Maklumat Calon Keadilan Kemuka Tokoh Pelbagai Bidang Dan Latar Belakang Sebagai Calon Calon Baru




 
26 Oktober 2022

KEADILAN KEMUKA TOKOH PELBAGAI BIDANG DAN LATAR BELAKANG SEBAGAI CALON-CALON BARU

KEADILAN memandang tinggi harapan dan kehendak rakyat supaya parti-parti politik menampilkan gabungan calon-calon dari pelbagai latar belakang yang berwibawa.

Cabaran menguruskan negara (sebahagian besarnya akibat dari masalah-masalah yang diwariskan oleh UMNO/BN) yang semakin rumit memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang, agar ahli parlimen dan jemaah menteri berupaya memegang amanah dengan kompeten.

KEADILAN sedar bahawa pengundi-pengundi tidak lagi menilai parti semata-mata tetapi menitikberatkan juga keterampilan calon dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.

Kami mengalu-alukan dan berterima kasih atas sambutan orang ramai yang tampil menawarkan diri untuk bertanding bersama-sama KEADILAN kali ini.

Saya berbesar hati memperkenalkan enam orang tokoh dari pelbagai latar belakang dan bidang yang telah tampil menyahut cabaran KEADILAN untuk menawarkan khidmat kepada rakyat dalam PRU15 ini.

DATO’ ZAINAL AZMAN ABU SEMAN

Dato’ Zainal Azman Abu Seman adalah mantan pegawai kanan perkhidmatan awam.

Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang adalah Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Agrotani dan Setiausaha (SUK) Kerajaan Negeri Perak.

Beliau adalah lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ijazah lanjutan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dalam pelbagai agensi kerajaan, selain dari menghadiri pelbagai kursus profesional di University of Columbia, National University of Singapore (NUS) dan pelbagai universiti antarabangsa yang lain.

Beliau akan bertanding di Perak.

DATUK DR HASSAN BASRI AWANG MAT DAHAN

Bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Latar belakang pendidikan dalam Bahasa Arab dan berkelulusan Sarjana Muda (kepujian) Universiti Kuwait (1987); Sarjana (Kesusasteraan) Universiti St Andrews, Scotland (1992); dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Edinburgh, Scotland (2000).

Datuk Dr Hassan mempunyai sejarah yang panjang dalam dunia akademik termasuk sebagai pensyarah di Universiti Malaya (1987-2011) sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia, Cairo University Mesir (2007-2001).

Beliau juga berkhidmat sebagai profesor di Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim seterusnya dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Jawatan terakhir ialah sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Beliau akan bertanding di Pahang.

DR. NORAISHAH MYDIN BINTI HAJI ABDUL AZIZ

Pensyarah Kanan di Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya merupakan seorang tokoh profesional berkelainan upaya yang menjadi aktivis pesakit-pesakit spina bifida.

Beliau yang menghidap spina bifida sejak kecil mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dari UKM. Selepas lulus Sarjana dalam bidang genetik, Dr Noraisah melanjutkan pelajaran di University of London di peringkat Doktor Falsafah dalm bidang biokteknologi perubatan (pengkhususan developmental neurobiology).

Kehadiran beliau di pentas politik pilihanraya menjadi lambang iltizam KEADILAN untuk mengangkat sumbangan golongan kelainan upaya dalam masyarakat.

Beliau akan bertanding di Wilayah Persekutuan.

USTAZ NIK OMAR NIK ABDUL AZIZ

Ustaz Nik Omar adalah nama yang tidak asing lagi di pentas ilmuwan agama nasional.

Beliau merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan yang juga bekas Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Beliau juga merupakan bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Ustaz Nik Omar adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang usuluddin hadith. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan di peringkat sarjana di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang syariah. Beliau kini adalah calon doktor falsafah di Universiti Pattani, Thailand.

Beliau akan bertanding di Perak.

SAIPOLYAZAN YUSOP

Saipolyazan Yusop adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor. Beliau kini adalah pengurusan kanan UEM Edgenta Berhad sebagai Country Head (Saudi).

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang korporat selama 30 tahun, termasuk sebagai Head of Aset and Facilities Management (Bin Laden Group/Alborj Internasional), Head of Planning and Development (Celcom Axiata Berhad) dan pernah bertugas di PETRONAS.

Beliau mempunyai ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrikal dan elektronik dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau akan bertanding di Selangor.

JUFITRI JOHA

Jufitri Joha adalah bekas presiden Majlis Belia Malaysia.

Beliau yang berkelulusan ijazah sarjana dari University of Durham, UK aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan sejak dua dekad yang lepas. Selain penglibatan di dalam Majlis Belia Malaysia, beliau juga merupakan mantan Naib Presiden ABIM dan ahli lembaga Commonwealth Alliance of Youth Work Association (CAYWA).

Beliau juga adalah perunding pendidikan.

Jufitri akan bertanding di Negeri Sembilan.

FATHIN AMELINA FAZLIE

Fathin yang berusia 28 tahun adalah salah seorang calon muda dari kalangan siswa yang diketengahkan dalam PRU15.

Beliau kini adalah calon doktor falsafah di Universiti Malaya. Bidang kajian beliau adalah rangka pentadbiran berkenaan isu-isu pendatang tanpa izin di Sabah.

Fathin mendapat ijazah ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana ekonomi di Universiti Malaya.

Fathin akan bertanding di Perlis.

ANWAR IBRAHIM

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/maklumat-calon-keadilan-kemuka-tokoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Bersatu Latar Belakang Majlis Pimpinan Tertinggi Pengumuman Rasmi Calon Pru15

Parti Bersatu Latar Belakang Majlis Pimpinan Tertinggi Pengumuman Rasmi Calon Pru15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 221 hits
Sempena Pilihan Raya Umum ke 15 Parti BERSATU juga akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding Ikuti perkongsian kami untuk ketahui maklumat terkini serta informasi mengenai Parti BERSATU Latar Belakang Parti Pribumi Bersatu Malaysi...
Rina Harun Diumum Sebagai Calon Pn Di Parlimen Sepang

Rina Harun Diumum Sebagai Calon Pn Di Parlimen Sepang

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 139 hits
SEPANG 8211 Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun diumumkan secara rasmi sebagai calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Sepang Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sadiman Bukit Changgang...
Keadilan Umum 16 Calon Parlimen Di Sarawak

Keadilan Umum 16 Calon Parlimen Di Sarawak

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 206 hits
KEADILAN petang semalam mengumumkan 16 calon yang akan bertanding di kerusi kerusi Parlimen Sarawak Calon calon yang diumumkan kebanyakan daripada barisan pimpinan utama KEADILAN Sarawak dan yang pernah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ...
Hasni Tidak Tolak Namanya Dalam Pertimbangan Sebagai Calon Luar

Hasni Tidak Tolak Namanya Dalam Pertimbangan Sebagai Calon Luar

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 94 hits
PENGERUSI Barisan Nasional Johor Hasni Mohammad tidak menolak kemungkinan namanya berada dalam pertimbangan pucuk pimpinan parti untuk bertanding di luar kawasan keahliannya pada Pilihan Raya Umum ke 15 Tanpa mendedahkan kerusi Parli
Adakah Kemuka Calon Berpelajaran Tinggi Atau Profesional Memberi Kelebihan Pengundi Nak Pakar Pandai Cari Peruntukan

Adakah Kemuka Calon Berpelajaran Tinggi Atau Profesional Memberi Kelebihan Pengundi Nak Pakar Pandai Cari Peruntukan

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 137 hits
Meletak calon yang berpelajaran tinggi atau profesional bagi kerusi yang akan dipertandingan dalam pilihan raya sudah tentu menjadi pilhan utama parti Namun adakah mengemukakan calon seperti ini memberi kelebihan kepada parti atau yang lebi...
Pru 15 Di Gugurkan Sebagai Calon Bn Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain

Pru 15 Di Gugurkan Sebagai Calon Bn Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 208 hits
MARAN Selepas dikatakan tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional di Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang dilihat sebagai calon boleh menang kini dirisik oleh parti pembangkang Difahamkan sebuah parti Melayu telah menawarkan Isma...
Pn Tak Letak Individu Ada Kes Mahkamah Sebagai Calon

Pn Tak Letak Individu Ada Kes Mahkamah Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 184 hits
agendaily com26 10 2022Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin Perikatan Nasional tidak akan meletakkan individu yang sedang berdepan kes mahkamah sebagai calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 pada 19 Novem...
Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Menghapuskan Latar Belakang Gambar

Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Menghapuskan Latar Belakang Gambar

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 202 hits
Melakukan suntingan pada gambar foto untuk memadam paparan latar belakang sememangnya agak menjengkelkan tambahan lagi hasil ketepatannya agak rendah Brerikut kami kongsikan cara pantas dan mudah untuk anda menyunting gambar latar belakang ...
Hasni Abas Calon Keadilan Parlimen Sembrong

Hasni Abas Calon Keadilan Parlimen Sembrong

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 167 hits
KEADILAN mengumumkan mantan pegawai kanan Dewan Bahawa dan Pustaka Hasni Abas sebagai calon bagi kerusi parlimen Sembrong Johor Menurut Pengarah Pilihanraya KEADILAN Rafizi Ramli Hasni dianggap calon terbaik untuk kerusi berkenaan kerana pe...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A

Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah