Unsur Alam Dalam Puisi Melayu



(Zurinah Hassan, Bangi, Penerbit UKM, 2010)
Buku ini berasal dari tesis  bertajuk ‘’ Puisi Melayu Moden: Kajian Teori Pengkaedahan Melayu’’ yang dikemukakan untuk memperolehi ijazah Doktor Falsafah, 2008. Aspek yang dikaji oleh Zurinah ialah pendekatan firasat dan dakwah serta bagaimana unsur-unsur alam mengandungi siratan makna menuju kepada kebesaran Allah. Unsur alam yang difokuskan ialah tumbuh-tumbuhan, haiwan, laut dan unsur waktu, seperti pagi, senja dan malam. Sebanyak 82 buah puisi Melayu dikaji dalam tesis ini. Menurut Zurinah, sejak dahulu karya sastera Melayu, termasuk puisi dan hikayat dicipta dengan menggunakan bahasa kiasan dan perlambangan yang diambil dari unsur-unsur alam. Sastera Melayu juga dihasilkan dengan tujuan membawa kebaikan kepada masyarakat dengan menyampaikan mesej-mesej yang positif, selaras dengan ajaran agama Islam. Objek-objek alam seperti laut, sungai, alam fauna dan flora menjadi medium untuk menyampaikan mesej ini. Dalam kajiannya, Zurinah menggunakan Pendekatan Firasat (dari Pengkaedahan Alamiah) dan Pendekatan Dakwah (dari Pengkaedahan Agama) yang ada dalam prinsip-prinsip Pengkaedahan Melayu. Zurinah mengkaji aspek penggunaan bahasa atau gaya pengucapan penyair. Puisi-puisi yang dipilih ialah puisi-puisi yang membawa mesej yang jelas, terutama berunsur dakwah dan menyeru ke arah kebaikan.

PETIKAN BAB PENGENALAN.Alam amat penting di dalam proses kreatif seorang penyair. Penyair sering merenung alam. Daripada renungan itu penyair menemui makna kehidupan yang dilalui oleh manusia. Misalnya gunung yang tinggi akan mengingatkan kepada harapan dan cita-cita yang juga tinggi. Pulau yang jauh, mengingatkan kepada impian yang tidak mudah dicapai. Rama-rama yang terbang, mengingatkan kepada masa remaja yang indah dan penuh keriangan. Bagi penyair Islam, setiap objek alam yang dilihat adalah tanda kebesaran Allah. Penyair Islam  menemui makna  kewujudannya sebagai makhluk Allah. Pengertian itulah yang menjadi intipati kepada puisi-puisi yang dihasilkan. Ini bermakna sebahagian besar puisi adalah reaksi kreatif seorang penyair setelah berinteraksi dengan alam dan menginterpretasi objek-objek alam.  


Penyair sering menggunakan unsur alam di dalam karya mereka. Unsur alam yang digunakan di dalam puisi amat banyak dan pelbagai. Sebagai contoh ialah laut, gunung, pohon-pohon, sungai, bintang, matahari, embun, hujan, ribut, pelbagai jenis haiwan, dan lain-lain. Semua ini merupakan objek alam fizikal yang dapat dilihat, didengar, disentuh, dan dirasai melalui pancaindera manusia. Alam fizikal ini merupakan satu lapisan daripada seluruh alam yang dicipta Tuhan. Lapisan yang  lain ialah alam metafizikal atau alam ghaib yang merupakan bahagian alam yang sepenuhnya berada di dalam kelebihan ilmu Allah.
Pada umumnya penyair menggunakan unsur alam fizikal dengan dua tujuan,  iaitu:
1.        sebagai latar belakang kepada peristiwa yang digambarkan, dan
2.        sebagai sumber perlambangan.

Cara yang pertama, iaitu sebagai latar belakang atau latar tempat kepada sesuatu peristiwa, bertujuan untuk membangkitkan suasana yang sesuai dengan peristiwa yang digambarkan. Sebagai misalnya hujan turun ketika terjadi sesuatu peristiwa yang menyedihkan. Hujan dengan air yang menitis dikaitkan dengan tangisan, seolah-olah seluruh alam turut sama berduka dan bersimpati dengan kesedihan watak.

Cara penggunaan unsur alam yang kedua ialah sebagai sumber perlambangan. Penyair menggunakan unsur alam untuk menyampaikan isi puisi. Alam menjadi perantara bagi membawa makna sebenar. Ini bermakna objek-objek alam menjadi kata-kata yang tersurat, bagi memperkatakan sesuatu makna yang tersirat.
Unsur alam juga adalah tanda kebesaran Allah seperti yang tersebut di dalam ayat yang bermaksud:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, dan pada kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; dengan demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit, lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang-binatang, demikian juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah, terapung-apung di antara langit dan bumi, sesungguhnya pada semua itu ada tanda-tanda keesaan Allah bagi kaum yang menggunakan akal fikiran.     
                                                      (Surah al-Baqarah, ayat 164).

Di dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa setiap kejadian alam adalah tanda kebesaran Allah yang mencipta segala-galanya. Manusia diminta menggunakan akal fikiran untuk memerhati kejadian di langit dan di bumi kerana segalanya adalah tanda-tanda yang mengandungi makna tentang keesaan Allah. Di antara unsur alam yang disebut di dalam ayat di atas ialah:§     pertukaran malam dan siang (waktu)
§     kapal-kapal yang belayar di laut
§     tumbuh-tumbuhan
§     pelbagai jenis binatang-binatang
Dengan berpandukan ayat di atas, pengkaji memilih empat unsur alam tersebut. Oleh itu tesis ini akan menumpukan kepada unsur pertukaran malam dan siang (waktu), laut dan perjalanan laut, tumbuh-tumbuhan, dan pelbagai jenis binatang.Objektif Kajian1.    Mengkaji unsur-unsur alam, iaitu tumbuh-tumbuhan, laut, haiwan, dan peredaran waktu di dalam puisi-puisi Melayu. Unsur alam ini diteliti daripada penggunaan kata-kata yang merupakan objek alam yang disebut di atas, sebagai lapisan tersurat untuk menyampaikan makna tersirat, iaitu maksud sebenar yang ingin dinyatakan oleh penyair.
2.    Mengkaji sejauh mana unsur dakwah ditemui di dalam puisi-puisi yang dikaji. Unsur dakwah ini dikaji dengan melihat maksud puisi, pemikiran dan sikap penyair, serta cara pengucapan dan gaya bahasa yang digunakan dalam menyampaikan maksud puisi. Maksud sesebuah puisi mestilah berupa mesej atau seruan ke arah kebaikan. Pemikiran dan sikap penyair mestilah menyokong nilai-nilai Islam dan tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran Islam. Dari segi cara pengucapan dan gaya bahasa, khasnya di dalam penggunaan perlambangan daripada unsur alam, dapat dirujuk kepada penggunaan misal perbandingan atau amthal yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad saw. 
3.    Bertujuan membandingkan penggunaan objek alam oleh beberapa orang penyair Malaysia. Melalui kajian perbandingan ini, akan diperlihatkan persamaan dan perbezaan cara penyair-penyair menggunakan objek-objek alam fizikal untuk menyampaikan makna yang tersirat.
4.    Bertujuan menilai kesesuaian Teori Pengkaedahan Melayu di dalam mengkaji puisi-puisi Melayu moden, terutama yang menggunakan unsur-unsur alam. Justeru itu kajian ini akan dapat membuktikan kesesuaian teori yang dihasilkan oleh sarjana tempatan atau sarjana Melayu bagi mengkaji hasil karya sastera tempatan. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2019/09/unsur-alam-dalam-puisi-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Estetika Dan Kearifan Dalam Puisi Melayu Tradisional

Estetika Dan Kearifan Dalam Puisi Melayu Tradisional

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 584 hits
Puisi Melayu tradisional adalah pusaka bangsa yang sangat berharga Di dalamnya terkandung mutiara kata dan susunan madah yang membuktikan kebijaksanaan atau kearifan nenek moyang kita Puisi Melayu tradisional adalah Institusi PENDIDIKAN dal...
Dakwaan Pembangunan Kampung Baru Sisih Orang Melayu Tidak Benar Dr M

Dakwaan Pembangunan Kampung Baru Sisih Orang Melayu Tidak Benar Dr M

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 283 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Dakwaan bahawa pembangunan Kampung Baru akan mengeluarkan orang Melayu dari ibu kota adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata kepentingan dan kedu...
Saya Pun Melayu Juga

Saya Pun Melayu Juga

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 267 hits
Tamrin Tun GhafarKhamis 19 09 191 Kali ini saya menggunakan tajuk buku I Too am Malay atau Saya Pun Melayu Juga tulisan Zaid Ibrahim mantan Menteri Kabinet satu ketika dulu sebagai tajuk penulisan kali ini2 Ada 4 ayat dan laungan yang senan...
Final Melayu Pecah Dua Satu Puak Sokong Rasuah Satu Puak Tidak Sokong Rasuah

Final Melayu Pecah Dua Satu Puak Sokong Rasuah Satu Puak Tidak Sokong Rasuah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 339 hits
Tidak perlu bagi apa alasan Tidak perlu bertapi tapi Tidak ada atas pagar PRK atau PRU15 menyaksikan pertembungan dua puak itu Yang menang akan jadi kerajaan Tetapi status perpecahan kekal kepada dua puak tersebut
Cara Umno Dan Pas Tipu Orang Melayu Jual Tanah

Cara Umno Dan Pas Tipu Orang Melayu Jual Tanah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 368 hits
Oleh Muhamad Hishamudin Hashim Zahari Sulaiman Kalu tak tau baca peta belajar Jgn terus dgn kebodohan diri pertahankan benda yg nyata salahCONTOH GERAN TANAH YANG DIGUNA OLEH UMNO PAS UNTUK KELIRUKAN ORANG RAMAISubjek Plot tanah hakmilik se...
Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 311 hits
17 09 1 38 pm Tan Sri Dato Dr Megat Najmuddin Megat Khas SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU Dalam sejarah politik negara hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan pe tama memenangi...
Kongres Maruah Melayu Yang Akan Terus Membaruahkan Melayu

Kongres Maruah Melayu Yang Akan Terus Membaruahkan Melayu

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 633 hits
Sebaik saja selesai Himpunan Penyatuan Nasional selesai tiba tiba parti Bersatu umumkan akan diadakan Kongres Maruah Melayu Dari maklumat yang diterima dikatakan dalam kongres tu nanti Dr Mahathir akan sampaikan amanat pada bangsa Melayu Ir...
Kongres Maruah Melayu Hanya Retorik Hakikatnya Tidak Pernah Bela Melayu Berhentilah Jadi Alat Dap

Kongres Maruah Melayu Hanya Retorik Hakikatnya Tidak Pernah Bela Melayu Berhentilah Jadi Alat Dap

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 339 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata usahlah Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya menunjuk kononnya mahu membela Melayu dengan menganjurkan Kongres Maruah Melayu kerana hakikatnya parti Bersatu tidak membela...
Lelaki Melayu Yang Bertinju Di Tol Dengan Pembuuli Jalanan Memohon Bantuan Dana Dari Netizen

Lelaki Melayu Yang Bertinju Di Tol Dengan Pembuuli Jalanan Memohon Bantuan Dana Dari Netizen

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 239 hits
Kecoh di media sosial dimana satu rakaman video tular menunjukkan satu perg4duhan terjadi di kawasan Tol Penchala Kuala Lumpur Lelaki Melayu Yang Bertinju Di Tol Dengan Pembuuli Jalanan Memohon Bantuan Dana Dari Netizen
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba