Maksud Cara Atasi Masalah Adsense Publisher Policy Violation Report
Maksud & Cara Atasi Masalah AdSense Publisher Policy Violation Report | Secara tiba-tiba dapat email dari Adsense dengan tajuk Your AdSense Publisher Policy Violation Report. Ah sudah! Apa kes pula ni? Dah la baru berjaya dapat akaun Adsense, datang pula email yang macam gini. Takpe, relaks.. tarik nafas... lepas... tarik nafas... lepas... tarik... (eh berapa banyak mau tarik nafas daa....) okay, lepas dah boleh kembali ke mental fokus, maka daku pun mulakan misi mencari cara untuk mengatasi peringatan dari Google Adsense atas adanya Policy Violation ni.
Cara mengatasi masalah Adsense Publisher Policy Violation Report memang patut di cari segera. Yelah, Sekarang membuat akun Adsense itu susah tau! Macam biasa, mula-mula kena cari info dulu untuk faham isi email yang dihantar. Bukan sebab tak paham bahasa Inggeris tapi untuk nak faham apakah situasi sebenar yang sedang berlaku.
Maka selepas puas ke sana ke sini dengan bantuan Mr.Google, daku pun berjayalah dapatkan info sedikit demi sedikit. Selepas gabungkan semuanya mulalah otak fikiran daku faham apa yang sedang berlaku dan apa yang perlu dilakukan. Alhamdulillah, lega sikit hati ni.
Berdasarkan info yang ku perolehi, AdSense Publisher Policy Violation ni sebenarnya adalah situasi di mana pihak Adsense telah menemui kandungan yang mencurigakan di dalam blog kita. Ia boleh meliputi banyak topik dan topik2 ini adalah bercanggah dengan syarat dan polisi Adsense itu sendiri.
Adsense Beri 2 Pilihan Cara Untuk Menyelesaikannya
Terdapat 2 (DUA) pilihan yang di beri oleh Adsense bagi menyelesaikan masalah ini. Cara yang pertama dan ke dua ada pro and contra dan atas kita sendiri untuk membuat pilihan. Dua pilihan tersebut ialah :
Pilihan 1Pulihkan siaran iklan dengan memastikan halaman anda mematuhi dasar dan meminta semakanBetulkan apa-apa pelanggaranSimpan kod iklanMinta semakanSemakan biasanya mengambil masa 1 minggu tetapi kadangkala boleh mengambil masa yang lebih lama.
Pilihan 2Hentikan permintaan siaran iklanIklan automatik: Buat kumpulan URL baharu, pilih atau tambahkan halaman yang anda mahu hentikan siaran iklan dan tinggalkan semua format iklan yang tidak dipilih. Halaman tersebut akan hilang daripada Pusat dasar dalam masa 7-10 hari. Jangan minta semakan.Unit iklan: Alih keluar semua kod iklan Google daripada halaman ini dan tunggu. Halaman tersebut akan hilang daripada Pusat dasar dalam masa 7-10 hari. Jangan minta semakan
Langkah Yang Kulakukan Untuk Kembali Seperti Biasa
Seteleh meneliti dan membuat perbandingan, daku memilih cara #1. Ini kerana dengan cara tersebut sekurang-kurangnya daku masih ada peluang untuk terus mendapatkan iklan dari Google Adsense secara menyeluruh. Sedangkan jika daku gunakan cara #2 maka iklan yang akan di beri tidaklah sekencang sekarang kerana masalah ini ada kaitan dengan syarat utama pengiklanan yang sama sekali tidak boleh ada unsur kandungan yang tidak baik dan sebagainya.
Setelah membuat keputusan untuk ikut cara #1, maka daku pun mula edit kembali bahagian di dalam artikel tersebut. Sebagai contoh, daku tukar perkataan yang tidak sesuai dengan perkataan yang lain dan daku juga turut tukar gambar yang lebih okay.
Kemudian klik REVIEW sebagai tanda permintaan untuk team Adsense lihat semua akan segala isi artikel terbabit.
Lepas 24 jam.... dapatlah email yang macam gini.... yeah.... confirm artikel tu tak ke arah yang bukan-bukan dan tidak melanggar syarat polisi si Adsense... fuh lega. Memang teliti betul Adsense ni.. Ini daku tulis dengan tujuan berkaitan rumahtangga dan agama jer, bukan tulis dengan niat yang memang ke arah itu. Kalau ya, alamatnya awal-awal lagi Adsense akan tarik balik semuanya dan akaun sama sekali tidak boleh digunakan lagi
Kalian juga baru dapat peringatan dari Google Adsense yang berkaitan dengan Policy Violation ini? Jangan dibiarkan dan segera atasinya. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info apakah yang patut dilakukan dan masalah kalian akan segera dapat di atasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sishawa.com/2019/08/Atasi-Masalah-AdSense-Publisher-Policy-Violation-Report.html