Maksud Simbolik Tipikal Apabila Tiba Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina


Perayaan tahun baharu cina di Malaysia disambut meriah setiap tahun oleh masyarakat cina. Terdapat beberapa tanda dan simbolik awal bahawa akan tiba perayaan tersebut walaupun tanpa melihat pada kalendar.

Maksud Simbolik Tipikal Ketika Tahun Baharu Cina

Selain dari terdapatnya petanda awal sepeti cuti umum dua hari apabila tahun baharu cina tiba, ini adalah beberapa maksud tipikal simbolik dalam perayaan tahun baharu cina di Malaysia dan mungkin di negara-negara lain.



1. Buah Limau (Lokam)
Buah limau memang tipikal popular apabila perayaan Tahun Baharu Cina. Pasaraya kecil atau besar pasti akan menjual buah limau yang juga dinamakan lokam ini.
Selain dari warnanya menyamai warna keemasan emas yang memangnya sesuatu yang melambangkan sesuatu yang mahal, dalam bahasa cina 'kam' bermaksud 'emas' dan kenalah dengan limau lokam dari segi warna dan maksud namanya.
Apalagi memakan 'emas' semoga dapat lagi banyak emas, mungkin, untuk pelaburan nanti.
2. Tarian Singa
Tarian singa cukup sinonim dengan masyarakat cina. Terutama apabila munculnya perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun. Namun tahukah kita apakah maksud simbolik dengan tarian singa dalam kepercayaan masyarakat cina ?
Singa adalah lambang garang, buas dan bengkeng. Dengan kelincahan singa menari dikhabarkan simbolik untuk menghalau hantu dan roh jahat,atau 'suwey' ini adalah kepercayaan masyarakat cina, nak raya pastinya tidak mahu diganggu dengan hantu dan roh jahat.
Namun, penulis agak kasihan dengan kekentalan penari tarian singa bahagian belakang yang sentiasa menunduk, tidak lenguhkah ?
Tarian singa biasa boleh ditonton di mall, acara keagamaan besar dan syarikat atau keluarga yang berada, kenapa ? Harga tarian singa agak mahal, ada yang menyamai harga ikan kelisa emas di kedai akuatik masyarakat cina.
3. Main Mercun
Memandangkan tidak semua yang mampu untuk menghalau hantu menggunakan tarian singa, main mercun adalah salah satu alternatif lain untuk kepercayaan menghalau hantu. 
Lagipun permulaan main mercun sebagai menandakan permulaan sambutan tahun baharu cina pada tahun tersebut. Biasanya akan dimainkan pada hari pertama tahun baharu cina, namun sekarang tidak kira masa.
15 hari kemudian akan dimainkan lagi menandakan tamatnya sambutan tahun baharu cina untuk tahun tersebut, namun sekarang tidak kira masa untuk bermain mercun. Kalau tidak mahu hilang 'kemakmuran' mainlah berpada-pada.
4. Warna Merah
Warna yang tipikal dilihat apabila tibanya tahun baharu cina. Segenap tubuh badan, harta benda, rumah mungkin air minum juga mesti bewarna merah. Merah bagi masyarakat cina bermaksud kemakmuran (ong dalam bahasa cina, prosperity dalam bahasa inggeris).
Selain kemakmuran, warna merah menampakkan lagi kemeriahan dan 'vibrant' dalam menyambut perayaan.
Sesuai untuk berikan hadiah kepada kawan atau rakan cina anda. Walaupun mereka tidak pakai, mereka akan simpan.
5. Pemberian Ang Pao
Satu lagi warna merah yang sering ditunggu, iaitu sampul merah yang mungkin ada isinya. 
Lebih kepada pemberian, walaupun sampul merah tersebut tiada isi, tiada masalah sebenarnya lebih kepada simbolik berkongsi.
Kalau Hari Raya untuk masyarakat muslim ia dipanggil duit raya, namun dalam niat sedekah untuk pahala.
6. Ucapan Gong Xi Fa Cai, Gong Hey
Sudah dapat sampul merah berisi duit atau gold bar atau cek atau bond dari pak cik mak cik dan dato', bolehlah pula berikan ucapan.
Apabila ternampak akan perkataan ini, itulah petanda maka perayaan tahun baharu cina akan tiba. Tambahan pula ucapan yang selalu akan terdengar dan terbaca apabila ingin mengucapkan selamat tahun baharu cina.
Ucapan ini lebih kepada ucapan 'tahniah, semoga bertambah rezeki/kaya raya/kemakmuran'. 
Jika dalam Islam ia lebih kepada memberikan doa kepada seseorang atau sesiapa.
Kenali Budaya CIna Ketika Tahun Baharu Cina
Kepelbagaian variasi kaum dan budaya membolehkan kita belajar akan kehebatan Allah dalam mencipta kepelbagaian manusia yang ada di muka bumi.
Hidup harmoni dengan masyarakat bukan belum muslim yang baik (zimmi) dan bukan yang harbi adalah salah satu ajaran dalam Islam. 
Walaupun Malaysia adalah atas kertasnya adalah negara Islam, kita diperlukan untuk berbaik-baik dengan bangsa bukan Islam lain yang dalam kategori zimmi.
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina!
Anda fikir anda tahu Maksud Simbolik Tipikal Apabila Tiba Tahun Baharu Cina ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2024/02/maksud-simbolik-tipikal-apabila-tiba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kuantan Keluar 29 Permit Jual Mercun Bunga Api Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Polis Kuantan Keluar 29 Permit Jual Mercun Bunga Api Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Polis Kuantan telah menerima sebanyak 45 permohonan bagi mendapatkan lesen menjual bunga api dan mercun sempena perayaan Tahun Baru Cina di daerah iniKetua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata daripada j...
Tol Percuma Diberi Pada Khamis Amp Jumaat Sempena Tahun Baharu Cina

Tol Percuma Diberi Pada Khamis Amp Jumaat Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 227 hits
Pengguna lebuh raya dimaklumkan bakal menikmati tol percuma selama dua hari iaitu bermula Khamis esok hingga Jumaat sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2 Hari Tol Percuma Berdasarkan sumber yang dilihat dari Kosmo Online Menteri Kerja Raya A...
Tahun Baharu Cina Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Tahun Baharu Cina Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 235 hits
Lembaga Lebuhraya Malaysia menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dan memanfaatkan kemudahan tol percuma yang akan berakhir malam ini KUALA LUMPUR Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 15 malam ini masih perlah...
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Naga

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Naga

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 341 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan kehormatan kejayaan dan keberuntungan ternyata memberi tuah kepada golongan peniaga barang kelengkapan dan makanan untuk peray...
Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 328 hits
Salam semua di dalam kalendar takwim Islam awal muharram menandakan bermulanya tahun baru Setiap kali kedatangan Tahun Baru Islam pada awal bulan Muharram orang Islam digalakkan untuk berdoa dan melakukan amalan sunat Walaupun ia bukan perk...
Sales Kat Sogo Sempena Tahun Baru Cina

Sales Kat Sogo Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 239 hits
Jumaat lepas k fiezz ke SOGO Nak raya cina ni biasanya ada promosi Korang kalau nak beli pakaian time ni memang murah murah Macamana k fiezz tahu Biasalah sis kan memang suka ke SOGO Sebelum ni pun k fiezz pernah beli seluar kerja kat SOGO ...
Tahun Baru Cina 2024

Tahun Baru Cina 2024

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 240 hits
Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia Tahun Baru Cina 2024 jatuh pada 10 Februari 2024 iaitu pada hari Ahad Perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan terbesar dalam masyarakat Cina di dunia dan tahun ini menandakan kedatangan Ta...
Rakyat Biasa Dan Tahun Baru Cina

Rakyat Biasa Dan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 309 hits
Rafizi RamliBanyak perkara berlaku dalam negara dan di dunia sekarang Perang masih berlanjutan di Gaza dan Ukraine dengan risiko ia merebak ke tempat lain Ekonomi China sedang melalui perubahan sehinggakan Kerajaan China terpaksa campur tan...
Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 235 hits
Seorang lelaki di China menghairankan media sosial dengan membawa anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ke kampung halaman mereka secara terbang untuk menyambut Tahun Baru Cina dan mengelakkan kesesakan lalu lintas tahunan Lelaki terse...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat