Makanan Elak Sakit Jantung Serta Makanan Punca Sakit Jantung


Sakit jantung kini tak mengenal usia dan pangkat. Dulu dikenali sebagai penyakit orang kaya tetapi kini sudah berubah kerana semua orang berpotensi untuk mendapat penyakit ini. Antara punca sakit jantung adalah dari makanan. Jom baca artikel ini

Tahukah anda selepas serangan jantung yang pertama, jika tidak dibendung dan dicegah, anda akan mudah dapat yang kedua terutama jika tidak jaga pemakanan. Ada pelbagai jenis makanan untuk sakit jantung

Pemilihan pemakanan sihat amat penting buat pesakit jantung kerana fungsi badan kita bertindak balas terhadap jenis makanan yang kita ambil

Masalah yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat ialah tidak berupaya untuk berhenti mengambil makanan yang salah, dan kurang mengambil makanan yang sepatutnya

Marilah kita terokai maklumat mengenai jenis pemakanan yang sesuai selepas serangan jantung dalam artikel ini

Apakah itu serangan jantung?
Serangan jantung, atau istilah perubatannya, infarksi miokardium akut merupakan salah satu penyakit serius yang kerap berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi seluruh dunia

Ia berlaku apabila saluran darah yang membekalkan oksigen kepada otot jantung (arteri koronari) disekat oleh pembentukan plak lemak dan kolesterol


Apabila pembentukan plak berlaku, saluran darah akan berkurang dan menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen. Ini sebaliknya akan menyebabkan sesetengah otot jantung mengalami kerosakan

Kajian American Heart Association (AHA) mendedahkan sebanyak 20% pesakit berumur 45 tahun ke atas akan mendapat serangan jantung kedua dalam tempoh lima tahun selepas serangan pertama

Untuk mengurangkan risiko serangan jantung yang seterusnya, pengambilan diet yang seimbang haruslah dipraktikkan

Makanan untuk sakit jantung haruslah tinggi dengan kalium, vitamin B, serat, asid lemak Omega-3 dan asid folik. Amalkannya dalam diet mingguan anda

Kumpulan makanan ini membantu untuk mengurangkan tekanan darah dan menyeimbangkan sodium dalam badan

AHA mengesyorkan pengambilan potasium sebanyak 4.7 gram sehari

Contoh makanan seperti:
Ubi keledekPisangBayamAvokadoAcorn Squash (Labu acorn)
Pemakanan sihat
Makanan tinggi asid lemak Omega-3Kumpulan makanan ini dapat mengurangkan keradangan, tekanan darah dan mencegah pembentukan plak lemak dan kolesterol dalam saluran darah jantung

AHA mengesyorkan hidangan ikan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya 2 kali seminggu

Contohnya:
Ikan salmonIkan parangIkan troutIkan tunaKacang walnutSoyaBiji rami (flaxseed)
Makanan tinggi serat
Makanan yang kaya dengan serat mampu merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan mengurangkan keradangan otot jantung

Walau bagaimanapun, jumlah serat yang sepatutnya diambil berbeza mengikut jantina. Lelaki harus mengambil kandungan serat yang lebih tinggi sebanyak 38 gram dan wanita sebanyak 25 gram sehari

Contoh makanan tinggi serat ialah:
Rapsberi dan bluberiBuah epal (termasuk kulitnya)OatKekacang dalKismis
Makanan tinggi vitamin B dan asid folik
Kategori makanan ini mengutamakan sayuran hijau. Ia membantu mengurangkan kadar homosistein dalam darah

Homosistein ialah asid amino yang senang didapati daripada daging merah. Kajian membuktikan kadar homosistein yang tinggi berkait rapat dengan perkembangan awal serangan jantung

Contoh sayuran ialah:
BayamAsparagusBrokoliKubis keriting
Walaupun sayuran hijau adalah yang terbaik untuk anda mendapatkan kadar harian yang disyorkan, namun terdapat jenis makanan lain yang boleh diambil untuk jantung sihat seperti roti tepung gandum penuh, kekacang dan avokado

ELAK makanan ini, ELAK serangan jantung kedua!
Usaha mengelakkan risiko serangan jantung bukan sahaja mempraktikkan pemakanan sihat namun makanan yang tinggi lemak trans dan lemak tepu haruslah dikurangkan sekali

Sekali lagi, AHA mengesyorkan pengambilan maksimum lemak tepu ialah 14 gram dan lemak trans 2 gram setiap hari

Awas dengan kandungan lemak tepu dan kolesterol tinggi dalam daging merah! Anda tidak perlu untuk menyingkirkan daging merah daripada hidangan anda, tapi anda boleh mengehadkannya sebanyak 170g sehari

Makanan yang harus dielakkan ialah:
Biskut krackerDonutKek, biskut, kerak paiMakanan bergorengKrimer bukan tenusuBertih jagung
Konklusi
Pemakanan sihat merupakan cara yang paling senang dan terbaik untuk mengelakkan serangan jantung yang seterusnya

Anda tidak semestinya harus mengubah keseluruhan diet anda dalam sekelip mata, tetapi ubahlah secara beransur-ansur

Mulakan dengan menyingkirkan makanan yang tidak sihat, dan perlahan-lahan menambahkan kumpulan makanan yang lebih baik

Amalkanlah tips pemakanan seperti di atas untuk jantung yang sihat. Selain itu, bacalah label nutrien semasa membeli produk, kurangkan makan di luar dan rujuklah pegawai perubatan atau dietetik anda untuk informasi lebih lanjut

Sumber artikel ini diambil dengan izin dari Hello Doktor. Sumber artikel asal DI SINI. Moga bermanfaat

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/10/makanan-elak-sakit-jantung-serta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Sakit Lutut Apa Sebabnya Dan Kenapa Serta Apa Simptom Dan Tanda Tanda Awalnya

Punca Sakit Lutut Apa Sebabnya Dan Kenapa Serta Apa Simptom Dan Tanda Tanda Awalnya

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 368 hits
Sakit lutut juga dikenali sebagai radang sendi lutut dan tulang disekelilingnya Ramai tak sedar sakit lutut ni adalah perkara biasa Sebenarnya tidak Ini adalah tanda tanda awal gel lutut berkurangan Rasa ngilu dan sakit yg kita rasa tu berp...
Jenis Makanan Sihat Untuk Jantung

Jenis Makanan Sihat Untuk Jantung

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 457 hits
Tahukah anda selepas serangan jantung yang pertama jika tidak dibendung dan dicegah anda akan mudah dapat yang kedua terutama jika tidak jaga pemakanan Ada pelbagai jenis makanan untuk sakit jantung Pilihan pemakanan sihat amat penting buat...
Jas Kilang Produk Makanan Punca Tumpahan Minyak Di Alur Air

Jas Kilang Produk Makanan Punca Tumpahan Minyak Di Alur Air

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 371 hits
SHAH ALAM 30 OKT Kilang produk makanan dikenal pasti menyebabkan pencemaran minyak di alur air Kampung Baru Balakong kelmarin kata Jabatan Alam Sekitar Ketua Pengarah Norlin Jaafar berkata JAS Selangor memberhentikan serta merta operasi kil...
Muka Anak Bengkak Lepas 3 Hari Tahan Sakit Gigi Suka Makan Manis Tak Berus Gigi Setiap Hari Jadi Punca

Muka Anak Bengkak Lepas 3 Hari Tahan Sakit Gigi Suka Makan Manis Tak Berus Gigi Setiap Hari Jadi Punca

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 442 hits
Masalah gigi dan kanak kanak itu memang sinonim Gigi berlubang dan juga karies gigi sering menjadi kerisauan ibu dan ayah Justeru amat penting untuk mula menjaga kesihatan mulut dan gigi si kecil sejak dari awal usia Biasakan diri dengan me...
Anak Selalu Mengadu Sakit Kepala Jangan Pandang Remeh Mak Ayah Kena Tahu Punca Bimbang Memudaratkan

Anak Selalu Mengadu Sakit Kepala Jangan Pandang Remeh Mak Ayah Kena Tahu Punca Bimbang Memudaratkan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 496 hits
Anak sering sakit kepala pada usia muda mungkin jarang kedengaran namun jika ini yang berlaku mama papa memang kena ambil serius Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah migrain stress tekanan darah yang tinggi dan banyak lagi...
Disyaki Jadi Punca Pencemaran Air Kilang Makanan Diarah Henti Operasi

Disyaki Jadi Punca Pencemaran Air Kilang Makanan Diarah Henti Operasi

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 365 hits
SEBUAH kilang makanan diarahkan berhenti operasi oleh Jabatan Alam Sekitar kerana disyaki menjadi punca pencemaran minyak di Sungai Balah Selangor Difahamkan terdapat pelepasn air berwarna putih dari kilang tersebut melalui saluran paip baw...
10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes Kencing Manis Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes Kencing Manis Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 605 hits
Sumber FB Dr Zubaidi 10 Tips Turunkan Gula Dalam Darah 1 Melakukan senaman Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin Dengan senaman juga ia dapat membantu otot menggunakan ...
Kalau Anak Selalu Sakit Ini Makanan Doktor Saran Nak Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

Kalau Anak Selalu Sakit Ini Makanan Doktor Saran Nak Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 532 hits
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak anak yang masih kecil selain mengambil langkah langkah pencegahan seperti yang di...
Meredakan Amarah Dengan Wudhu Mencegah Sakit Jantung

Meredakan Amarah Dengan Wudhu Mencegah Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 330 hits
Marah adalah hal pasti yang pernah dialami setiap orang Ia merupakan mekanisme alami dalam diri seseorang Marah yang keluar secara normal adalah pereda stres karena jika emosi ini dipendam akan membuat seseorang tertekan Karenanya marah seb...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri