Maksud Audience Retention Dan Apa Kesannya Terhadap Jumlah Views Di Youtube


Maksud "Audience Retention" Dan Apa Kesannya Terhadap Jumlah Views Di Youtube ? |
Salam semua, disebabkan sekarang ini ramai dah mula berjinak - jinak untuk menjadi youtuber, sis pasti untuk permulaan ini bagi youtuber baru memang agak mencabar. Iya lah bermula dari kosong ilmu pun baru nak belajar sikit - sikit. Nak jadi ke hero banyak cabaran ke depan menanti.

Walaupun sis pun baru 3 tahun, masih lagi belajar dan terus belajar. Dulu sempat merasa Creator Studio Classic sekarang dah bertukar kepada Youtube Studio. Dashboard youtube pun dah bertukar.


Untuk dashboard baru Youtube Studio sekarang lebih nampak jelas, lebih mesra untuk klik sana sini. Cuma kat sini banyak lagi istilah yang sis masih tak berapa faham tapi dalam masa yang sama belajar juga. Tak semua nak kena faham sekaligus kan.

Di Youtube Studio bukan saja tempat untuk upload video, malah ia juga adalah salah satu tempat untuk mengukur sejauh mana tahap "kesempurnaan" video yang kita dah upload.

Di Youtube Studio, tempat untuk kita melihat analisis ke semua video kita ada di sini.

Disebabkan ramai yang buka topik tentang "Audience Retention". Jadi, sis nak kongsi serba sedikit apa yang sis faham. Mula - mula tu tengok saja graf kat "Audience Retention" tapi tak tahu apa maksud kat sini.

Baca juga : 5 Rahsia Cara Youtubers Naikkan Views Dengan Headline

Apa Maksud "Audience Retention" ? 

Bagi youtuber baru, istilah "Audience Retention" sudah semestinya agak janggal. Setiap kali lepas upload video pernah tak tertanya - tanya apa benda "audience retention". Sekali tengok graf ada menaik, menurun, meruncing dan macam - macam lah kan. Ada tak ?

"Audience retention" kalau ikutkan bahasa mudah, ia adalah metrik untuk melihat peratusan jumlah penonton yang melihat dan meninggalkan video kita.

"Audience retention" adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan video yang lebih berkualiti. Kat situ lah kita nak buat analisis.

Dalam bahasa inggerisnya berbunyi begini :

Audience retention is the average amount of time that your viewer spends watching your video Kalian boleh tonton video di bawah ya :

Apa Kesannya Terhadap Jumlah Views Di Youtube ? 

Audience retention sebenarnya ia boleh meningkatkan jumlah views tapi di atas beberapa faktor. Sekiranya video kita menarik dan membuatkan penonton menonton dengan lebih lama atau sampai habis. Jumlah views di video tersebut akan meningkat.

Sebagai contoh,katakan video yang kita upload adalah dalam 5 minit. Dan penonton telah menonton video tersebut dalam 2 minit 30 saat.

Ini bermakna video kita akan berpeluang untuk dapatkan 50 % audience retention.

Lagi tinggi peratusan audience retention, lagi tinggi peluang untuk video kita di promosikan oleh Youtube. Ini bermakna video kita adalah menarik dan penonton suka sebab itulah audience retention tinggi.

Bila dah tinggi peratusan audience retention secara konsisten, pihak youtube akan bantu nak promosikan video kita untuk sentiasa dilihat sebagai "suggested video" dan juga di "Search".

Best kan bila pihak Youtube sendiri yang akan mempromosikan video kita masuk dalam "suggested video".Orang sentiasa nampak.  Dalam masa yang sama ia akan menaikkan jumlah views dalam video tersebut.

Tapi, apa yang sis perhati bukan untuk selama - lamanya ya. Sekiranya peratusan audience retention menurun, orang dah tak berminat dengan video kita, video dah tak masuk dalam "suggested video".

Baca juga : Cara Block Iklan Yang Tak Sesuai Di Youtube

Langkah - Langkah Mudah Untuk Mengukur Prestasi Audience Retention 



Kali ini, sis nak tunjuk prestasi audience retention untuk salah satu video di channel sis. Ada satu hari, sis terkejut sebab tiba - tiba video tersebut naik walaupun dah lama upload sebenarnya.

Tanggapan pertama sis, mungkin faktor tiba- tiba video ini naik balik ada beberapa faktor. Antaranya

1. Kemungkinan orang tengah cari dan mereka search di youtube sebab mereka berminat
2. Thumbnail ( Gambar depan intro video kita )
3. Dari segi tags, description, meta dan sebagainya

Itu di antara penyebab kenapa video kita yang dah lama upload naik balik. Sebab itu sis cakap ke semua  perlu diisi dan jangan tinggal kosong. Kita tak tahu bila video tersebut tiba - tiba akan meletup.

