Makanan Sampingan Yang Sesuai Untuk Tom Yam
Absolute Thai
Nak makan tom yam? Tapi tak tahu apakah pilihan makanan sampingan (kawan-kawan) yang sesuai untuk dipadankan dengan menu utama? Di sini Sha kongsikan sedikit berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri
Bebaru ni Sha keluar dengan bos dan kawan sekerja untuk serahkan dokumen penting kepada salah sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur. Dah waktu rehat, kami singgah Sunway Putra Mall (SPM orang panggil). Mula-mula pilih Secret Recipe tapi boss nak cuba sesuatu yang lain. Jadi, kami pilih Absolute Thai. Aha, kat Wangsa Walk pun ada
Sha dah masuk kedai Thailand macam ni, memang nak makan makanan Thai la terutamanya tom yam. Perut dah lapar. Nak nasi. Tapi kalau semua tak nak tom yam yang besar sesuai untuk 3-4 orang makan, Sha kena ambil mee hoon tom yam lah
Tapi, akhirnya bos cakap kita beli tom yam n share. Nasi putih. Dia tanya, lagi apa.. Sha cakap lah. Kalau tom yam, sesuai dengan sayur kailan ikan masin, telur dadar. Complete. Pergh, sedapnya
Air pula jangan pilih yang bersusu atau yang heavy sikit. Sha pilih air grasslemon lime. Dia letak limau nipis dan serai. Sesuai sangat dengan selera Thai hari ini. Nak pilih sirap ke air kosong (air tambah ais batu) pun okay
Alhamdulillah, bos dan kawan suka dan sedap. Puji Sha kata pandai pilih kawan-kawan untuk tom yam. Eh, memang itulah kawan-kawan dia kalau makan tom yam. Kalau makan tom yam, itulah kawan-kawannya. Itu asas. Kalau nak tambah, boleh pilih som tam, sambal belacan dan ulam timun. Makan tak tengok kiri kanan dah. Sedap. Kalau nak tambah menu lain pun okay. Ikut selera tekak dan perut masing-masing
Sha dah biasa makan warung tom yam. Dari zaman belajar sampai zaman bekerja di Perak dan Alor Setar, memang selalu ke kedai tom yam. Sha cakap kat bos, Sha asal Kedah. Kedah sempadan dengan Thailand. Jadi, dah biasa makan tom yam
Harga?
Kawan Sha cakap mahal sikit. Telur dadar di Absolute Thai RM10 tapi memang sedap. Puas hati. Manakala tom yam pula RM50. Itu kata kawan Sha. Sha tak pasti sebab tak nampak harga kat situ. Mungkin ada tapi Sha yang tak perasan sebab lapar sangat. Tambahan pula orang nak belanja, kita pilih sahaja. Hihi
Kalau korang yang sedang baca ni nak tambah, boleh tulis komen kat bawah ya
Berminat? Boleh whatsapp Sha di: http://wasap.my/60194625310 Terima kasih singgah sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sha-myheart.blogspot.com/2019/08/makanan-sampingan-yang-sesuai-untuk-tom.html