Makanan Yang Baik Untuk Jantung


Penyakit jantung antara penyakit yang ditakuti dan mudah menghinggapi sesiapa saja pada waktu ini. Dengan persekitaran dan menu makanan yang pelbagai ketika ini kita mudah terdedah dengan penyakit jantung. Ini artikel berkenaan cara menjaga jantung.
Sumber artikel ini adalah dari dan telah mendapat keizinan Hello Doktor.
Pada tahun 2004, sekumpulan saintis ada mencadangkan konsep polymeal, iatu satu set makanan untuk jantung yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Apa itu polymeal? Ini penerangannya dan contoh menu diet jantung yang boleh anda amalkan!
Polymeal, makanan untuk jantung yang patut diamalkan
Polymeal adalah satu kaedah diet atau pelan makanan untuk jantung yang bertujuan melawan penyakit jantung.
Ia mula diperkenalkan pada Disember 2004 oleh seorang saintis kesihatan awam, Oscar Franco yang berkhidmat di University Medical Centre, Netherlands.
Oscar dan rakan penyelidiknya telah mencadangkan bahawa polymeal adalah sebagai alternatif semula jadi bagi ‘Polypill’, yang merupakan satu idea penghasilan ubat bagi mengurangkan penyakit jantung.
Kajian berkenaan polymeal ini dilakukan secara analisis meta, iaitu analisis yang menggabungkan hasil-hasil kajian lepas yang telah dilakukan sebelum ini.
Menurut kajian tersebut, jika seseorang individu mengikuti kaedah polymeal, ia akan membantu melambatkan permulaan bagi seseorang itu mendapat penyakit jantung selama 9 tahun bagi lelaki, dan 8 tahun bagi perempuan.
Dengan kata mudah, polymeal adalah gabungan beberapa jenis makanan yang membantu mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit jantung. 
Contoh menu diet jantung yang terkandung dalam senarai polymeal
Terdapat beberapa jenis atau contoh menu diet jantung yang dirumuskan mampu mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
Contoh menu diet jantung tersebut ialah sayur-sayuran, buah-buahan, coklat gelap, badam, bawang putih dan ikan berlemak.
Bagi sayur-sayuran dan buah-buahan, risiko untuk mendapat penyakit jantung akan berkurangan sebanyak 21% jika anda mengambilnya sebanyak 396 gram sehari.
Untuk ikan pula, anda digalakkan untuk mengambil sebanyak 113 gram setiap kali hidangan, sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu.
Ikan yang sesuai untuk dimakan pula adalah jenis ikan berlemak atau berminyak yang mengandungi kandungan omega-3 seperti ikan tenggiri dan ikan salmon.
Jumlah pengambilan ikan ini akan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung sebanyak 14%.
Selain sayur-sayuran dan juga ikan, anda juga digalakkan untuk mengambil badam dalam hidangan anda. Sekitar 71 gram badam disarankan untuk dimakan setiap hari dan ia dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 12.5%.
Untuk dua jenis makanan lagi iaitu coklat gelap dan bawang putih, manfaat yang dinyatakan terhadap kesihatan jantung agak kontroversi.
Berdasarkan kajian, 99 gram coklat gelap yang dimakan setiap hari mampu mengurangkan tekanan darah sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 21%.
Namun, lebih banyak kajian baharu lain perlu dilakukan untuk menyokong kajian terbabit.
Selain itu, manfaat pengambilan bawang putih turut mempunyai sedikit kontroversi. Penulis kajian polymeal ada mencadangkan supaya menambahkan sekitar 3 gram bawang putih segar sehari untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 25%.
Namun kajian berkenaan manfaat ini jauh lebih sedikit berbanding kajian berkenaan manfaat bawang putih terhadap pengurangan kolesterol tubuh.
Adakah wujud sebarang kesan sampingan daripada kaedah polymeal?
Daripada analisis kajian yang telah dijalankan, tidak terdapat sebarang kesan sampingan yang serius dilaporkan pernah berlaku.
Bagi bawang putih, kesannya hanyalah penghasilan bau badan yang mungkin kurang menyenangkan.
Namun, terdapat juga beberapa kesan sampingan pemakanan bawang putih segar seperti kembung perut, alahan dan sakit perut. Akan tetapi kesan yang dilaporkan tersebut masih tidak terbukti. 
Ia baik untuk jantung, tetapi tidak terhad kepada jenis makanan tertentu sahaja
Kaedah polymeal menggalakkan kita untuk makan beberapa bahan makanan tertentu. Disebabkan itu, ada beberapa jenis makanan lain yang mungkin kita terlepas pandang berkenaan manfaatnya terhadap tubuh.
Dalam kaedah polymeal, jenis makanan yang dicadangkan amatlah terhad dan ia tidak menyatakan sebarang sumber makanan lain yang boleh memberikan manfaat yang sama.
Sebagai contoh, kekacang, bijirin penuh dan sumber serat diet yang lain juga membantu merendahkan kolesterol jahat dalam tubuh. Ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 25%.
Selain itu,protein daripada kacang soya juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan anda.
Begitu juga manfaat daripada minyak zaitun dan minyak kanola yang boleh memberikan perlindungan kepada kesihatan jantung anda. 
Bukan hanya polymeal, tetapi juga gaya hidup
Untuk mengekalkan kesihatan terutamanya kesihatan jantung anda, anda tidak boleh bergantung kepada alternatif seperti kaedah polymeal semata-mata. Pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan kesihatan anda.
Anda juga masih perlu untuk melakukan aktiviti fizikal setiap hari seperti bersenam dan bersukan.
Jom bersenam dan berlari bersama saya Cikguzim. Health is wealth. Dapatkan tips larian dari post-post saya sebelum ini. Kalau anda sedang mencari blog tentang senaman dan tips berlari untuk kurus, haa inilah blognya
Selain itu, kekalkan juga gaya hidup yang aktif berbanding hanya duduk selama berjam-jam di rumah atau di tempat kerja. Pastikan juga anda tidak merokok dan tidak mengambil sebarang minuman keras dalam pemakanan anda.
Dengan cara yang lebih komprehensif ini, pastinya risiko anda untuk mendapat penyakit jantung akan menjadi lebih sedikit berbanding hanya bergantung kepada diet pemakanan semata-mata. 
Sumber artikel : Hello Doktor
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/12/makanan-yang-baik-untuk-jantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantang Bersalin Cepat Baik Wah Bahaya Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh

Pantang Bersalin Cepat Baik Wah Bahaya Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 459 hits
Kenapalah banyak sangat pantang lepas ni Boleh naik stress sebab serba serbi tak boleh makan Mesti ramai dari kita yang terfikir perkara di atas semasa menjalani tempoh Dah lah badan sakit tak hilang lagi nak makan sedap sikit pun tak boleh...
Baik Cari Idea Lain La

Baik Cari Idea Lain La

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 220 hits
Yang usaha jatuhkan MB Perak tu Umno Dap juga yg lebai bahan Nampak tak punya la fobia lebai ni dengan Dap Baru padan dengan muka hangpa rakyat dah paham dah pun pulun naik gaji perkhimatan tak semegah mana jatuh ja kerajaan muhyiddin mula ...
Anak Jadi Lembut Hati Tiada Gaduh Suami Isteri Ni Sebaik Baik Doanya

Anak Jadi Lembut Hati Tiada Gaduh Suami Isteri Ni Sebaik Baik Doanya

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 1569 hits
Keluarga bahagia anak anak yang soleh dan solehah dambaan setiap pasangan suami isteri Ini juga kunci kekuatan untuk terus mencapai keharmonian dan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga Walaupun kaya harta tetapi jika hati ko...
Contoh Penulisan Amplop Surat Lamaran Kerja Yang Baik

Contoh Penulisan Amplop Surat Lamaran Kerja Yang Baik

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 395 hits
Contoh Penulisan Amplop Surat Lamaran Kerja yang Baik Sebelum melamar sebuah perusahaan pasti kita sudah membuat surat lamaran pekerjaan iya kan baru kemudian mengirimkannya Untuk mengirimnya biasanya surat lamaran tersebut dimasukkan ke da...
Lebih Baik Ph Kekal Pembangkang Di Perak

Lebih Baik Ph Kekal Pembangkang Di Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 196 hits
Lebih baik PH kekal pembangkang di Perak Oleh December 07 2020IpohmaliKeputusan UMNO bawahan terutama bahagian UMNO Perak yang Zahid ada pengaruhnya menjatuhkan MB Peja mereka telah masuk perangkap Politik sendiri sebenarnya tujuan asal Zah...
Jaga Risteena Dengan Baik Isa Khan Dapat Hadiah Iphone 12

Jaga Risteena Dengan Baik Isa Khan Dapat Hadiah Iphone 12

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 379 hits
Romantis betul pasangan pelakon Nur Risteena dan Isa Khan ada sahaja kejutan yang dilakukan antara satu sama lain Baru baru ini Risteena ada membuat kejutan menghadiahkan iPhone 12 buat tunangnya itu Menerusi perkongsan video di Instagram R...
Mungkin Satu Petanda Baik Buat Negara Bila Umno Kini Boleh Berkerjasama Dengan Dap

Mungkin Satu Petanda Baik Buat Negara Bila Umno Kini Boleh Berkerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 409 hits
IPOH Mungkin ini petanda baik buat negara kita apabila UMNO boleh bekerjasama dengan DAP untuk gugurkan saya sebagai Menteri Besar Demikian reaksi sinis Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya berhubung kekalutan ya...
Sentiasa Baik Dengan Mentua Mawar Rashid Kongsi Cara Dia Tak Pernah Gaduh Dan Sentiasa Disayangi Keluarga Belah Suami

Sentiasa Baik Dengan Mentua Mawar Rashid Kongsi Cara Dia Tak Pernah Gaduh Dan Sentiasa Disayangi Keluarga Belah Suami

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 383 hits
loading Meski bergelar isteri pada usia yang agak muda namun pelakon Mawar Rashid nyata teruja dan mengakui dirinya ada cara tersendiri dalam bergaul dengan ibu mentuanya
Perundangan Sedia Ada Sentiasa Dikaji Untuk Ditambah Baik

Perundangan Sedia Ada Sentiasa Dikaji Untuk Ditambah Baik

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 156 hits
Termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 KUALA LUMPUR Kerajaan sentiasa mengkaji perundangan perundangan sedia ada termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk penambahbaik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash