masuk 3 sahaja. Tapi enjoy la ketiga-tiga yang aku masuk ini, kena balik awal memandangkan aku kejar LRT. Tak masuk rumah hantu, boleh sahaja tangkap gambar dengan hantu-hantu yang berkeliaran dekat luar. Dalam bilik hantu tak boleh rekod atau take photo pun
See, make up dia real nampak macam real hantu. Tapi bila ajak bergambar, posing in point. Waktu ini baru keluar rumah hantu, penat menjerit.
The Blood Shed ini antara top rumah hantu. Time tunggu turn tu pun kena beratur panjang, dekat 20 minit jugalah, nasib baik sempat masuk. Semua orang kena diarahkan bergerak dengan memegang besi, jalan ikut group. Agak menyeramkan bila hantu main mesin potong pokok, aku tak tahulah mesin betul ke tipu, serius seram, dengan kapak acu dekat kepala orang. Adoi, can't brain
Jumpa Anabelle sekejap
Mimpi ngeri tengok muka dia, okaylah dapat satu gambar muka kecut. Sini pun banyak hantu berkeliaran, jaga-jaga. Leka main phone dia ada di sebelah
Apa-apa pun, have fun gila malam tadi menjerit macam orang gila. Mostly ramai yang pergi ini student. Apa-apa pun hidup kena enjoy
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2019/11/pengalaman-masuk-night-of-fright-7-di.html