Maksud Naafi Yang Jarang Anggota Tentera Tahu Maksud Sebenar


 Dalam tradisi tentera, ada satu perkataan yang sering disebut iaitu ‘NAAFI break’ (sebutan ‘naefi’). NAAFI break adalah merujuk kepada makan selepas sarapan pagi atau sebelum makan tengah hari. Dalam bahasa Malaysia baku disebut kudapan iaitu makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari.
Selain NAAFI break, perkataan NAAFI juga digunakan sebagai satu jenama atau nama kedai serbaneka yang terdapat di kawasan kem atau pangkalan tentera.
Apa maksud ‘NAAFI’? NAAFI adalah singkatan kepada perkataan Navy, Army, and Air Force Institutes.
NAAFI sebenarnya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan British pada 9 Disember 1920 untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang diperlukan oleh anggota dan keluarga Angkatan Tentera British. 
Aktiviti tersebut meliputi penyediaan perkhidmatan  kelab, bar, kedai, pasar raya, dobi, restoran, kafe dan kemudahan lain di kebanyakan pangkalan tentera British dan juga kantin di atas kapal Tentera Laut Diraja.
Pada peringkat awal penubuhan, pegawai tentera ‘ditegah’ menggunakan perkhidmatan NAAFI kerana kemudahan yang disediakan adalah lebih bersifat memenuhi keperluan anggota lain-lain pangkat (LLP), sedangkan pegawai telah mempunyai kemudahan ‘wisma’ dan keistimewaan lain.
Kakitangan NAAFI yang berkhidmat di atas kapal adalah sebahagian daripada Perkhidmatan Kantin Tentera Laut (NCS), memakai pakaian seragam tentera laut, tetapi kekal sebagai orang awam biasa.
Kakitangan NAAFI juga boleh menyertai Institut Pasukan Ekspedisi (EFI), yang menyediakan kemudahan NAAFI di zon perang. Anggota EFI adalah anggota Simpanan Tentera Darat dan memakai pakaian seragam tentera. Kakitangan NCS juga boleh menjadi sukarelawan untuk menyertai Tentera Laut Diraja apabila ia meneruskan perkhidmatan giat.
Sumbangan terbesar NAAFI adalah semasa Perang Dunia Kedua. Pada April 1944 NAAFI mengurus 7,000 buah kantin dan mempunyai 96,000 kakitangan. Ia satu pertambahan ketara berbanding kurang 600 buah kantin dan 4,000 kakitangan pada tahun 1939.
Disebabkan anggota tentera selalu makan kudapan di kantin NAAFI, maka ia dipanggil NAAFI break. Anggota tentera bujang atau yang tinggal di berek biasanya akan bersarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di rumah masak yang dikendalikan oleh anggota tentera sendiri.
Maka, istilah tersebut terus digunakan di kalangan tentera sehingga sekarang, terutama di kalangan pegawai dan pegawai tidak tauliah kanan (PTTK) yang makan kudapan di Wisma Perwira (untuk pegawai) dan Wisma Bintara (untuk PTTK) atau tempat-tempat yang ditetapkan. NAAFI break dianggap 'wajib' kepada setiap pegawai dan PTTK pada waktu kerja. 
Di Malaysia, NAAFI beroperasi berikutan ada tentera British berkhidmat sepanjang penjajahan di sini. Malah ia terus beroperasi menggunakan identiti tersebut sehingga sebelum 7 Julai 1983. Pada 7 Julai 1983, nama NAAFI di Malaysia telah ditukar kepada PERNAMA.
Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) telah ditubuhkan pada 7 Julai 1983 menurut Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1983, P.U. (A) 278 bagi mengambil alih sepenuhnya operasi perniagaan runcit NAAFI (Navy, Army and Air Force Institute).
Ianya merupakan sebuah perbadanan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah peruntukan Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 untuk menjalankan aktiviti perniagaan peruncitan, pengedaran, pemborongan, import-eksport, sewa-beli barangan dan juga penyediaan khidmat pengurusan.
Pada awal penjenamaan NAAFI kepada PERNAMA, ia cukup terkenal kerana menyediakan baragan pada harga yang murah kerana barangan yang dijual tidak dikenakan cukai. Barangan peralatan elektrik, coklat, minuman dalam tin dan barangan import memang dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding harga di luar.
Namun, sekarang ini PERNAMA dianggap tidak ubah seperti kedai atau pasar lain dari segi tawaran harga, kecuali barang-barang tertentu yang dianggap masih murah berbanding harga di tempat lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2022/10/grb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggota Tentera Ditahan Disyaki Jadi Lanun Di Sabah

Anggota Tentera Ditahan Disyaki Jadi Lanun Di Sabah

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 207 hits
Malaysiakini Kementerian Dalam Negeri mengesahkan terdapat dua kes rompakan bersenjata di pantai timur Sabah pada Ogos lalu Dalam jawapan bertulis kepada Mohd Shafie Apdal Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin kedua dua kejadian itu membabi...
Veteran Tentera Siap

Veteran Tentera Siap

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 186 hits
SIAP VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SIAP UNTUKPRU 15TIADA SIAPA YANG DAPAT MEMBELA KAMU MELAINKAN KAMU SENDIRI
One Cent Thief Jenayah Siber Pertama Di Malaysia Dari Peristiwa Sebenar Tahun 1990

One Cent Thief Jenayah Siber Pertama Di Malaysia Dari Peristiwa Sebenar Tahun 1990

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 382 hits
ONE CENT THIEF JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990 Assalammualaikum semua Baru baru ini telah diadakan pratonton drama bersiri baharu terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Independent Pictures Sdn Bhd Di saat menon...
Kubur Tentera British Pasir Tambang Kuala Tembeling Jerantut

Kubur Tentera British Pasir Tambang Kuala Tembeling Jerantut

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 408 hits
Kubur tentera British kolonial British di Kampung Pasir Tambang Kuala Tembeling Jerantut Kisah yang terkait disini tercetusnya peristiwa serangan oleh Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau ke atas kubu British di Pasir Tambang Kuala Tembeling Sa...
Pengurus Dedah Hal Sebenar Noh Salleh Meludah Sebab Kena Renjatan Elektrik

Pengurus Dedah Hal Sebenar Noh Salleh Meludah Sebab Kena Renjatan Elektrik

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 236 hits
Sejak semalam tular di media sosial apabila penyanyi terkenal Noh Salleh dikatakan meludah ke arah penonton ketika menjayakan konsert Housboom Music 2022 https t co JD9C5KMzUp pic twitter com sm0ICJObx3 manis October 2 2022 Vo
Permohonan Maktab Tentera Diraja 2023

Permohonan Maktab Tentera Diraja 2023

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 574 hits
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS MAKTAB TENTERA DIRAJA Tingkatan 4 bagi Tahun 2023 Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja Malaysia bagi tahun 2023 kini dibuka mulai 30 September hingga 30 November 2022...
Rafizi Larang Ahli Politik Dari Terlibat Perolehan Aset Tentera

Rafizi Larang Ahli Politik Dari Terlibat Perolehan Aset Tentera

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 185 hits
Reshna Reem GanesanPETALING JAYA Perolehan aset ketenteraan sebelum ini perlu disiasat dengan teliti dan ahli politik dilarang daripada terlibat dalam proses perolehan ini kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Katanya Malaysia punya poten...
Saya Akan Kembali Agensi Sahkan Ravi Vixx Bakal Mula Perkhidmatan Tentera Hujung Bulan Ini

Saya Akan Kembali Agensi Sahkan Ravi Vixx Bakal Mula Perkhidmatan Tentera Hujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 156 hits
Ravi VIXX kini dikhabarkan bakal melangsungkan perkhidmatan ketenteraannya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru agensi Ravi GROOVL1N mengesahkan bahawa Ravi akan melangsungkan khidmat ketenteraannya sebagai pekerja perkhidmatan awam pada 27 Oktober in...
Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat

Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 191 hits
Dari Rafizi Ramli 4 Oktober 2022 PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir reda proses ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator