Sales Kat Sogo Sempena Tahun Baru Cina
Jumaat lepas k.fiezz ke SOGO. Nak raya cina ni biasanya ada promosi. Korang kalau nak beli pakaian time ni memang murah-murah. Macamana k.fiezz tahu?Biasalah sis kan memang suka ke SOGO..Sebelum ni pun k.fiezz pernah beli seluar kerja kat SOGO, harga murah derrr..Harga asal 80 lebih jadi 40 lebih je..Separuh harga diskaun, weiii..Tapi sayang seluar tu terkena warna baju lain masa basuh. Sampai sekarang warna dia melekat tak boleh keluarkan. Udah lah terkena kat muntot pulak..haha..Adeh..Padan muka. Lesson learn. Sejak tu kalau nak basuh baju/seluar, k.fiezz kena hati-hati yang mana turun warna kena asingkan. Takut kena kat seluar/baju lain..
Untuk ganti seluar yang dah terkena warna tu k.fiezz cari seluar sama juga kat SOGO..Seluarnya memang ada je tapi dah berapa kali ulang, masih tak dapat harga promosi tu..Back to normal price..Jadi k.fiezz rasa kalau nak shopping baju/seluar kat SOGO, beli masa ada promosi masa musim perayaan macam Tahun Baru Cina ni..Raya kita ada sales juga kat SOGO tapi tak pasti semurah macam Tahun Baru Cina ke tidak..K.fiezz dengar member-member office bitau, biasanya tak dapat..Nak murah, beli masa tahun baru cina ni...
SALES CHINESE NEW YEARJadi dah nak tahun baru cina ni, meh la ke SOGO..K.fiezz nak beli seluar jeans. Hat kat rumah ada berapa helai je sebab banyak tertinggal kat rumah mak di kampung. Ater cadangnya nak beli sehelai je seluar jeans. Kononnnn..haha..Eh sampai kat SOGO, ada longgokan sales RM20 sehelai..Wahhhh rambang mata sis..hehe..Tengok ada terselit pula dalam longgokan RM20 tu, seluar selain dari baju-baju..Cuma biasa lah hat sales RM20 tu tak tersusun. Jenuh lah mencari saiz yea..Bertabah je lah sis..Demi untuk seluar murah..haha...
Masalah k.fiezz kan, sis tak sure saiz berapa tau sebab berat macam dah naik je..haha..Pilih 2 saiz berbeza try kat fitting room...Ahaaa dapat pun saiz sis..Sebelum ni saiz 27, rupanya dah saiz 30 weiiii..Adeh..Kena exercise ni..haha...
Selain seluar, tetiberrr sangkut juga 3 helai baju yang ada sales RM20 tu..haha..Try juga tau sebelum decide nak beli sebab kalau tak cantik ke,tak kena ke, besor ke ada alasan tak nak ambil supaya tak menyesal & tak teringat bila dah balik rumah..Haha...Tips ni tau..
Tapi bila dah try, sis rasa cantikk je bila sis pakai. Terus sambar 3. Kebetulan memang dah lama tak beli baju jalan yang baru. Nak ootd pun pening sebab sama je baju..So okey lah ambil 3 helai...
Tetiber seluar beranak jadi 2 helai..hahaSehelai RM20 & sehelai lagi RM29
Baju-baju ni tak ada dalam senarai pun..Tetiber sangkut sampai 3 helai.
Ada sales RM20 sehelai...Korang rasa...Rugi..Rugi tak grab..haha..
Total 5 helai weiii..Total damage RM109.70
Pssttt - So kalau korang nak shopping baju raya, pi lah cari kat SOGO masa nak raya cina ni. K.fiezz rasa harga masa perayaan ni lebih murah berbanding raya kita..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/02/Sales-Kat-SOGO-Sempena-Tahun-Baru-Cina.html