Makan Tengahari Di Teringat Lenggong Hulu Perak Satu Talam Hanya Rm 20 00


Makan Tengahari Di Teringat Lenggong, Hulu Perak Satu Talam Hanya Rm 20.00 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 1 september 2019 yang lepas suami Sha ajak bertolak lambat sedikit daripada biasa iaitu jam 8.00 pagi baru kami bergerak dari kampung. Mungkin suami tahu sudah lama Sha berniat untuk makan di sebuah kedai makan yang rakan sepejabat Sha ceritakan sebelum ini tetapi setiap kali kami lalu di kawasan ini kedai ini belum beroperasi jadi tak dapatlah Sha merasa makan di sini. Kedai makan Teringat Lenggong diberi nama terletak di kawasan Lenggong, Hulu Perak tidak jauh dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Apa yang menarik Sha ke sini adalah kerana hidangannya dengan menggunakan talam, lauk-lauk kampung dan makan sambil menghirup udara segar Tasik Raban

  
Merayap juga nak cari kedai makan ni sebabnya capaian internet Sha tak dapat diakses di kawasan ini. Rupa-rupanya senang sahaja nak cari, ianya terletak di Dataran Tasik Raban itupun Sha dah terlepas barulah tengok belakang jadi Sha terperasanlah sebuah kedai yang ada pondok-pondok tepi tasik seperti yang kawan Sha ceritakan. Kami pusing balik pun tak nampak sangat kedainya kerana ianya agak kebelakang

 
Memandangkan pelanggan agak ramai dan memang tempat duduk hampir penuh jadi kami berbahagi tugas, suami beratur untuk dapatkan hidangan talam jadi Sha dan anak-anak cari tempat duduk. Lepas dapat meja Sha terus ambil apa yang patut sendiri, sebabnya kedai ini konsepnya layan diri. Sha ambil nasi letak dalam baldi nasi, air satu jag bersama gelas dan ambil ikan bakar di tempat bakar ikan

Suami Sha sempat snap sementara menanti giliran dapatkan dulang lauk pauk. Tak putus-putus orang datang ke kedai ini, memang meja selalu ada orang. Memandangkan pekerja agak kurang, Sha kemas sendiri meja..ahahaha..

 
Inilah talam yang dinanti-nanti selepas sekian lama encik suami beratur. Apa yang ada dalam ini? Semuanya masakan kampung

Set 1 Talam :
1 jug air sirap1 Mangkuk Nasi PutihLauk - Masak lemak belimbing buluh (ikan sungai/ ikan laut)Ikan pekasamUlam-ulamanSambal belacanSambal kicapSayur kerabu atau pecal1 ekor Ikan bakar
Sha tambah seekor ikan bakar lagi jadi tambah Rm 5.00. Korang kiralah Sha makan nasi tambah 2 kali, kuah masak lemak tu berebut dengan Abang Zaryth sampai licin mangkuk. Patutlah nama kedai dia teringat, memang teringatlah selepas makan. Cukup rasa dan pekat

 
Tak dapat makan tepi tasik tapi tetap dapat merasai udara segar Tasik Raban ini. Sejuk mata memandang tasiknya yang bersih dan tenang. Ada tempat makan bersila ada tempat yang ada kerusi dan ada tempat meja panjang yang sesuai untuk keluarga ramai, makan macam kenduri kendara dah


 
Muka masing-masing bila kenyang, apa lagi kita wefie tepi Tasik Raban dulu sebelum balik. Korang nampak tak jambatan belakang kami ? Itulah Jambatan Sultan Nazrin Shah yang selalu kami lalu lalang bila balik kampung. Bila lagi yea nak ulang datang makan sini lagi? Biasanya bila kami perjalanan balik dari kampung akan singgah makan dalam kebun getah di Warung Selera Kampung Bendang Panjang Kuala Kangsar sebabnya kena dengan waktu kami lalu di situ kedai makan ni dah buka.

Teringat Lenggong ini dibuka jam 11.00 pagi hingga 3.30 petang. Tapi masa Sha makan hari tu pukul 4.00 petang masih ada yang datang dan kedai ini terus beroperasi. Mengikut pekerja Teringat Lenggong ini khabarnya mereka akan berpindah lokasi tak lama lagi jadi korang kena tengoklah perkembangan di facebook page Teringat Lenggong sebelum pergi ke sini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shalimaryusof.com/2019/09/makan-tengahari-di-teringat-lenggong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Makan 3 Minit Terus Satu Muka Merah Ibu Kongsi Bahaya Anak Makan Telur Tak Dimasak Penuh Ada Bakteria

Lepas Makan 3 Minit Terus Satu Muka Merah Ibu Kongsi Bahaya Anak Makan Telur Tak Dimasak Penuh Ada Bakteria

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 425 hits
Pemakanan dalam tempoh usia bayi dari lahir hingga dua tahun sememangnya penting bagi kesihatan dan perkembangan mereka Namun awas ada di antara makanan yang ibu bapa rasakan selamat tetapi rupanya tidak kerana boleh mneybabkan alahan pada ...
Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari

Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 536 hits
Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan Inilah antara ke...
Makan Tengahari Di Hawa Nasi Campur Jalan Dato Haji Ahmad Badawi Kepala Batas

Makan Tengahari Di Hawa Nasi Campur Jalan Dato Haji Ahmad Badawi Kepala Batas

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 1925 hits
Hawa Nasi CampurHawa Nasi Campur terletak di Jalan Dato Haji Ahmad Badawi Kepala Batas Pulau Pinang Besebelahan dengan Hawa Nasi Campur ni ada bengkel kereta dan berekatan juga dengan stesen petronas Kat sini port makan tengahari tumpuan ra...
Nostalgia Rumah Tok Nordin Dan Opah Embun Di Kampung Luat Lenggong Perak

Nostalgia Rumah Tok Nordin Dan Opah Embun Di Kampung Luat Lenggong Perak

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1298 hits
Ini rumah keluarga Tok Nordin dan Opah Embun Letaknya di Kampung Luat Lenggong Kedudukannya dekat benar dengan Sungai Perak Hanya
Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 354 hits
The ReporterSeorang lelaki di Daerah Meerut Uttar Pradesh mahu bercerai kerana isterinya hanya memberi dia makan ladu selepas wanita itu dinasihatkan oleh bomoh untuk berbuat demikian Menurut keterangan lelaki itu di mahkamah bomoh terbabit...
Miliuner Ini Habiskan Rp 14 Juta Untuk Makan Satu Hari

Miliuner Ini Habiskan Rp 14 Juta Untuk Makan Satu Hari

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 345 hits
Untuk menjaga iklim bisnis agar tetap kondusif O Leary sering mengadakan rapat dengan para klien dan memang jamuan untuk mereka tidak boleh terlihat asal asalan
Makan Untuk Dua Orang Hanya Alasan Bayi Dalam Perut Tak Pernah Minta Macam Macam

Makan Untuk Dua Orang Hanya Alasan Bayi Dalam Perut Tak Pernah Minta Macam Macam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 563 hits
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat Semasa mengandung bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan tetapi apa yang anda makan Artikel Menarik Nak Elak Indius Ibu Bagi Tarikh Period Sala...
Mobil Dinas Presiden Jokowi Yang Baru Hanya Akan Ada Satu Di Dunia

Mobil Dinas Presiden Jokowi Yang Baru Hanya Akan Ada Satu Di Dunia

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 354 hits
Presiden Jokowi resmi akan menggunakan mobil dinas baru dalam 5 tahun mendatang Mercedes Benz S600 Guard terpilih sebagai mobil dinas Presiden Jokowi yang akan menemaninya bekerja hingga 2024 Mobil Mercedes Presiden Jokowi akan memiliki spe...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Ministry To Support Digitalisation Efforts At Temples Nationwide

Pastor Koh S Wife Hopes Court Judgment Will Bring Some Closure

T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord