Pn Tak Letak Individu Ada Kes Mahkamah Sebagai Calon


agendaily.com26/10/2022
Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Perikatan Nasional (PN) tidak akan meletakkan individu yang sedang berdepan kes mahkamah sebagai calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November depan.

Selain keperluan memastikan integriti calonnya bersih, PN tidak mahu sekiranya calon yang mempunyai kes mahkamah terpaksa melepaskan kerusi dimenangi sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, sekali gus menyebabkan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata semua calon PN perlu melepasi saringan ditetapkan antaranya melibatkan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Insolvensi dan beberapa agensi lain.

Katanya proses tapisan calon PN dibuat secara menyeluruh bagi memastikan hanya mereka yang tidak boleh dipertikaikan integriti akan diletakkan pada PRU-15.

Tanpa merujuk kepada apa yang dipanggil “kluster mahkamah” dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN), beliau memberi contoh, mereka yang menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah tidak akan dianggap sebagai calon PN.

“Kita bukan sahaja akan menyemak sama ada calon terlibat dalam kes mahkamah atau aktiviti jenayah, tetapi kita juga akan menyemak latar belakang mereka dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan agensi lain seumpamanya bagi memastikan calon kita benar-benar ‘bersih’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan di Simposium Sains Forensik Kebangsaan bagi Penguatkuasaan Undang-undang yang ketiga di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras, hari ini (26 Oktober 2022).

Hamzah berkata PN bukan sahaja akan menyemak sama ada calon terlibat dalam kes mahkamah atau aktiviti jenayah, tetapi juga akan menyemak latar belakang mereka dengan LHDN dan agensi lain bagi memastikanmereka benar-benar bersih.

“Sebab itu kita nak benar-benar calon kita bersih. Kita dah ambil nama untuk dikemukakan kepada agensi untuk periksa latar belakang.

“Ia bermula dengan menjadi calon sehingga mereka dipilih oleh rakyat. Tetapi calon mestilah seorang yang ‘bersih’ dan bertanggungjawab terhadap rakyat, dan bukannya individu dan kumpulan tertentu.,” katanya lagi.

“Kluster mahkamah” ialah istilah yang sering dirujuk kepada ahli politik UMNO yang sedang dan telah menghadapi pertuduhan di mahkamah, termasuk presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hamzah juga berkata pengundi akan memutuskan sendiri sama ada proses tapisan UMNO adalah benar atau “drama yang mereka tonton di televisyen”.

PN juga akan memerhati parti-parti lain untuk melihat sama ada mereka akan mengikut serta dalam menentukan calon mereka melalui tapisan menyeluruh sebelum bertanding


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pn-tak-letak-individu-ada-kes-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Umum 169 Calon Tiada Seorang Pun Ada Kes Mahkamah Runding Macam Abang Adik

Pn Umum 169 Calon Tiada Seorang Pun Ada Kes Mahkamah Runding Macam Abang Adik

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 302 hits
agendaily com2 11 2022Majlis pengumuman calon Perikatan Nasional Seramai 169 calon kerusi Parlimen dan 116 calon kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditampilkan mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 15 tiada satu pun ada kes m...
Kronologi Kes Dan Syed Saddiq Mohon Maaf Kepada Mahkamah

Kronologi Kes Dan Syed Saddiq Mohon Maaf Kepada Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 237 hits
Berikut adalah kronologi kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 22 Julai 2021 Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan iaitu bersubahat untuk melakukan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan R...
Ustaz Kazim Tidak Jadi Bertanding Tarik Diri Sebagai Calon Bn

Ustaz Kazim Tidak Jadi Bertanding Tarik Diri Sebagai Calon Bn

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 296 hits
Sejak semalam kecoh dengan pengumuman bahawa pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Larut Imej beliau yang mengenakan baju Barisan Nasional mula tersebar di media sosial...
Maklumat Calon Keadilan Kemuka Tokoh Pelbagai Bidang Dan Latar Belakang Sebagai Calon Calon Baru

Maklumat Calon Keadilan Kemuka Tokoh Pelbagai Bidang Dan Latar Belakang Sebagai Calon Calon Baru

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 257 hits
26 Oktober 2022 KEADILAN KEMUKA TOKOH PELBAGAI BIDANG DAN LATAR BELAKANG SEBAGAI CALON CALON BARU KEADILAN memandang tinggi harapan dan kehendak rakyat supaya parti parti politik menampilkan gabungan calon calon dari pelbagai latar belakang...
Kedudukan Musuh Zahid Hamidi Sebagai Calon Belum Terjamin Walau Ada Yang Cuba Cium Tangannya

Kedudukan Musuh Zahid Hamidi Sebagai Calon Belum Terjamin Walau Ada Yang Cuba Cium Tangannya

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 167 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiada unsur balas dendam dalam pemilihan calon bagi PRU15 akan datang ini Katanya pemilihan calon kali ini adalah berdasarkan kriteria terbaik daripada kalangan yang terbaik Dalam hal pemilih...
Hasni Tidak Tolak Namanya Dalam Pertimbangan Sebagai Calon Luar

Hasni Tidak Tolak Namanya Dalam Pertimbangan Sebagai Calon Luar

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 146 hits
PENGERUSI Barisan Nasional Johor Hasni Mohammad tidak menolak kemungkinan namanya berada dalam pertimbangan pucuk pimpinan parti untuk bertanding di luar kawasan keahliannya pada Pilihan Raya Umum ke 15 Tanpa mendedahkan kerusi Parli
Shahidan Bidas Calon Gantinya Di Arau Sebagai Mesin Padi

Shahidan Bidas Calon Gantinya Di Arau Sebagai Mesin Padi

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 292 hits
agendaily com2 11 2022Datuk Seri Shahidan Kassim bidas calon Barisan Nasional yang menggantikannya sebagai calon mesin padi Penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim membidas calon Pilihan Raya Umum Ke 15 yang dipilih untuk...
Alahaiii Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka

Alahaiii Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 211 hits
PETALING JAYA PKR belum memutuskan siapa antara dua calon wanita yang akan bertanding di kerusi Ampang pada pilihan raya umum ke 15 Sumber daripada PKR Ampang berkata kerusi tersebut bakal ditandingi antara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anw...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti