Disyaki Jadi Punca Pencemaran Air Kilang Makanan Diarah Henti Operasi
 AZRUL RADI

 SEBUAH kilang makanan diarahkan berhenti operasi oleh  Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana disyaki menjadi punca pencemaran  minyak di Sungai Balah, Selangor.  Difahamkan, terdapat pelepasn air berwarna putih dari  kilang tersebut melalui saluran paip bawah tanah yang menuju ke Sungai  Balak
  Malah, siasatan JAS juga mendapati efluen mentah dan  lelehan minyak hitam mengalir memasuki longkang kilang dan seterusnya  memasuki satu saluran paip bawah tanah yang mengalir ke Sungai Balak
  Ketua Pengarah JAS, Norlin Jaafar berkata, pihaknya  telah menjalankan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen  38(1)(a) yang mana operasi pengeluaran kilang diberhentikan serta merta  sehingga tindakan pembaikan diambil oleh pihak kilang
  “Pihak kilang juga diarahkan untuk melakukan kerja-kerja  penutupan saluran haram ke Sungai Balak dan menjalankan kerja-kerja  pembersihan sungai yang telah tercemar,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini
  Menurut Norlin, tiga sampel telah diambil dan dihantar  ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM), dengan keputusan analisis kimia  dijangka diperolehi dalam masa terdekat
  Jelasnya, Perintah Larangan (PL) di bawah Peraturan 30,  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009  oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar juga dikeluarkan bagi melarang  pengendalian proses perindustrian untuk satu tempoh sehingga  langkah-langkah pemulihan sepertimana diarahkan itu dipatuhi
  “Kertas siasatan juga telah dibuka untuk pendakwaan di  mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 25 (1) dan  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009,  Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,” katanya
   Tambahnya, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjadi  mata dan telinga JAS dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan  alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke 
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.  Rabu lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor,  Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan laporan berhubung pencemaran air di alur  sungai di di Jalan KB1/9, Kampung Baru Balakong, Seri Kembangan daripada  Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). -SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/disyaki-jadi-punca-pencemaran-air.html