Rakyat Biasa Dan Tahun Baru Cina















Rafizi Ramli


Banyak perkara berlaku dalam negara dan di dunia sekarang.


Perang masih berlanjutan di Gaza dan Ukraine, dengan risiko ia merebak ke tempat lain. Ekonomi China sedang melalui perubahan sehinggakan Kerajaan China terpaksa campur tangan dalam banyak perkara. Beberapa pegawai tertinggi juga telah dipecat.


Di Amerika Syarikat, kesan ekonomi dari zaman COVID belum selesai sepenuhnya. Kadar faedah yang begitu rendah untuk memastikan orang berbelanja semasa COVID, kini diganti dengan kenaikan faedah mendadak dalam 20 bulan yang lepas hingga menyebabkan nilai dolar mengukuh.


Kita juga tidak terkecuali dengan tempias-tempias ini, selain dari perkembangan dalam negara sendiri. 


Keputusan Lembaga Pengampunan memendekkan hukuman penjara Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus menjadi bualan. Pandangan mereka yang membantah dan menyokong itu keras, dan saya faham ini satu perkara yang emotif kepada semua. 


Tindak balas nilai mata wang dolar yang mengukuh ke atas nilai ringgit terus dirasai. 


Walaupun ada beberapa perkembangan positif dalam ekonomi negara sejak setahun lalu (contohnya kadar inflasi yang menurun ke paras paling rendah, peningkatan nilai saham di Bursa Kuala Lumpur, kemasukan pelabur dan pengurus dana antarabangsa, kadar pertumbuhan suku ke suku yang menunjukkan ketahanan ekonomi negara di sebalik kelembapan ekonomi global), semua ini mengambil masa untuk diterjemahkan kepada gaji yang lebih tinggi dan pekerjaan yang lebih baik untuk meningkatkan kuasa beli rakyat dalam suasana kos sara hidup yang lebih tinggi kini.


Kerajaan memahami semua ini dan langkah kerajaan adalah yang meliputi penambahbaikan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.


Tetapi ujian sebenar pentadbiran ini ialah mengimbangi keperluan rakyat untuk melihat segera peningkatan mutu hidup, dengan kesabaran rakyat menunggu reformasi ekonomi jangka masa sederhana dan panjang ini membuahkan hasil.


Turun naiknya populariti pentadbiran ini bergantung kepada keupayaan mengimbangi dua keperluan rakyat yang saling bertembung ini.


Selain dari kaedah kaji selidik dan quantitatif yang lain, cara yang paling mudah ialah menilai sendiri reaksi rakyat dengan bertemu orang biasa.


Kaedah inilah yang saya patuhi sejak dari tahun 2011, iaitu kali pertama saya mengumumkan akan merampas kerusi parlimen Pandan dari MCA/BN (ketika itu kubu kuat MCA yang tidak pernah kalah di kerusi Pandan).


Sifir politik saya ialah saya boleh meneka dengan baik pilihan rakyat dengan bertemu rakyat biasa di pasar.


Sebab itu saya tidak pernah tertinggal setiap tahun dari 2011 untuk turun bertemu pengundi Pandan di Pasar Taman Muda (salah satu pasar paling besar di timur Selangor) seminggu sebelum Tahun Baru Cina.


Pertamanya untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi secara peribadi dan terus kepada mereka.


Keduanya untuk mengucapkan selamat tahun baru Cina kepada seberapa ramai dan sama-sama berkongsi suasana kegembiraan dan kekeluargaan.


Ketiganya untuk meminta maaf secara peribadi atas serba kekurangan saya sebagai wakil rakyat (dan saya banyak kekurangan).


Keempatnya untuk menilai sendiri mood rakyat, kerana pengundi Cina selalunya tidak pandai bermuka-muka. Jika mereka bersetuju, mereka menerima buah limau dan senyum. Jika mereka tidak bersetuju, mereka tidak melayan.


Turun padang dan berjumpa pengundi secara peribadi adalah satu kemestian kepada seorang menteri kerana itu satu kaedah “report card” terbaik. Saya boleh rasakan denyut nadi pengundi saya secara bersemuka.


Untuk saya, setiap kali saya turun, ia menguatkan keyakinan saya bahawa rakyat yang biasa-biasa (pekerja bawahan, kumpulan yang bergelumang mencari rezeki setiap hari dan rakyat biasa tanpa kepentingan) adalah orang yang baik-baik.


Mereka mempunyai keikhlasan, daya tahan dan kesabaran yang tinggi. 


Di sebalik segala cabaran yang mereka lalui sejak beberapa tahun lalu, mereka kekal menaruh harapan bahawa negara akan menjadi lebih baik. 


Dan mood itu diterjemahkan dalam suasana persediaan menyambut Tahun Baru Cina ini.


Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan semua penduduk Pandan khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.


Keikhlasan, daya tahan dan kebijaksanaan anda adalah inspirasi kepada orang seperti saya mengemudi tugas harian saya dalam waktu yang mencabar ini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/rakyat-biasa-dan-tahun-baru-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Baru Cina 2024

Tahun Baru Cina 2024

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 246 hits
Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia Tahun Baru Cina 2024 jatuh pada 10 Februari 2024 iaitu pada hari Ahad Perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan terbesar dalam masyarakat Cina di dunia dan tahun ini menandakan kedatangan Ta...
Polis Kuantan Keluar 29 Permit Jual Mercun Bunga Api Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Polis Kuantan Keluar 29 Permit Jual Mercun Bunga Api Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 181 hits
KUANTAN Polis Kuantan telah menerima sebanyak 45 permohonan bagi mendapatkan lesen menjual bunga api dan mercun sempena perayaan Tahun Baru Cina di daerah iniKetua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata daripada j...
Makan Malam Di Chop N Steak Tahun Baru Cina

Makan Malam Di Chop N Steak Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 298 hits
Assalamualaikum Malam tadi kepenatan lepas sampai rumah otak terus cari katil je Keluar waktu musim perayaan ni memang tak dijangka Ingatkan waktu Tahun baru Cina ni ramai bercuti dan balik kampung rupanya tidak ya Penuh manusia atas jalan ...
Sales Kat Sogo Sempena Tahun Baru Cina

Sales Kat Sogo Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 239 hits
Jumaat lepas k fiezz ke SOGO Nak raya cina ni biasanya ada promosi Korang kalau nak beli pakaian time ni memang murah murah Macamana k fiezz tahu Biasalah sis kan memang suka ke SOGO Sebelum ni pun k fiezz pernah beli seluar kerja kat SOGO ...
Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 239 hits
Seorang lelaki di China menghairankan media sosial dengan membawa anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ke kampung halaman mereka secara terbang untuk menyambut Tahun Baru Cina dan mengelakkan kesesakan lalu lintas tahunan Lelaki terse...
Contoh Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024

Contoh Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 340 hits
Gong Xi Fa Cai atau Selamat Tahun Baru Cina antara ucapan yang kita sering dengar diucapkan oleh kaum Cina terutamanya di Malaysia Selain itu sebenarnya banyak lagi contoh ucapan yang boleh digunakan kami kongsiakn disini Tahun Baru Cina an...
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Naga

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Naga

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 349 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan kehormatan kejayaan dan keberuntungan ternyata memberi tuah kepada golongan peniaga barang kelengkapan dan makanan untuk peray...
Sejarah Tahun Baru China Dalam Islam Komen Atas T Presiden Pas Maaf

Sejarah Tahun Baru China Dalam Islam Komen Atas T Presiden Pas Maaf

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 358 hits
Corettan Kisah Timbalan Presiden PAS Salman Al Farisi merupakan Gabenor Kufah di zaman Saidina Umar al Khattab Di hari hari akhir hidupnya beliau menangis Tangisannya yang sangat kuat menyebabkan para Sahabatnya bertanya kepada beliau kenap...
Aktiviti Penolakan Cadangan Untuk Mengiktiraf Kampung Baru Cina Sebagai Warisan Unesco Ppim 08 02 2024

Aktiviti Penolakan Cadangan Untuk Mengiktiraf Kampung Baru Cina Sebagai Warisan Unesco Ppim 08 02 2024

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 300 hits
8 Februari 2024 Khamis Satu Sidang Media Tergempar telah diadakan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi membincangkan tentang penolakan cadangan untuk mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai warisan UNESCO
Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Durian Durian Durian Imam

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Vitamin E Rahsia Kulit Cantik Dan Sihat

Siri Pembongaran Dan Propaganda Sejarah Perebutan Takhta Perak 1871 1874 Satu Penilaian Semula

Ulasan Jurnal Mazhab Syafie Wadah Penyatuan Ummah Di Malaysia

Majlis Purnama Jasa Nian Merindu

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur