Makan Tengahari Di Pak John Steamboat Pergi Pavilion Jenjalan Tokyo Street
Hi korang...
SA MC semalam...hahaha..demam, batuk dan selsema..down jugak akhirnya selepas lama bertahan..lama tak demam weh..asyik kena hujan je..hari ni start kerja semula walau tengah weng lagi...memang mintak ubat yang boleh bagi SA tido..dari petang semalam dalam pukul 3 SA tido sampai ke pukul 6 petang..malam pukul 9 SA dah lelap sebab penangan ubat jugak..harap hari ni SA tak ting tong la...kesan ubat masih ada..kerja walau tak berapa banyak menunggu tapi tetap kena settlekan...Dah hujung tahun ni mood kerja memang ke laut dalam..nasib cuti dah habis..kalau ada lagi memang dah habiskan cuti je.
So kita sambung lagi kisah jalan- jalan dengan Dania, lepas pergi tengok wayang, lepas solat kami decide nak makan kat Pak John Steamboat
Selfie dulu sebelum makan..
First round..dania dah grill2 dah..
Mulanya pakai tudung bawal..lepas tu leceh katanya dia pi tukar tudung sarung..sabar jer la.
Lamb
Banyak juga dia makan...cuti sekolah ni memang makan jer kerjanya
Masa kami masuk memang tak ramai orang...sebab dah biasa makan kat Pak John so takde la nak amik gambar sangat..
Okey SA makan udang sikit, ayam sikit, daging pun.
Last round makan amik australian beef ngan smokey duck.
Total damage makan kat Pak John
Lepas makan...ronda2 lagi then kami naik MRT ke Bukit Bintang...pergi berjalan jugak lagi walau hujan kat luar tu maha lebat..
Selfie dalam MRT
Kat MRT Bukit Bintang.
Orang punya la ramai masa ni..kiri kanan ada je ornag jual payung yang transparent tu..macam kat Korea dah rasa...hahaha...tapi kami tak beli pun...rimas la nak bawak2 payung ni semua...masuk Pavilion ikut Fahrenheit. Mak aiiiii....merembik manusia..kebanyakkan orang luar atau pelancong..hajat hati nak amik gambar depan Pavilion yang ada deco Christmas tu..tapi sedar diri hujan tengah lebat so kami terus ke Tokyo Street....
Masuk Times jumpa ni...tak beli sebab takde keperluan
Korang focus kat buku yang SA pegang tu...hahahaha....
Dania suruh amik gambar outlet ni...dia kata Baiya je la bleh masuk...hahahaha
Main concourse tengah promosi Star Wars..
Minah ni memang happy je la dah nampak Tokyo Street..
One more post..
SA sedikit angin ngan anak dara ni..dah cakap tak yah bawak bag sandang..degil nak bawak jugak..kan dah payah nak berjalan..
Tanglung besar Tokyo Street
Masuk sini takde apa nak beli pun...semua dia tak berkenan..
Lepas ronda- ronda, tengok show Star Wars tu kejap pas tu kami gerak ke MRT Bukit Bintang...hujan masih lebat..so kami decide balik naik bas je..berhenti kat MRT Merdeka dan amik bas kat Pudu Sentral..Rasa nak tercabut kaki berjalan jer seharian...dah la sejuk giler dalam bas...sampai kat Seremban dalam pukul 7.30pm...Mak oiii...memang letih giler la..dulu jenjalan macam ni jugak lagi jauh..tapi takde la rasa penat...faktor umur kot ni...
Dan paling tak sangka..pedometer stats SA yang record setiap step SA untuk sehari cecah lebih 10k tau...memang seronok giler..kalau tak nak cecah 7k pun payah tau..syabas buat diri sendiri...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/12/makan-tengahari-di-pak-john-steamboat.html