Langkah mudah untuk melihat audience retention ini, adalah seperti berikut :

1. Buka Youtube Studio dan di menu sebelah kiri dan klik Videos
2. Klik Analytics di menu sebelah kiri
3. Masuk ke tab Engagement
4. Nampak Audience retention seperti gambar di bawah


Untuk melihat berapa peratusan audience retention, kalian boleh lihat pada graf, cuba alihkan cursor dari permulaan sampai akhir.

Kalau tengok di graf untuk salah satu video ini, audience retention pada 2:40 adalah dalam 55 %. Itu bermakna penonton masih lagi setia menonton. Dan Youtube melihat prestasi di audience retention  untuk membantu mempromosikan video kita masuk dalam suggested video.

Bila sis semak dari mana sumber sampai view makin naik, rupanya sumber tersebut dari suggested video. Jadi, sis dah faham Youtube dah bantu promosikan video ini. Lihat gambar di bawah.


Ranking Di Youtube Search 
Bukan senang bila nak masuk suggested video, mungkin rezeki sebab orang tengah search cari kan. Itu yang meletup naik sekejap.Tapi tak lama pun bila tengok hari berikutnya pun, Youtube search pula naik ranking.

Boleh lihat kedua - dua gambar di bawah, sis taip perkataan bingka roti dan juga resepi bingka roti. Terus ada video sis dalam tempat pertama dan kedua ranking dalam youtube search.



Di Youtube Studio apa yang sis suka, bila mana- mana video yang kita upload naik tiba- tiba, mereka dah siap - siap bagi notis untuk kita yang ada salah satu video kita meletup dan orang suka tengok.

5 Jenis Graf Untuk Mengukur Prestasi Audience Retention 

Sebenarnya, pola graf yang ditunjukkan dalam audience retention menentukan tahap kualiti video tersebut. Yang mana bahagian yang menurun meruncing balik, itu ke semuanya ada penjelasan daripada jenis graf audience retention.

Ini penjelasan daripada Youtube Help adalah seperti di bawah :

1.
Sekiranya graf menunjukkan garis lurus, ini bermakna orang yang menonton video dari mula sampai habis.
2.
Garis yang menurun menunjukkan penonton sudak tidak tertarik dengan video.

3
Sekiranya ada lonjakan seperti yang ditunjukkan di gambar di atas, ini bermakna penonton berulang kali menonton di bahagian tersebut.
4.
Jika ada 2 titik seperti graf di atas, ini bermakna penonton terus "skip" video di bahagian tersebut.
5.
Penurunan secara tiba - tiba atau drastik menunjukkan penonton sudah tidak berminat dengan video di bahagian tersebut.

Baca juga : Cara Naikkan Jumlah View Youtube Dengan Mudah
Diharapkan dengan penjelasan 5 jenis pola graf di atas dapat membantu kalian memahami prestasi audience retention untuk video masing - masing. Selain daripada itu, dari semasa ke semasa kena memperbaik kualiti video kita untuk kepuasan orang yang menonton video kita.

Bila video kita dah masuk "suggested video", dalam masa yang sama ia dapat menarik untuk penonton akan subscribe channel kita.

Bukan sahaja dapat naikkan jumlah views malah dapat menambahkan subscribers kalian. Jadi ini salah satu untuk cara nak dapatkan subscriber youtube.

Ebook Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline 
Bagi kalian yang masih lagi mencari ilmu tentang dunia youtube ini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook yang satu ini. Walaupun youtube adalah salah satu cabang buat duit online, ia sangat berbaloi bagi youtuber baru yang masih lagi dahagakan ilmu. 
Untuk youtuber yang dah lama pun ok juga nak dapatkan satu. Youtuber lama maksud sis dah banyak upload video tapi views tak naik - naik. Ke semua ilmu nak guna pakai walaupun guna main youtube dan bukan main hentam upload video saja. Betul tak ? 
Rahsianya semua ada di dalam ebook ini. 
Kalian boleh dapatkan di sini ya. Klik link di bawah 
https://bukulali.onpay.my/order/form/RHYS/1663https://bukulali.onpay.my/order/form/RHYS/1663https://bukulali.onpay.my/order/form/RHYS/1663

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/07/youtube-SEO-tips-maksud-audience-retention.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Kontroversi Buli Mina Saluran Youtube Milik Jimin Terima Jumlah Unsubscribe Tertinggi Di Korea

Selepas Kontroversi Buli Mina Saluran Youtube Milik Jimin Terima Jumlah Unsubscribe Tertinggi Di Korea

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 438 hits
Sudah hampir seminggu bekas ahli AOA iaitu Mi na membuat pengakuan bahawa ketua kumpulan itu telah membulinya selama 10 tahun sehingga dia sanggup mencuba untuk membunuh dirinya sendiri Pendedahan mengejutkan itu kemudiannya berakhir dengan...
Stfc Tambah Empat Kes Import Covid 19 Jumlah Semua 2 070

Stfc Tambah Empat Kes Import Covid 19 Jumlah Semua 2 070

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 552 hits
SHAH ALAM 9 JULAI Jumlah kes Covid 19 di Selangor meningkat selepas pertambahan empat kes import hari ini Menurut Pasukan Petugas Covid 19 Selangor keseluruhan kes di negeri ini kini sebanyak 2 070 Kes harian yang tiada jangkitan tempatan m...
Kenapa Jerawat Muncul Secara Tiba Tiba Dalam Jumlah Yang Banyak

Kenapa Jerawat Muncul Secara Tiba Tiba Dalam Jumlah Yang Banyak

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 415 hits
Jerawat merupakan satu masalah yang boleh berlaku kepada sesiapa tidak kira lelaki mahu pun wanita Tetapi kerap kali masalah ini menghantui kaum wanita terutamanya ketika kedatangan haid Kenapa Jerawat Muncul Secara Tiba Tiba Dalam Jumlah Y...
Jumlah Pengunjung Majlis Tidak Lagi Dihadkan Selagi Ada Jarakan Sosial Ismail Sabri

Jumlah Pengunjung Majlis Tidak Lagi Dihadkan Selagi Ada Jarakan Sosial Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 266 hits
UMNO ONLINEDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA Jumlah maksimum peserta atau pengunjung di majlis agama sosial dan rasmi akan diselaras mengikut kapasiti ruang tertakluk kepada jarakan sosial bermula 15 Julai ini kata Menteri Kanan Datu...
Bang Jay Si Predator Anak Sudah Beraksi Sejak 2018 Jumlah Korban Tercatat Hingga 30 Anak Laki Laki

Bang Jay Si Predator Anak Sudah Beraksi Sejak 2018 Jumlah Korban Tercatat Hingga 30 Anak Laki Laki

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 342 hits
Fakta lain terungkap dari pelaku predator anak asal Kalapanuggal Kabupaten Sukabumi Pria berinisial FCR itu melakukan pencabulan serta sodomi sejak 2018 Tersangka FCR atau Bang Jay sudah melakukan tindakan perbuatan cabul ini dari tahun 201...
Di Antara Drama Siri Mini Sedang Bersiaran Backstreet Rookie Di Tempat Pertama Bagi Rating Jumlah Penonton

Di Antara Drama Siri Mini Sedang Bersiaran Backstreet Rookie Di Tempat Pertama Bagi Rating Jumlah Penonton

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 518 hits
Meskipun diselubungi dengan pelbagai kontroversi nampaknya Backstreet Rookie masih mampu menarik jumlah penonton yang ramai lantas meningkatkan kepopularitiannya dalam kalangan peminat K Drama Bahkan drama lakonan Ji Chang wook dan Kim Yoo ...
Steve Wozniak Menyaman Youtube Kerana Isu Penipuan Iklan Bitcoin

Steve Wozniak Menyaman Youtube Kerana Isu Penipuan Iklan Bitcoin

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 248 hits
Steve Wozniak adalah pengasas bersama dengan Steve Jobs untuk Apple Tanpa Wozniak Apple tidak akan berjaya seperti hari ini Sehingga hari ini Wozniak dikatakan masih menerima gaji mingguan dari Apple dan beliau juga turut memegang sebahagia...
Pengguna Bebas Buat Video Amp Masuk Dalam Youtube Amp Tik Tok Datuk Saifuddin

Pengguna Bebas Buat Video Amp Masuk Dalam Youtube Amp Tik Tok Datuk Saifuddin

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 334 hits
Kalau tadi pihak FINAS sudah memberi penjelasan mengenai permohonan lesen untuk pengguna media sosial YouTube dan TikTok untuk melakukan video kali ini pihak kerajaan juga telah memberikan jaminan untuk mengekalkan prinsip media dan hak keb...
Lirik Lagu Exo Sc Feat Moon 1 Billion Views

Lirik Lagu Exo Sc Feat Moon 1 Billion Views

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 275 hits
EXO SC Feat Moon 1 Billion Views Lyrics Genre Rap Hip hop Release Date 2020 07 13 Language Korean EXO SC 1 Billion Views Romanization neon eoneu byeoreseo wassgillae nal heundeureo nwa jakku soreum dotge hago nae mameul heongkeureo noha neo...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya