Makan Malam Di Nlsb Cafe


 Assalamualaikum WBT 


LEGA tengok anak depan mata minggu ni. Iman balik hari isnin tuari, masa cuti Hari Keputeraan DYMM YDP Agong. Minggu ini kelas online, katanya. Mesti bff dia dah balik Shah Alam tu, ialah, sabtu ni raya haji, kan. Baguslah tahun ni, pengurusan U buat kelas online. Tahun lepas ramai yang terpaksa berhari raya Aidiladha di perantauan sebab cuti raya cuma sehari. Tapi, tahun ni lagi tragis sebab hari raya jatuh pada hari Sabtu, maknanya tak ada cuti ganti. Tapi takpe, sebab esoknya hari ahad, hehehe.




Malam, hari cuti agong tu, semua pakat-pakat nak makan kat kedai aje. Sorang ajak makan capati, sorang kata dari makan capati, baik makan mamak. Entah macam mana, PI kata, jom pergi NLSB Cafe, nak makan steak. Aaa.. jomlah kita! Tengok menu, macam sedap aje Strawberry Mojito, kita pesanlah satu, memang sedap nih, sejuk dan manisss, hihi

Strawberry Mojito, RM8.90




Tengok orang lain, anak balik bercuti, maknya busy masak macam-macam Tapi kitanya manjang penat nak masak. Semalam, terbaca kat threads pasal seorang ni letak KPI lepas kahwin, wajib masak hari-hari. Aje gila Sk kalau disuruh masak hari-hari. Lagi gila nak ada KPI lepas kahwin, hahahah. Teringat masa PKP zaman covid dulu, dari pagi sampai malam memikir nak masak apa. Nasib baik tak lama lepas tu dah dibenarkan jual makanan online, bolehlah rehat dari memasak doplohpat jam, hahahah


Iman pesan, Spanish Latte, RM11.00




PI minum Jus Nenas. Besar gedabak gelas dia, RM9.00 only


Tapi tu la, sirloin steak tak ada stok. Dua kali dah datang nak makan tapi tak dapat. Nasib muka ada sinyum. Sebab tak ada steak, PI pesan Lamb Chop, RM26.90. Kambing dia empuk dan dia bukan sekeping-sekeping besar macam lamb shoulder tau tapi berkeping-keping dalam potongan kecil. Mungkin dia timbang potongan kambing tu supaya lebih telus. Kalau nak makan steak, PI memang suka kat NLSB ni sebab sos dia sedap, malah lagi sedap dari Restoran Me'nate, ulas PI


Iman makan Pasta with Lamb Chop, RM36.90. S

Sos pasta kita boleh pilih nak carbonara ke, aglio olio ke. Yang ni Iman pilih creamy tomyam. Sama macam kambing PI jugak, kambingnya potong kecik, lagi mudah jugak nak makan. Lepas tu, dengan PI, dengan Imannya, kambing tak habis beberapa ketul,  jadi, kita joinkan bungkus sekali bawa balik



Sebenarnya siang tu, Sk dan PI makan lewat, jadi Sk masih kenyang sangat. Tu la macam pelik, PI ajak makan kat NLSB?? Sk pesan jemput-jemput udang ajelah, satu set ni ada 9 ketul, RM9.90. Sk makan 8 ketul, sebiji bagi Iman. Dalam jemput-jemput ada isi udang dipotong kecik-kecik. Sos homemade dia tu sedap tapi Sk lagi suka makan jemput-jemput dengan cili sos dalam botol


Memang tak habislah makannya kambing banyak ni, kan. Kami makan nasi kat Sanook Kitchen siang tu. Belum cerita lagi yang tu, haha



Sebenarnya nak makan lempeng tapi sekarang NLSB buat lempeng untuk breakfast aje



Total RM102.80

Burppp.. Alhamdulillah. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/06/makan-malam-di-nlsb-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Thai Di Dshaban Seafood

Makan Malam Thai Di Dshaban Seafood

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 162 hits
Masa balik Melaka hari tu puas hati dapat makan makanan Thai yang betul betul ada rasa Thai bukan sekadar pedas dan masam semata mata Kena dengan selera kami Kami singgah makan malam di DSHABAN SEAFOOD yang terletak di Jasin Melaka Jumpa ke...
Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai

Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 248 hits
Sebelum check out Eastin Hotel Penang tu encik suami cari tempat makan sedap di Balik Pulau dalam aplikasi TikTok Jumpa post TikToker makan di Ina Cafe dengan reviewsnya sekali Nampak menarik Ina Cafe ni sebab kedai makan tepi sungai Sambil...
Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 302 hits
Balik dari bersihkan diri dan rehat Sementara menunggu waktu maghrib dok fikir nak makan apa malam ni Nak order in room dining ke Nak keluar makan ke Ke macam mana Nampak gaya masing masing penat dan macam malas nak keluar Tak cukup rehat b...
Anak Makin Kurus Walau Makan Banyak Awas Ini Mungkin Puncanya

Anak Makin Kurus Walau Makan Banyak Awas Ini Mungkin Puncanya

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 154 hits
Setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka cukup makan belajar rajin sihat tubuh badan Tapi bagaimana kalau anak kita sebenarnya sedang dihisap hidup hidup oleh parasit yang tak nampak di mata kasar Cacing bukan ancaman baru tapi m...
Resipi Sup Bebola Tepung Pulut Inti Penuh Sedap Makan Dengan Minyak Cili

Resipi Sup Bebola Tepung Pulut Inti Penuh Sedap Makan Dengan Minyak Cili

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 343 hits
Resipi Sup Bebola Tepung Pulut perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni nampak sangat sedap Sesuai dinikmati dikala musim hujan Bila sebut mengenai tepung pulut ia biasanya digunakan untuk membuat manisan seperti Butir Nangka Badak Berendam d...
Makan Di Mana

Makan Di Mana

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum WBT PAGI ni PI ajak sarapan di luar tapi Sk rajin pulak nak masak Masak Nasi Goreng Daging dan buat telur separuh masak Ada jus nenas dan teh o panas perisa mangga Makan di Restoran Ong Shun Seafood Sizzling Tofu is wajib Si...
Lagi Lagi Makan Di Grand By Adam S Kitchen

Lagi Lagi Makan Di Grand By Adam S Kitchen

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum WBT DUA kali dah makan di Adam s Kitchen cawangan Kulai yang belum disiarkan dalam blog Alam Sari Di Tanah Jauhar ni Adam s Kitchen ni sering menjadi pilihan tempat makan malam PI selain Restoran Al Anisah Yong Tapi ada juga...
Pengalaman Singgah Makan Di The Warehouse 1957

Pengalaman Singgah Makan Di The Warehouse 1957

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 225 hits
Pengalaman Singgah Makan di The Warehouse 1957 Cerita makan lagi Bila ada kesempatan memang kami suka singgah makan tempat baru Kali ni kami singgah makan di The Warehouse 1957 Lokasinya di Taiping Inipun secara kebetulan jumpa waktu cari m...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga Disyaki Dibunuh

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat