Makan Ubat Bantu Turunkan Hormon Prolaktin Tinggi


Alhamdullilah..hormon prolaktin k.fiezz dah normal. Untuk yang tak faham, boleh baca dulu kat < SINI >. K.fiezz & mr hubby dah start rawatan kesuburan kali ke-2 di HPUPM. Masa ke sini kali pertama bulan Februari 2022 yang lepas, k.fiezz & mr hubby kena buat beberapa test dan keputusan k.fiezz, salah satu bacaan darah untuk hormon prolaktin tinggi. Masa check kali pertama bacaan 762. Doktor buat test kali kedua & keputusan lebih kurang sama, naik lagi 1 jadi 763. Bacaan normal untuk hormon prolaktin ni sepatutnya 300 saja kecuali untuk wanita yang mengandung dan menyusu sebab untuk produce susu. Jadi bila k.fiezz yang tak termasuk antara 2 kategori ni, bacaan hormon prolaktin tinggi, Dr risau ada masalah tumor di otak sebab hormon prolaktin ni dirembeskan oleh kalenjar pituitari, salah satu struktur kecil di otak yang merembeskan hormon. Salah satu fungsi utama hormon prolaktin untuk meningkatkan pembesaran payudara & untuk penyusuan. 
Bila bacaan hormon prolaktin k.fiezz tinggi, Dr risau ada sebarang ketumbuhan di kalenjar pituitari ni. Minta dijauhkanlah. Seriau dengar Dr explain masa dapat result bulan April lepas. 
Jadi Dr tak nak proceed IVF dulu. Dr nak bagi hormon prolaktin k.fiezz turun/normal dahulu baru boleh proceed IVF

Dr di gynae rujuk k.fiezz pada pakar yang berkaitan untuk rawatan lanjut (kena buat MRI sebetulnya)

MAKAN UBAT UNTUK TURUNKAN HORMON PROLAKTIN
Tapi sebelum jumpa dengan pakar untuk rawatan lanjut , Dr gynae bagi ubat bawah ni (rujuk gambar) untuk bantu turunkan hormon prolaktin dalam badan k.fiezz. 

Ubat yang k.fiezz makan untuk turunkan bacaan hormon prolaktin ke paras normal. Kecil je ubat dia. Kena makan 2x seminggu. Ubat dia bujur & patahkan dua setiap kali makan. K.fiezz start makan ubat ni bulan April - Jun 2022..Masa dapat ubat ni, Dr memang tak bagi banyak. Ada 8 biji, lebih kurang untuk makan dari April - Jun 2022
JUMPA PAKAR 
2hb Jun k.fiezz kena jumpa pakar untuk buat MRI sepatutnya. Nak check kalau ada sebarang tumor/ketumbuhan kat kepala yang menyebabkan hormon prolaktin dalam badan k.fiezz tinggi. Tapi masa jumpa Dr kat bahagian pakar ni, Dr ada buat test secara manual (tutup sebelah mata dan Dr buat pergerakan jari dari beberapa sudut & k.fiezz nampak tak pergerakan-pergerakan jari Dr tu). Masa buat test ni, k.fiezz nampak semua pergerakan jari yang Dr buat yang bermaksud tak ada sebarang blockage kat dalam kepala menghalang penglihatan k.fiezz. Alhamdulillah. Selain dari tu k.fiezz tak ada sebarang masalah yang menunjukkan ada apa-apa simptom. Antara simptom untuk hormon prolaktin tinggi ni susu meleleh keluar dari puting.  Which is k.fiezz tak ada alami masalah ni juga. 
K.fiezz pun tak pasti apa punca hormon prolaktin tinggi dalam badan. Tak ada amalkan apa-apa yang pelik pun. Cuma minum susu efferty & makan vitamin C je. Ada juga tanya Dr sebabkan k.fiezz minum susu efferty tu ke jadi hormon prolaktin tinggi. Dr cakap tak ada kaitan pun. Jadi entah lah tak tahu kenapa boleh tinggi pula hormon prolaktin ni dalam badan k.fiezz. 
Nak tahu apa  lagi simptom hormon prolaktin tinggi selain dari yang k.fiezz mention kat atas ni, boleh baca kat bawah. 
Tak suburSusu badan meleleh keluar dari putingPeriod tak tetapKurang bernafsu Hubungan seks yang tak selesa atau menyakitkanFaraj keringJerawatRambut badan dan muka yang tumbuh berlebihan (hirsutism)Rasa panasDr pakar  tanya kenapa k.fiezz tangguh untuk buat proses IVF sebab tengok pada result kilang telur k.fiezz rendah. Masa perbincangan ni, Dr cakap omputih uolls. Tak berapa nak faham tapi sikit-sikit yang k.fiezz boleh tangkap gitu lah maksudnya. Disebabkan pengeluaran telur kurang memberangsangkan, mungkin sebab faktor umur. Jadi k.fiezz hanya boleh pregnant melalui kaedah IVF saja. Ditambah lagi dengan faktor umur. Bila Dr tanya gitu k.fiezz cakap lah ikut pada gynae sebab test darah k.fiezz  hormon prolaktin tinggi. So i just follow the instruction. 
Selepas perbincangan antara Dr2 kat situ & nasihat dari Dr senior ni, result hormon prolaktin k.fiezz selepas dah makan ubat atas ni patutnya dah normal semula. Jadi diaorang terus keluarkan surat pelepasan dari bahagian ni untuk k.fiezz proceed IVF. Tak perlu buat MRI sebab k.fiezz tak ada apa-apa simptom bermasalah seperti yang diberitahu oleh gynae.
Apa Kaitan Betulkan Hormon Prolaktin Untuk Buat IVF ni?
Tengok balik pada simptom hormon prolaktin tinggi kat atas ni. Hat no.1 sekali tu. Tak subur. Dr tak nak masalah hormon ni menganggu proses IVF nanti terutama untuk pengeluaran telur. Jadi k.fiezz rasa sebab ini Dr nak normalkan dulu bacaan hormon prolaktin dalam badan k.fiezz. Selepas tu baru boleh proceed proses berikutnya. 


Surat dari Dr pakar yang mengatakan k.fiezz tak ada sebarang simptom. Jadi dapat surat pelepasan untuk teruskan proses IVF

HORMON PROLAKTIN NORMAL
Isnin minggu lepas (7 Jun) k.fiezz kena ke HPUPM ambil darah untuk check lagi sekali bacaan hormon prolaktin selepas makan ubat hampir 2 bulan. Nak tengok bacaan dah normal atau tidak. 13 Jun baru ni k.fiezz ke hospital jumpa Dr pula untuk tahu keputusan darah yang dah ambil 7hb minggu lepas dan alhamdulillah result normal. Yeay. So next step IVF. Memandangkan k.fiezz dah period bulan ni jadi kena tunggu next period jumpa Dr semula untuk scan rahim semula. 
Tazabarrr nak pregnant. Eh.haha..Insyallah harapnya IVF kali pertama terus menjadi. Aamiin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/06/Makan-Ubat-Bantu-Turunkan-Hormon-Prolaktin-Tinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembedahan Bariatik Chef Zam Tidak Lagi Makan Ubat Darah Tinggi Kolestrol

Pembedahan Bariatik Chef Zam Tidak Lagi Makan Ubat Darah Tinggi Kolestrol

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 213 hits
Cef terkenal Datuk Zamzani Abdul Wahab atau cef Zam menyifatkan tindakan melakukan pembedahan bariatrik 15 tahun lalu sebagai keputusan terbaik yang pernah diambil dalam hidupnya Katanya selain turun berat badan banyak manfaat lain yang din...
Comel Weh Dia Pelvk Video Gelagat Kucing Susah Makan Ubat Raih Perhatian Ramai

Comel Weh Dia Pelvk Video Gelagat Kucing Susah Makan Ubat Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 184 hits
Tak dinafikan ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini Namun ada kalanya kucing sering melakukan perkara perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah te...
Hiburan Bazir Tau Tak Ambil Ubat Banyak Tapi Tak Makan Doktor Kecewa Sikap Tak Jujur Pesakit

Hiburan Bazir Tau Tak Ambil Ubat Banyak Tapi Tak Makan Doktor Kecewa Sikap Tak Jujur Pesakit

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 155 hits
Sebuah perkongsian daripada seorang pegawai perubatan di baru baru ini mengundang pelbagai respon daripada warga maya Individu tersebut telah berkongsi mengenai berkotak kotak ubat yang terbiar dan bakal dilupuskan gara gara pesakit hanya t...
Dr Ingatkan Nak Bagi Ubat Pada Anak Jangan Campur Syringe Tarik Hanya Sekali

Dr Ingatkan Nak Bagi Ubat Pada Anak Jangan Campur Syringe Tarik Hanya Sekali

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 172 hits
Setiap ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu simptom atau penyakit Selain itu ia juga untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini Kebanyakan daripada kita terutama ibu bapa yang ...
Beg Sekolah Troli Swan Technolite Reka Bentuk Ergonomik Bantu Postur Badan Tegak

Beg Sekolah Troli Swan Technolite Reka Bentuk Ergonomik Bantu Postur Badan Tegak

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 234 hits
Beg Sekolah Troli SWAN Technolite Reka Bentuk Ergonomik Bantu Postur Badan Tegak Apabila memilih beg sekolah untuk anak anak perkara pertama yang aku akan tengok adalah kualiti beg dan juga keselesaan anak anak untuk guna ke sekolah Memanda...
Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan

Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 308 hits
Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan Saya berada dalam industri ayam daging dah 17 tahun Jadi sy rasa saya boleh bercakap isu ini Just nak share hari Sabtu dan Ahad ni banyak syarikat integrator besar yang TUTUP REBA...
Jom Makan Makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru Di Kota Bharu Kelantan

Jom Makan Makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 669 hits
Jom Makan makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru di Kota Bharu Kelantan Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang tentang cafe yang menjadi tumpuan ramai di Bandar Kota Bharu iaitu Cafe To The Moon Untuk pengetahuan korang C...
Makan Steamboat Lotun Van Bbu

Makan Steamboat Lotun Van Bbu

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum wbtDULU kan Sk selalu fikir apalah orang kerja pejabat ni buat Hahaha Bila Sk tidak lagi mengajar dan diserap ke bahagian akademik dan kemahiran haaaa barulah tahu macam mana bertimbunnya kerja Cuma masa baru baru tu macam k...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner