Minuman Arwa Keluaran Imanni Dengan 8 Makanan Sunnah Sesuai Untuk Minuman Seisi Keluarga
Minuman Arwa Keluaran Imanni Dengan 8 Makanan Sunnah Sesuai Untuk Minuman Seisi Keluarga || Salam semua, baru - baru ini, Wani ada mencuba minuman Arwa dari Imanni. Sekilas pandang tengok ada perkataan coklat di kotak tu, terus tergerak rasa nak cuba, tak boleh dengar sungguh ada perkataan coklat hii. Ya, coklat memang favorite bukan setakat bentuk coklat bar, kalau air minuman coklat lagi suka. :). Ada tiga perasa yang dah cuba, coklat kurma, coklat mocha dan juga susu kurma strawberi.
Minuman Arwa Coklat Kurma , Coklat Mocha Dan Susu Kurma Strawberi
Mesti ada yang tertanya - tanya apa maksud Arwa kan ? Kita yang dengar kali pertama pun tak tahu makna apa. Maksud Arwa ini adalah memberi minum sampai puas, segar, terpenuhi dan menyenangkan. Panjang tau maksud dia. Memanglah, dah rasa ketiga - tiga perasa ini, semuanya sedap di tekak dan puas hati. Kalau yang perisa coklat tu, rasa coklat dah memang sedap.
Minuman Arwa Coklat Kurma dan Arwa Susu Kurma Strawberi sesuai diminum untuk seisi keluarga bermula dari usia 10 bulan dan ke atas. Bagi kanak - kanak yang usianya masih kecil disarankan hanya beri 1/2 sachet.
Coklat kurma boleh membantu masalah ekzema dan susu kurma strawberi dan coklat kurma juga turut boleh bantu untuk tambahkan susu ibu sebagai milk booster.
Untuk ibu hamil dan kanak - kanak, Arwa coklat mocha ni tidak sesuai ya untuk minum. Ini kerana bahan kandungan dalam minuman ini mempunyai sejenis "asam" yang dikenali sebagai Garcinia cambogia.
Minuman Arwa coklat mocha sesuai untuk kaum lelaki dan wanita dewasa yang tidak hamil dan tidak menyusu.
Minuman Arwa - Produk Muslim Yang Diusahakan Oleh Anak Tempatan
Bila terpandang kotak tu, ternampak perkataan "produk muslim", rasa macam tak payah risau dah. Rasa bangga juga, produk macam ini dikeluarkan oleh syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak tempatan.
Kita sebagai pelanggan ni, memang bagi sokongan 100 % kepada produk keluaran muslim. Jom sokong produk buatan muslim yang diusahakan oleh anak tempatan ini. Usahawan muslim kita pun boleh berjaya juga.
Lagipun minuman Arwa ni, bukan sebarang jenis minuman. Banyak keistimewaan yang ada dalam ketiga - tiga perisa ini.
Mengandungi 8 Makanan Sunnah Dalam Minuman Arwa
Inilah keistimewaan yang ada di dalam setiap perisa minuman Arwa ya. Tidak dinafikan telah ada banyak minuman tambahan di luar sana. Namun minuman ARWA agak special kerana ia adalah minuman yang boleh diminum setiap hari oleh seisi keluarga.
Cuma yang membezakan adalah pada bahan - bahannya yang mengetengahkan penggunaan makanan sunnah yang pelbagai di dalam satu sajian.
Apa bahan lapan makanan sunnah yang ada dalam minuman Arwa ? Oklah kalau korang yang masih tak tahu, penggunaan bahan yang berasaskan makanan sunnah seperti KURMA, MADU, HABBATUS SAUDA, KISMIS, ZAITUN, DELIMA dan lain - lain ini benar - benar telah menjadikan minuman ARWA lain daripada yang lain. Menarik kan.
Sesuai Untuk Penggemar Coklat Dan Susu
Mesti korang pun tak sabar nak cuba kan. Ini berita baik buat penggemar coklat dan susu, Happy tau bila dapat minum minuman yang super duper sedap tapi dalam yang sama juga dapat berikan semua khasiat yang ada untuk tubuh.
Jadi jika anda juga salah seorang penggemar minuman coklat dan susu, jemputlah cuba produk ARWA yang ohsem ni sekali.
Terutamanya minuman Arwa yang perisa coklat. Sebabnya, Arwa coklat bukan susu coklat biasa biasa tapi ianya minuman coklat yang diekstrak dari Buah Koko dengan ditambah dengan 8 makanan sunnah. Tak rugi minum, memang banyak manfaatnya.
Review Minuman Arwa Tanpa Maltodekstrin, Tanpa Gula Putih Dan Rendah Kalori
Minuman yang sedap kan, wajib dikongsi untuk korang cuba pulak ya. Kita pun dah cuba untuk ketiga - tiga perisa ini. Yang bestnya tanpa gula putih, kenapa tidak ada gula putih, cuba korang tengok balik 8 makanan sunnah dalam minuman ini.
Di antara penggunaan bahan seperti madu, kismis dan kurma yang terdapat di dalam minuman Arwa ini. Yang ini pun dah manis semulajadi. Lagipun, minuman Arwa ini digantikan dengan gula nano yang lebih rendah kalori dan lebih selamat.
Tak payah nak tambah gula, minum bila - bila pun boleh tak kira, pagi, petang dan malam. Tuang air panas dah sedia untuk diminum
1. Minuman Arwa Coklat Kurma
Untuk pengetahuan semua, minuman coklat kurma arwa adalah keluaran produk terbaru dari Imanni Skinz,sebuah syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak tempatan.
Sekarang ni, permintaan perisa coklat kurma sangat tinggi, jadi kita sendiri pun tak terlepas peluang nak rasa coklat kurma keluaran Imanni Skinz ni. Rasa coklat kurma ni sedap jugak, manis pun sedang elok disebabkan bahan kandungan 8 makanan sunnah ini.
Arwa minuman coklat kurma tanpa GULA PUTIH dan MALTODEKSTRIN ini bukan sahaja sedap malah boleh bantu beri khasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kalau orang tua minat apatah lagi kanak - kanak. Minuman coklat kurma awa turut boleh diminum oleh kanak - kanak.
2. Minuman Arwa Coklat Mocha
Peminat mocha wajib cuba minuman coklat mocha ni tau, sedap sangat. Kali pertama minum, dengan rasa coklat dan juga mocha dah terus jatuh cinta. Yang mana tak boleh minum sangat yang berkafein, Arwa coklat mocha ini tanpa kafein ya.
Tapi tak sangka juga dalam ni ada "Garcinia Cambogia". Korang tahu ke apa tu, buah asam gelugur kenal tak ?
Lagi sekali nak tekankan kat sini, kalau ibu mengandung dan yang menyusu tak sesuai lah ya nak minum. Kanak - kanak pun tak sesuai juga. Kita sendiri yang ada masalah sembelit ni nak cuba lah minum sebab asam ni membantu melawaskan sistem penghadaman. Ikhtiar ya.
3. Minuman Arwa Strawberi
Bila dengar yang minuman Arwa strawberi ni ada susu kambing, mulanya berat hati juga nak cuba, maklumlah kan orang kata jenis minuman yang ada susu kambing ni berbau. Tapi bila cuba yang ini, eh tak bau lah makin sedap pulak. Teguk tak berhenti dah habis segelas.
Bukan setakat orang dewasa, kanak - kanak memang suka la sebab minuman ini berperisa strawberi. Siapa nak kulit cantik, jom minum Arwa strawberi yang mengandungi Vitamin C.
Walaupun setiap perisa mempunyai kelebihan masing- masing, yang penting ia sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Packaging, Harga Dan Servis
Dalam satu kotak ini ada 10 paket ya, kotak pun cantik dan harga tu memang berbaloi tengok ke bahan kandungan dalam setiap perisa minuman Arwa. Ke semuanya ada 8 makanan sunnah. Harga sekotak dalam RM 35.00 untuk semenanjung. Sekarang ini tengah promosi ya, hanya RM 28. Rugi kalau korang tak grab sekarang.
Kita suka servis dari pihak Imanni ni sangat cepat, order hari ni esok dah sampai, bergantung kepada tempat la jugak ya. Kalau jarak jauh sikit, memang ambil masa dalam 2 hari bekerja kot sampai. Yang penting sabar ya hii.
Testimoni Minuman Arwa Oleh Pelanggan
Minuman Arwa bukan saja sedap,malah dapat memberi fungsi tambahan lain yang tidak disangka. Sebagai contoh ARWA COKLAT KURMA dapat membantu memulihkan pesakit ekzema terutama di kalangan kanak - kanak.
Memandangkan ramai ibubapa yang risau dengan masalah ekzema anak, jom rawat masalah ekzema dengan Arwa, InsyaAllah dengan izin Allah. Kita ikhtiar ya. Setidaknya anak akan minum dengan sedap dan semakin sihat dalam satu masa.
Arwa coklat kurma juga berkesan sebagai milk booster hingga boleh ke tahap bengkak susu. Telah ada testimoni susu badan tidak drop walaupun berpuasa malahan bertambah. Pengalaman bagi ibu yang menyusu badan.
Sama juga dengan ARWA SUSU KURMA STRAWBERI dapat membantu menambahkan susu badan untuk para ibu yang meyusukan anak dan ARWA COKLAT MOCHA pula dapat melawaskan perut bagi mereka yang ada masalah kurang lawas hingga perut nampak buncit dan sebagainya.
Cadangan Sajian Untuk Minuman Arwa
Minuman Arwa ni bukan setakat masuk dalam gelas, tuang air panas dan kacau terus minum. Buat sesiapa yang kreatif macam - macam boleh buat. Kalau ikutkan makan saja pun sedap hii, tapi tak boleh lah cepat habis nak lagi nikmat boleh kacau dijadikan minuman.
Kalau asyik minum saja takut puas, apa kata korang buat smoothies coklat, ramai peminat smoothie ni kan. Nyamannya tekak dapat makan sejuk - sejuk, ditambah lagi ada serbuk Arwa coklat, nikmat sungguh. :D
Tak pun, option lain boleh tabur serbuk minuman coklat Arwa atas aiskrim.
Untuk maklumat lanjut tentang minuman Arwa ini, boleh layari laman web dan laman sosial seperti di bawah.
Facebook : https://www.facebook.com/ImanniSkinz/Instagram : https://www.instagram.com/imanni.skinz.hq/Website : https://www.imanniskinz.com/Whatsapp : http://www.wasap.my/60183770704
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/08/minuman-arwa-keluaran-imanni-dengan-8-makanan-sunnah-sesuai-untuk-minuman-seisi-keluarga.html