Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai


Sebelum check out Eastin Hotel Penang tu, encik suami cari tempat makan sedap di Balik Pulau dalam aplikasi TikTok. Jumpa post TikToker makan di Ina Cafe dengan reviewsnya sekali. 
Nampak menarik Ina Cafe ni sebab kedai makan tepi sungai. Sambil makan sambil menikmati permandangan sungai pun syok juga kan.
Mulanya kami nak makan nasi 7 benua tapi tak jadi. Jomlah kita makan di Balik Pulau sebab akan melalui Balik Pulau untuk ke hotel kedua kami di Batu Ferringhi

Memandangkan kami berdua tak pernah jejak Balik Pulau lagi, jomlah kita lalu ikut situ. Malas nak ikut Georgetown yang agak sesak tu. Tempat tu dah biasa sangat pergi. Kali ni kita ikut route lain. Nak rasa pengalaman yang berbeza bercuti di Pulau Pinang. Asyik tempat sama, bosan juga.

Balik Pulau, kawasan kampung yang tenang sikit tanpa kesesakkan. Tak jem yang pastinya. Perjalanan yang menyeronokkan tanpa stress. Nampak old fisherman mural ni. Di Balik Pulau ni banyak mural-mural yang menarik

Ada lagi satu yang menarik muralnya di rumah burung tengah-tengah sawah padi. Tak tahu lah kat mana lokasi tu. Mungkin kalau ada peluang datang ke Balik Pulau lagi, bolehlah ke situ



Berbalik kepada tajuk, dengan pertolongan pakcik waze sampailah kami di Ina Cafe Balik Pulau. Kami parkir di tepi jalan Cafe. Mujurlah ada satu tapak kosong yang muat untuk parkir kereta kami. Dengan hujan renyai-renyai, turun jugalah sebab nak makan dan perut pun meminta-minta


Waktu operasinya dari jam 8.00 pagi sampai 4.00 petang untuk hidangan makan tengahari. Konsepnya nasi campur buffet dan self service. 


Dari tepi banner ni, kena ke kanan masuk kedai untuk ambil makanan dan minuman. Lepas ambil makanan semua, tunjukkan pada tukang kira tu. Dia akan kira dan berikan kertas jumlah harga makanan dan minuman kita

Di belakang banner tu lah tempat makan. Ada juga ruang makan dalam kedai di depan yang menghidangkan makanan tu. Tapi depan tu macam ruang kedai biasa je. Tak ada permandangan menarik tepi sungai macam di ruang makan belakang kedai

Kami pilih meja di hujung dengan permandangan tepi sungai yang indah ni. Sambil layan permandangan sungai, dapat layan bunyi air sungai yang deras. Terfikir jap, air terjun ke air sungai. Mana-mana pun bolehlah. 

Hidangan kami. Saya ambil nasi sikit. Sayur kacang campur carrot dan telur. Sambal belacan sikit. Ikan siakap bakar dan air asam

Encik suami ambil nasi, ayam bakar dan sayur apa entah tu campur suhun. Ikan bakar tu kongsi berdua sampai berlebih-lebih makan meratah gitu

Ikan siakap bakar dia sedap betul. Bahan perapan dia berasa. Tak cicah dengan sambal apa-apa pun, makan gitu je pun dah sedap. Tak ada bau dan tak rasa hanyir. Isi ikan siakap yang lembut selepas masak. Sedap betullah! Tak menyesal datang sini

Lauk pauk lain macam biasa je. Menu biasa yang kita makan. Ayam bakar tu saya lupa pula nak rasa. Seberang sungai depan tu ada dusun buah-buahan. Kami tak singgah lah pula. Jadi tak tahu apa yang ada dalam dusun tu. Hanya tengok dari jauh je lah


Sambal belacan tu pedas ya amat. Mujur juga air asam yang kurang pedas. Dapatlah cover rasa kepedasan sambal belacan


Tengok gambar ikan siakap bakar ni terasa-rasa kesedapan beliau. Air asam saya ambil sikit je sebab encik suami tak reti makan ikan bakar cicah air asam. Cicah sambal kicap pun tak pandai. Sambal belacan pun tak makan. Apoooo..

Kalau sambal kuah ikan bakar yang merah-merah tu dia makan. Ratah makan tanpa sambal pun dia okay je. 

Selesai makan, kita nikmati permandangan di sini. Yang tak bestnya di sini ada lalat sikit. Sambil makan, kena bergaduh dengan lalat. Puaslah tangan ni dok halau lalat. Lain kali kena bawa kipas mini baru selesa nak makan. Lalat tak dapat nak hinggap. Harapnya lah


Cantik sungai ni. Airnya bersih dan jernih tapi hujung sana tu macam sampah plastik terperangkap di tepi batu jadi benteng. Ish ish ish..baru nak puji cantik



Seronok dengar deruan air yang mengalir. Macam bunyi ombak, satu terapi juga



Seronok ye dapat makan di Ina Cafe Balik Pulau ni. Tenangggg...ribut jiwa. Total harga kami berdua makan, RM44 lebih. Harga berpatutanlah tu kan.
Lokasi Ina Cafe50, Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Kedai dia kalau dari depan macam kedai kopitiam lama tu. Bangunan lama. Tapi kalau jumpa banner tu dari laluan tepi, kira dah sampai di tempat yang betul lah tu

Saya tak cari nasi kandaq sebab kurang minat. Encik suami suka tapi semalam dia dah makan dengan kawan kerja lepas selesaikan urusan kerja. Tak surrr katanya. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/05/ina-cafe-balik-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Tak Balik Rumah 2 Hari Ditemukan Terapung Di Sungai

Lelaki Tak Balik Rumah 2 Hari Ditemukan Terapung Di Sungai

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 111 hits
Ahmad Hasbiam hmetro com myKuala Pilah Kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selama dua hari terjawab apabila mayatnya ditemukan terapung di sungai di Kampung Pelangai Hilir di sini semalam Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supe...
Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 240 hits
Sambung cerita semalam yang tak sempat nak dihabiskan Sarapan makan tengah hari nasi minyak pula yang encik suami beli sekali waktu pagi tu Senang hati bila tak payah memasak untuk tengah hari Dapat rehat dan dapat buat kerja lain Nasi miny...
Lain Daripada Yang Lain Murid Di Pulau Tioman Hadiahkan Ikan Mewah Bernilai Lebih Rm300 Sempena Hari Guru

Lain Daripada Yang Lain Murid Di Pulau Tioman Hadiahkan Ikan Mewah Bernilai Lebih Rm300 Sempena Hari Guru

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 114 hits
ROMPIN Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi masa depan nbsp Ia bukan sekadar sambutan simbolik tetapi lambang kasih sayang pengh...
Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 215 hits
nbsp Makan Seafood Sepuas Hati di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Siapa peminat seafood memang kekda rekemen korang untuk dinner di sini Mana taknya tengok sini seafood tengok sana pun seafood luar seafood dalam pun seafood Memang puas hat...
Pulau Noko Di Tengah Laut Jawa

Pulau Noko Di Tengah Laut Jawa

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 144 hits
Pulau Noko adalah sebuah pulau yang terletak tidak jauh dari Pulau Bawean Ia berada di sebelah timur Pulau Bawean Pulau ini terkenal dengan pantai cantik dan bersih Pulau Noko dikenali kerana persekitaran yang bersih dan kehidupan laut yang...
Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 152 hits
Dah jalan jalan tempat orang tak kan tak ada apa apa nak dibeli bawa balik Kalau dah sampai Penang tu mesti ingat jeruk madu Pak Ali je Teringat lah pula dulu masa zaman study di UiTM Penang balik kampung je mesti beli jeruk Beli timbang ti...
Makan Malam Di Nlsb Cafe

Makan Malam Di Nlsb Cafe

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 121 hits
Assalamualaikum WBT LEGA tengok anak depan mata minggu ni Iman balik hari isnin tuari masa cuti Hari Keputeraan DYMM YDP Agong Minggu ini kelas online katanya Mesti bff dia dah balik Shah Alam tu ialah sabtu ni raya haji kan Baguslah tahun ...
20 Idea Menu Hari Raya Haji Berasaskan Daging 2025

20 Idea Menu Hari Raya Haji Berasaskan Daging 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 199 hits
20 Idea Menu Hari Raya Haji Berasaskan Daging Sedap Mudah Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban Berbanding Hari Raya Aidilfitri yang sinonim dengan kuih muih dan baju bah...
Pm Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke 82

Pm Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke 82

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 127 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke 82 pada 17 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA L...
Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Carian Popular Motosikal 2025

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand